Category: Penulis GT

NISSAN SYLPHY DAN LIVINA X-GEAR SERBA BAHARU TALAAN IMPUL

SEPANG (10 Jun 2012) – Sempena acara Autobacs Super GT Series 2012 (Pusingan 3) yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 10 Jun 2012, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan dua varian sporty Nissan Talaan IMPUL yang menarik. Impul merupakan syarikat talaan Nissan yang terkenal berasal dari Jepun. Dua varian itu ialah Nissan …

Continue reading

Proton Saga 1.5s CAE 3240 Hilang!

Salam skru GT. Gua nak mintak tolong kat korang untuk kali kedua berkaitan kereta hilang. Kereta Proton Saga 1.5s warna biru yang hilang ni kepunyaan mak mertua gua. Gua yang jaga dan belai kereta ni. Kereta ni hilang kat depan Mentari Kondominium, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sedar kereta hilang pagi semalam. Spek kereta: Proton Saga …

Continue reading

ETCM ADAKAN KEMPEN PENYELENGGARAAN UNTUK NISSAN URVAN

KUALA LUMPUR (11 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah diberitahu secara rasmi oleh pihak Nissan Motor Ltd Japan bahawa beberapa unit Nissan Urvan yang dikeluarkan dan dijual ETCM mungkin terlibat dalam kempen penyelenggaraan baru-baru ini. Alat-alat ganti yang terjejas ialah hub bearing (galas hab) bahagian hadapan (dipasang oleh ETCM sejak …

Continue reading

Aslam Farikullah Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi Group Lotus

Dany Bahar (gambar bersama Akio Toyoda), Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang bertanggungjawab dalam projek Lotus New Era telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Lembaga Pengarah Group Lotus. Dany Bahar mempunyai cita-cita tinggi untuk mengembalikan kegemilangan Lotus dengan memperkenalkan lima model konsep (Elise, Elan, Esprite, Elite dan Eterne) sekaligus dan telah meletakkan semula Lotus ke habitat asalnya iaitu …

Continue reading

Sejak 9/6/9 – GearTinggi.com Kini Tiga Tahun!

Beberapa hari sebelum ini gua memang ada mencongak tarikh ulang tahun GearTinggi. Apabila pengehosan blog tamat dan digantung sementara disebabkan terlupa bayar (lame reason) maknanya tarikh ulang tahun GT semakin dekat. Dan hari ini gua ada terima emel ucap Selamat Ulang Tahun GT yang buat gua sentap sekejap sebab boleh lupa tarikh penting blog kesayangan …

Continue reading

Cerita Perodua Saya

Kepada Sekutu yang baru tahu dan dah memang tahu, Perodua telah melancarkan satu kempen, pada perkiraan gua salah satu bentuk promosi jugalah sebenarnya. Lu orang boleh hantar dalam bentuk 3gp mahupun jenis yang bertulis. Bagitahu sajalah apa yang lu orang rasa. Nak puji ke, nak kutuk ke Perodua akan tetap menerimanya dengan hati yang redha, …

Continue reading

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Seliter

Berita baik untuk pengguna minyak RON97, selepas beberapa siri kenaikan harga, kerajaan pada semalam mengumumkan harga bahan api tersebut turun 10 sen bermula hari ini. Menurut laporan, petrol RON97 dijual mengikut harga pasaran dunia dan dengan penurunan itu harganya adalah sebanyak RM2.80 seliter. Walaupun nilai penurunan tersebut tidak seberapa namun ianya sudah mampu membuatkan pemilik …

Continue reading

Selamat Maju Jaya Dato’ Seri Syed Zainal!

Khabar angin Dato’ Seri Haji Syed Zainal Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSSZ), Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad meletakkan jawatan sudah lama bertiup kencang ibarat daun pokok kelapa dihayun oleh angin tepi pantai. Dan baru-baru ini khabar tersebut disahkan oleh Proton sendiri. DSSZ telah pun menghantar surat perletakan jawatan yang berkuat-kuasa 6 Julai …

Continue reading