SUBANG JAYA, 6 Januari 2015 – Dalam usaha meringankan beban mereka yang terjejas teruk akibat banjir, PROTON Holdings Berhad (PROTON) telah memulakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Pantai Timur. Bersama-sama dengan anak syarikat milik penuhnya, iaitu PROTON Edar Sdn Bhd (PROTON Edar), PROTON telah menggerakkan Misi Bantuan Banjir PROTON …
Category: Isu Semasa
Nov 22
Kerajaan Hapus Subsidi Petrol RON95 dan Diesel Bermula 1 Disember 2014
Setelah pergerakan harga petrol pasaran dunia semakin menurun, kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel bermula 1 Disember depan dan menggantikannya dengan kaedah pengapungan terkawal (PT). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata langkah itu akan dilaksanakan sama dengan kaedah harga RON97 yang diamalkan sejak 2010. Ini bermakna, …
Oct 02
Rasionalisasi Subsidi Oktober 2014: Petrol RON95 = RM2.30/liter, Diesel = RM2.20/liter
Kerajaan mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi terbaharu dengan mengurangkan subsidi petrol dan diesel sebanyak RM0.20 bermula hari ini. Susulan itu harga petrol RON95 meningkat kepada RM2.30/liter dari RM2.10/liter manakala harga diesel pula RM2.20/liter dari RM2.00/liter. Kali terakhir pengurangan subsidi petrol dan diesel ialah pada September 2013. Tindakan ini adalah sebahagian daripada proses berperingkat kerajaan untuk memastikan …
Sep 30
Peraturan Baharu Cermin Gelap 2014 – VLT 70%, 50% dan 30%
Setelah mengambil tempoh yang lama untuk membincangkan kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan, kerajaan akhirnya mengumumkan keputusan muktamad di dalam isu ini. Menurut Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kadar ketelusan cahaya boleh nampak (VLT) untuk sisi penumpang belakang dan cermin belakang ialah 30% iaitu penurunan dari 50% manakala kadar VLT cermin …
Feb 06
Tiada Kenaikan Kadar Tol Untuk Tahun 2014!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet telah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini. Keputusan tersebut melegakan ramai pihak namun kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pelbagai pemegang konsesi. Menurut beliau, terdapat 29 konsesi tol di dalam negara dan kebanyakan yang terlibat di dalam kenaikan kadar tol adalah …
Jan 27
Dasar Automotif Nasional 2014
Pada 20 Januari lepas YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014). Dasar baharu itu merupakan semakan kepada NAP 2009 dan telah mengambil masa selama 18 bulan untuk dikaji dan diumumkan. NAP 2014 yang ditunggu-tunggu itu memberi perhatian besar dan memberi indikasi ke mana …
Sep 03
Rasionalisasi Subsidi: Petrol RON 95 = RM2.10/liter, Diesel = RM2.00/liter
Kerajaan telah melakukan rasionalisasi subsidi terbaru dengan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 meningkat RM0.20 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula RM2.00 seliter daripada RM1.80 bermula hari ini. Subsidi kerajaan untuk RON 95 ialah RM0.63 seliter. Kenaikan harga yang pertama kali dibuat selepas Disember 2010 itu dikatakan bakal menjimatkan kos subsidi kerajaan sebanyak RM3.3 …
Jul 31
Balik Raya Punya Cerita 2013
Ini merupakan tahun ketiga gua menulis berkenaan Balik Raya Punya Cerita. Tahun pertama, gua menulis dengan sepenuh hati dengan harapan ianya boleh dikongsikan dengan Sekutu semua. Manakala, tahun sudah gua sekadar membuat versi facelift sahaja. Maka, tak tergamak pula gua nak bagi versi facelift sahaja untuk tahun ni, serupa pengeluar kereta , tukar warna cat …