Toyota Verso-S

Toyota Verso-S.03

Toyota kembali ke segmen B-MPV [mini MPV] dengan model baharu iaitu Verso-S. Menariknya Toyota mengakui Verso-S antara yang terkecil di antara pesaing dalam segmen tetapi macam biasa, benda-benda kecil tetapi rasa besar adalah kepakaran Toyota dan sekutu mereka iaitu Daihatsu dan Perodua dan kini mungkin juga Subaru.

Toyota boleh diberi kredit kerana mereka adalah pelopor segmen B-MPV dengan melancarkan Yaris Verso dan kini masuk semula ke pasaran dalam masa yang agak tepat. Jualan pasaran Eropah meningkat 3 kali ganda sejak 2002 memandangkan lebih ramai pemandu memilih kenderaan yang lebih kecil dan menjimatkan.

Toyota Verso-S.05

Kesemua versi Verso-S dikuasakan oleh enjin 1.33 liter VVT-i berkuasa 98 hp dengan dua opsyen transmisi iaitu 6 kelajuan manual dan Multidrive S CVT. Untuk sistem hiburan pula, Verso-S dilengkapi Toyota Touch iaitu sistem multimedia skrin sesentuh untuk mengawal fungsi audio dan komunikasi. Ianya dipasangkan standard untuk semua varian dengan kemudahan Bluetooth untuk telefon bebas tangan, streaming audio serta soket USB untuk menghubungkan pemain muzik peribadi. Toyota Touch juga mempunyai fungsi untuk memaparkan masa dan jarak perjalanan, penggunaan minyak dan lain-lain informasi.

Verso-S mempunyai 2 gred iaitu TR dan T Spirit. TR dipasangkan aksesori seperti Toyota Touch, Gigibiru, kamera undur, lampu kabus depan, 7 beg udara dan kerusi belakang boleh lipat dengan 1 sentuhan. Gred T Spirit mempunyai tambahan roda 16 inci, tingkap elektrik depan dan belakang, bumbung panorama dan cermin belakang gelap.

Toyota Verso-S.01

Selain 2 gred berbeza, pembeli juga boleh memilih 3 pakej opsyen lain iaitu Style Pack dengan tambahan peralatan krom untuk bahagian luaran, Protection Pack dengan sensor undur, liner bonet dan plat scuff. Leather Pack pula diberikan balutan kulit 2 tona.

Sempena dengan pelancaran Verso-S, Toyota menawarkan harga pengenalan iaitu GBP 13,995 untuk model TR manakala model T Spirit pula bermula dengan GBP 14,995. Transmisi Multidrive S pula boleh dipilih dengan tambahan GBP 1,150.

-Mak/d Uia-

ps: Gua minta maaf, GT cuti panjang bermula esok sebab skru ada projek lain. Kalau jadi, lu orang dapat baca tulisan kita orang dalam medium yang lebih besar.

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 02/03/2011 at 8:20 AM
    • Reply

    lawa…….. macam biasa, i like….

    • oldshook on 02/03/2011 at 8:28 AM
    • Reply

    berita lanjut pasal PROTON meterai MoU guna platform, enjin Nissan xde pun?????

    • audi on 02/03/2011 at 10:48 AM
    • Reply

    takde yg special pon tang design dia tu.

  1. ni mesti nk buat citer pasal TAS 2011 kot..

    • belalang_kontot on 02/03/2011 at 3:57 PM
    • Reply

    haa??projek ape mak???teruja lak gua…hehe

    • Ahli PakLeman on 02/03/2011 at 5:59 PM
    • Reply

    Jeremy… Gua dah baca
    Surely, the earliest project will be Perdana
    Hopefully not Teana… the design not that interesting

    • azwan nbs on 03/03/2011 at 1:21 AM
    • Reply

    aku rase la kan…nie sepupu prius…

  2. aku je ke yg rase kete baru2 skunk ni overdesign??? cm pelik je kalau nk di mods… hmmmm~~

    1. Lu orang baca tu lu orang baca tu, skru GT tu merujuklah pada gua juga yer. So jgn tanya nape gua tade ekekekeke. Padahal gua bukan buat apa pun. Ekekekekeke.

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.