Pemandu Sepanyol, Daniel Sordo telah dipilih untuk menyertai seorang lagi pemandu, Kris Meeke dalam menyahut cabaran MINI WRC Team dalam WRC musim 2011 . Dani Sordo yang berusia 27 tahun adalah pemandu berpengalaman dan sudah berlumba di peringkat tinggi sejak beberapa tahun lepas. Setakat ini beliau telah memenangi 29 podium dalam WRC dan pernah berkongsi …
Category: Muhammad
Jan 07
Yoichiro Ueno: Pengarah Urusan Baharu Honda Malaysia
Honda Malaysia Sdn Bhd mengumumkan perlantikan Yoichiro Ueno sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Ueno sebelum ini adalah Penolong Timbalan Presiden Jualan Kenderaan Honda Motor Amerika di mana beliau bertanggungjawab dalam perancangan dan koordinasi jualan dan pemasaran di negara itu. Bersama beliau adalah pengalaman selama 20 tahun dalam perniagaan automobil Honda dan …
Jan 06
Kia Picanto Baharu
Kia Picanto atau Naza Suria sudah beberapa tahun berada di pasaran dan kini Kia Motors Corporation sudah bersedia dengan model pengganti. Model ini lebih besar dengan opsyen tiga pintu untuk pasaran UK dan Eropah. Dikuasakan oleh enjin baharu bersesaran 1.0 dan 1.2 liter, enjin ini juga boleh ‘menghadam’ minyak petrol, bi fuel, flex fuel [campuran] …
Jan 05
Honda City Concept
Suasana [scene] modifikasi Honda City tidaklah terlalu hangat berbanding dengan Honda Myvitec [Jazz]. Ramai pemilik hilang arah bagaimana hendak merubah penampilan kereta mereka, tiada kit Mugen, J’S Racing dan seangkatannya kerana model ini hanyalah untuk pasaran Asean dan beberapa negara lain. Tidak ditawarkan di Jepun, Amerika atau UK. Kepada rakan yang merujuk saya hanya sarankan …
Jan 05
Proton Inspira Untuk Kerajaan – Dato’ Syed Zainal
Semasa pelancaran pasukan rali Proton semalam, Dato’ Syed Zainal menjelaskan beberapa perkara kepada media, antaranya ialah: Proton Inspira 2.0 CVT dicadangkan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Sebuah lagi model import [Nissan Fuga?] ditawarkan kepada pegawai tinggi kerajaan Beliau yakin kerajaan akan memilih Proton berbanding VW Passat daripada DRB Hicom kerana syarat kerajaan untuk kenderaan rasmi mestilah …
Jan 04
Proton Emas: Perodua Myvi XL?
Proton Emas adalah jawapan kepada populariti kereta bandar. Segmen ini memang popular, bahkan produk yang membawa keuntungan kepada sesebuah jenama kenderaan. Buktinya lihat sahaja jualan Perodua Myvi dan Viva. Memang susah syarikat lain nak kejar. Syarikat yang bagus adalah yang responsif terhadap keperluan pasaran. Proton mengambil masa yang agak lama untuk bertindak balas kerana Emas …
Jan 04
Nissan Fuga/Infiniti M: Untuk Kerajaan Sahaja
Nissan Fuga adalah Infiniti M, jenama dari Jepun untuk pasaran premium. Beberapa bulan lepas saya ada berborak dengan seseorang dari industri tentang Proton akan menjenamakan semula Nissan dan tengah hari semalam topik tersebut dibuka semula rentetan dari khabar angin yang kuat mengatakan Nissan Fuga akan dibekalkan untuk kegunaan kerajaan oleh Proton. Infiniti M mempunyai beberapa …
Jan 03
Merc B-Class V8, Dibina Oleh Pelatih!
Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kereta-kereta projek yang dibina oleh pelajar institut kemahiran atau teknikal. Sangat menarik bila mana cikgu-cikgu menggunakan kereta turbo atau enjin seketul untuk dibelasah oleh bakal mekanik, dan ini adalah masa yang sesuai untuk mengenalpasti bakat-bakat terpendam. Kalau ada sekutu yang berada dalam kategori tersebut, inilah masanya, bila dah …