Merc B-Class V8, Dibina Oleh Pelatih!

Mercedes B-Class V8.01

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kereta-kereta projek yang dibina oleh pelajar institut kemahiran atau teknikal. Sangat menarik bila mana cikgu-cikgu menggunakan kereta turbo atau enjin seketul untuk dibelasah oleh bakal mekanik, dan ini adalah masa yang sesuai untuk mengenalpasti bakat-bakat terpendam. Kalau ada sekutu yang berada dalam kategori tersebut, inilah masanya, bila dah kerja nanti tak ada maknanya nak eksperimen kereta pelanggan.

Mercedes B-Class V8.05

Di kilang Mercedes di Rastatt, Jerman, sekumpulan pelatih telah menghasilkan sebuah kereta projek yang hebat, Mercedes B 55 dengan enjin V8 dan paling menarik dipacu oleh roda belakang. Idea ini datangnya daripada pengurus kilang, Peter Wesp yang mana memberikan sebuah Merc B-Class untuk dikerjakan. Projek tersebut disambut oleh mekanik di jabatan latihan vokasional, Andreas Wurz serta rakannya Matthias Rieger. Mereka mengumpul dua belas pelatih untuk projek ini.

Mercedes B-Class V8.07

Model yang dipilih ialah B 200 CDI yang memang dikhaskan untuk pembelajaran. Sementara pasukan projek ini menanggalkan peralatan kereta tersebut Wurz mencari enjin yang sesuai, dan akhirnya beliau menjumpai enjin 5.5 liter V8 berkuasa 388 hp dengan 530 Nm tork dan kotak gear tujuh kelajuan dengan unit kawalan enjin.

Mercedes B-Class V8.04

Untuk sistem brek pula mereka menyumbat cakera ventilated daripada model C32 AMG bersaiz 345 x 34 mm didepan manakala brek cakera bersaiz 300 x 30 mm pada bahagian belakang. ‘Kasut-kasut’ yang digunakan ialah roda AMG bersaiz 18 inci x 8.5 inci dengan tayar 255/40 pada bahagian depan manakala dibelakang pula ialah roda bersaiz 18 inci x 9 inci dengan tayar 255/35 . Suspensinya pula daripada jenama K&W.

Berat keseluruhan B 55 ini ialah 1620 kg, lebih 180 kg daripada B-Class standard dan berapakah kelajuan kereta projek ini?

100 km/j di bawah enam saat. Puas hati punya projek.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

  1. bijak sungguh

    • belalang_kontot on 03/01/2011 at 9:42 AM
    • Reply

    perghh….kalo la gua dapat LI kat Proton dulu, pstu diberi peluang camni…mesti best…(padahal tak amik engineering pun, tapi mintak LI kat Proton, mmg la tak dapat…hehe)

    • wannnnnnnn on 03/01/2011 at 12:57 PM
    • Reply

    boleh dicontohi pengeluar kereta msia,korang cite lak pasal truck merc actros,serta sejarah truck kepala kasut@kayu merce yg berjln sehingga hari ni

  2. Proton @ Perodua takmo buat ke camni…kalo jadik kompom gempak siot…

    • Han on 03/01/2011 at 4:01 PM
    • Reply

    gua harap Proton leh kuarkan kereta FR lak..
    latih student2 automotif buat model sendiri,,

    • 5ruz on 03/01/2011 at 10:12 PM
    • Reply

    proton x kasi ni nnt di kate menggiatkan mekanik tuning keta lumba haram

  3. proton bagi aje apa chassis yg ada kat kilang tu.. gua rasa semua pomen2 tersohor di malaysia ni boleh sumbat baik enjin FR, 4WD, FF .. taraf pomen bawah pokok ni bukak level student lah silap hari diajar balik cikgu engineering kat proton tu camne nak prepare right mounting and axle utk rear diff ..kih kih kih

    • audi on 04/01/2011 at 5:28 PM
    • Reply

    dah lama aku nak tanya ni,suma kereta proton dkenakan cukai ke tak? kalo tak apsal rege dia 50-60k sama cam kete luar yg dah dkenakan cukai oleh krajaan.cth swift sebelum cukai 30k++, selepas cukai jadi 70-80k.kalau rege proton tu suma x dikenakan cukai sepatutnya dlm 30k jugakla tapi 50-60k++. makin lama aku rasa cam kena tipu ngan krajaan.(betulkan aku kalau salah).bagi la komen korang…

  4. Audi.
    Apa lu cakap ada yang betul. Kerajaan yang tentu harga akhir sesebuah kereta, bukan Proton.

  5. Audi
    Ape nak buat pengguna kat M’sia mmg selalu kena kencing…cube buat kat negara maju mcm Europe & America…jahanam la kerajaan

    • 6posen on 06/01/2011 at 9:23 AM
    • Reply

    …mereka gak la yg kaut untung…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.