VW Touran

VW Touran001

Touran adalah jawapan bagi peminat VW yang berkeluarga. Jika si bapa memandu Golf ke tempat kerja, seisi keluarga pula boleh dimuatkan dengan Touran. Baru-baru ini model baru Touran diperkenalkan di Leipzig Motor Show. Dengan rekabentuk yang segar dan enjin petrol dan diesel yang efisien ianya dijangka akan mengekal reputasi model yang sehingga kini telah terjual sebanyak 1.13 juta unit di seluruh Eropah.

VW Touran002

Touran baru mengekalkan kesinambungan gayaan VW terkini seperti Polo, Golf dan Touareg. Gril depannya mempunyai garisan horizontal manakala di bahagian belakang adalah lampu belakang baru dengan LED dan juga bonet dan bampar baru. Perubahan di atas dilengkapkan dengan set rim aloi baru dan ‘edge’ pintu berkrom yang dilekatkan pada sisi pintu.

Pada bahagian dalaman pula, perubahan kosmetik dilakukan pada stereng dan meter dan konsol sentral. Touran boleh memuatkan 7 penumpang dan kerusi barisan ketiga boleh dilipatkan ke lantai dan perubahan ini meningkatkan saiz daripada 695 liter kepada 1913 liter. Touran baru juga mempunyai 39 stor penyimpanan barang.

VW Touran005

VW Touran003

Menjana kuasa MPV kompak ini ialah enjin sekecil 1.2 liter TSI dengan kuasa 105 PS hinggalah 1.4 liter TSI dengan kuasa 140 PS. Tidak lengkap kereta Eropah jika tiada enjin diesel, variasi yang ditawarkan ialah 1.6 liter TDI dengan 2 output kuasa iaitu 90 atau 105 PS. Enjin 2.0 liter TDI pula menawarkan pengguna 140 atau 170 PS.

Untuk pengetahuan sekutu, Touran bukan sahaja boleh dimiliki oleh pengguna Eropah tetapi juga oleh pengguna Asia Tenggara. Kilang pemasangan Touran adalah di Indonesia.

Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 12/04/2010 at 8:34 AM
    • Reply

    berapa juta rupiah la gamaknya..

    • jelapangPadi on 12/04/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    1.4 pun boleh dapat 140ps…

    • on 12/04/2010 at 9:32 AM
    • Reply

    Wahhhh…ni mesti akan bersaing dgn Honda Freed…Agak2 rege camne?

    • basikal on 12/04/2010 at 9:56 AM
    • Reply

    sesekali layan diesel k gak.

  1. bunyi mcm nak meneran aje hahaah

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.