Kalau diingat semula kira-kira sepuluh atau lima tahun lalu, kereta berjenama Korea jarang sekali berada di senarai teratas jika seseorang hendak membeli kereta baru. Bagi segelintir yang membelinya, tidak kiralah sama ada Hyundai atau Kia ada beberapa sebab kenapa keputusan itu diambil. Antara sebab popular adalah mahu lari daripada kebiasaan. Sudah tidak mahu pandu Proton …
Category: Reviu
Nov 16
Lexus CT200h Siri F-Sport
Sebelum ini saya pernah berikrar dengan seorang rakan yang saya tidak akan membeli kenderaan Toyota moden kecuali Lexus. Walaupun jenama itu asal-usulnya daripada Toyota namun Lexus difungsikan sebagai kemuncak kesempurnaan Toyota. Jika rekaan Toyota boleh dikatakan sebagai biasa-biasa Lexus pula lebih elegan. Rekaannya bersahaja tetapi tajam dan segak. Istilah Inggeris yang biasa digunakan ialah sharp. …
Nov 09
Mazda RX-8 Spirit R: Edisi Akhir RX-8!
Apabila sesebuah model yang laku keras atau ikonik sudah sampai ke hujung kitaran produk (product life cycle), pengeluar akan menawarkan kepada pasaran model edisi istimewa atau lebih popular dengan nama SE (special edition). Model itu akan disegarkan semula dengan aksesori-aksesori baharu untuk menjadikan ianya lebih nilai untuk wang sebelum model pengganti diperkenalkan. Proton Wira SE …
Oct 18
Nissan JUKE-R: Gua Mahu Jadi GT-R!
Jika anda tergolong di dalam kategori anak muda yang berasal dari pantai timur, terutama sekali Kelantan dan Terengganu kemungkinan tinggi anda akan merasa segan setiap kali balik ke kampung halaman. Manakan tidak, balik kampung dengan memandu kereta standard seperti Toyota Vios atau Proton Persona ‘standard kapak’ manakala kawan yang tinggal di kampung pula memandu kereta …
Sep 27
Veloster: Model Luar Kotak Hyundai
Model Hyundai yang paling sporty pernah saya ingat dipasarkan ialah Coupe. Ianya adalah seperti imbasan Mitsubishi Mirage Asti atau pun Proton Putra. Cuma badan Hyundai Coupe lebih beralun serta berlekuk sesuai dengan bahasa rekaan mereka. Kereta coupe atau hatch lebih digemari anak muda atau mereka yang muda di hati. Hakikatnya sukar untuk segmen itu memberi …
Sep 20
Honda Civic Euro: Untuk Eropah Sahaja!
Pengeluar kereta masa kini banyak bergantung kepada kajian pasaran. Apa yang dimahukan oleh konsumer secara majoriti maka itulah yang cuba ditawarkan. Ini dibuat bagi memastikan produk atau ciri-ciri yang ditawarkan kepada pasaran adalah yang benar-benar dimahukan dan bukan syok sendiri. Jadi tidak hairanlah ada kenderaan yang sama tetapi mempunyai spesifikasi berbeza mengikut pasaran. Pengeluar kenderaan …
Sep 13
Mazda BT-50 (Fighter) Baru
Lebih kurang 10 tahun lepas, pasaran pikap tempatan mula membesar. Terima kasih kepada Ford kerana mereka berjaya mempopularkannya melalui model Ranger. Sejak dari itu, saingan bagi merebut pelanggan semakin sengit, Mitsubishi memperkenalkan Storm, Toyota dengan Hilux dan Mazda dengan Fighter. Pikap adalah kenderaan dwi kegunaan dan kerana itu ianya begitu popular dikalangan usahawan berkeluarga. Pada …
Aug 22
VW Polo GTI: Versi Kecil Golf GTI
Harus diakui apabila pengeluar kenderaan terkemuka Eropah iaitu Volkswagen gagal untuk berkerjasama dengan pengeluar kenderaan nasional Proton, tidak sedikit yang berasa kecewa. Peluang untuk merasai teknologi Eropah pada harga mampu milik kini tinggal mimpi. Ironinya daripada pemerhatian saya, masalah yang sinonim dengan kereta buatan Eropah seperti khidmat lepas jualan yang lemah serta susut nilai yang …