Category: Penulis GT

Pandu Uji: Nissan Teana 2.5 V6

Untuk sesi pandu uji, saya lebih gemar memilih kereta sporty atau berprestasi. Bukan apa, kemahiran saya lebih terasah di dalam bidang modifikasi yang sinonim dengan prestasi. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sesebuah kereta berprestasi lebih senang untuk saya berbanding kereta keluarga apatah lagi sedan mewah. Apa pun, untuk menjadi penulis yang versatil pengalaman memandu uji …

Continue reading

Video: BMW M5

httpv://www.youtube.com/watch?v=ZDuxWGHA-Z4 Helo geng. Gua benda-benda art ni memang parah. Gua tak paham apa ke benda pun melainkan BMW M5 ni memang power. Dahla besar. Power lak tu. Sekian. Babai. -Matpon-

PELANCARAN RASMI INFINITI EX25

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Jun 2012) – Gaya sebuah coupé dan versatiliti pemanduan pacuan empat roda sebuah SUV. Infiniti EX25 ialah sebuah coupé crossover yang sebenar. Mempunyai penampilan coupé yang bergaya, di samping praktikaliti, ruang dalaman luas bersama posisi pemanduan dan cengkaman jentera pacuan empat roda yang boleh diharapkan daripada sebuah SUV, EX25 sememangnya menawarkan yang …

Continue reading

Mini John Cooper Works GP: Mini Paling Laju!

Mini John Cooper Works GP (JCW GP) merupakan model Mini paling laju pernah dibina oleh pengeluarnya. Model itu dibina dengan prestasi tinggi untuk kegunaan litar lumba. Menariknya model itu halal didaftarkan untuk kegunaan jalan awam dan lebih istimewa hanya dua ribu unit sahaja ditawarkan kepada pasaran. Walau bagaimanapun, pembeli yang berminat masih belum boleh memilikinya …

Continue reading

SWRC New Zealand 2012: Proton Ditempat Kedua!

New Zealand, 24 Jun 2012 – Pemandu Rali Proton, PG Andersson mengharungi perlumbaan yang sukar pada Rali New Zealand sebelum berjaya memenangi podium buat kali kedua di dalam Super 2000 World Rally Championship (SWRC). Pada pusingan kali ini, Andersson yang memandu Satria Neo S2000 menduduki tempat kedua selepas mencatat siri keputusan cemerlang di dalam perlumbaan …

Continue reading

MAJLIS PECAH TANAH BILIK PAMERAN 3S NISSAN DI KUCHING

KUCHING (16 Jun 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengadakan satu upacara pecah tanah pada pagi ini untuk pembinaan pusat 3S Nissan yang pertama di Kuching. Ia menyediakan semua kemudahan, iaitu Jualan, Penyelenggaraan dan Alat Ganti. Upacara ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan, Encik James Chan Khay Syn. Bilik Pameran …

Continue reading

Pandu Uji: Proton Prevé 1.6 CFE

Sebelum kita pergi jauh ke dalam entri ini suka untuk saya kongsi cara sebutan Prevé yang betul terdiri dari dua bahagian, pertama ialah Pray yang merujuk kepada Pre manakala vé pula disebut sebagai vey. Jika masih keliru, vé itu sama sahaja sebutannya seperti resumé, café atau paling senang di lidah orang tempatan ialah tay seperti …

Continue reading

Proton Prevé Sudah Ditempah Lebih Dari 10,000 Unit!

SUBANG JAYA, 13 Jun 2012 – Dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan, Proton Prevé sudah menerima 11,310 tempahan menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular di dalam pasaran. Prevé dilancarkan secara rasmi pada 16 April 2012 dan ditawarkan melalui tiga varian iaitu Premium 1.6 CFE dengan transmisi 7 kelajuan ProTronic CVT dan dua varian Executive …

Continue reading