Dr. Ulrich Bez, Ketua Eksekutif Aston Martin akan menyerahkan Rapide kegunaannya kepada rumah lelongan Bonhams di mana hasil jualan kereta itu akan didermakan kepada mangsa Tsunami di Jepun. Bonhams turut bermurah hati dengan tidak mengambil komisyen jualan. “Tiada yang tidak tersentuh dengan bencana di Jepun dan tidak terkecuali kami di Aston Martin. Selepas bertahun-tahun di …
Category: Berita
May 09
VW Polo R WRC
Selepas tiga tahun berturut-turut mencatat kemenangan di Rali Dakar, Volkswagen [VW] kini menetapkan sasaran baru dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC]. Dengan tiga pengeluar dalam WRC dan liputan media global, WRC menawarkan persekitaran yang menarik dan sangat kompetitif untuk VW. Mereka akan berlumba secara serius pada 2013 dengan model Polo R 1.6 liter TSI pacuan empat …
May 07
Lakaran Hyundai i40 Saloon
Pada bulan Mac lepas Hyundai memperkenalkan kepada umum i40 Estate [Wagon] dan terkini mereka akan melancarkan i40 versi saloon [sedan] pada minggu depan. i40 sedan adalah model terbaru di bawah slogan New Thinking. New Possibilities. i40 sedan mempunyai pengaruh kuat Eropah di mana ianya direka dan dijuruterakan di ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan Hyundai di …
May 05
Petrol RON 97 Kini RM2.90 Seliter
Berita-berita di dalam media sekarang menyesakkan dada. Kes lucah, sumpah dan pengganas yang mendakwa kumpulan lain sebagai pengganas. Di dalam negara pula harga petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.90 seliter. Petrol gred itu tidak disubsidi oleh kerajaan dan harganya ditentukan berdasarkan pasaran semasa. Mereka yang menggunakan kereta-kereta biasa tidak terjejas dengan kenaikan …
May 03
Teknologi DIG-S Nissan
Anak-anak muda yang bermain kereta lewat tahun 90an dan awal 2000 pasti teringat akan populariti Nissan March SuperTurbo. Kereta kompak itu sebaris dengan Daihatsu Charade, Toyota Starlet dan Suzuki Swift GTi. Nissan March SuperTurbo dengan hanya dua pintu adalah paling sukar diperolehi atau bahasa glamornya ‘rare’, uniknya March terletak pada teknologi enjin yang mengabungkan pengecas …
Apr 30
Honda Tampil Dengan Kapcai Baru Yang Sporty
Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini memperkenalkan motosikal baru, Honda Wave Dash yang terus menawan hati golongan pencinta motosikal yang mengutamakan prestasi termaju, keselesaan, keselamatan dan reka bentuk pada sebuah motosikal. Honda Wave Dash merupakan produk kedua dalam rangkaian model “All Mode Mighty Series”. Ia menambah tawaran produk …
Apr 29
Honda Jazz Wajah Baru
Honda Malaysia Sdn. Bhd. [HMSB] pada Rabu melancarkan Jazz wajah baru. Model baru itu didatangkan dengan gayaan sporty, keselamatan dan utiliti yang dipertingkatkan serta warna baru. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, Jazz telah banyak memenangi hati peminat di serata dunia dengan rekaan ikonik dan ruang yang luas, serbaguna serta hemat minyak yang menjangkaui tanggapan …
Apr 28
VW Beetle: Model Baru Yang Klasik
Baru-baru ini Volkswagen (VW) memperkenalkan kepada umum model terbaharu tetapi klasik dalam sejarah penubuhannya, Beetle. Kereta ‘kumbang’ ini begitu mayshur hinggakan apabila ditanya mereka yang tidak arif hal-ehwal kereta pun berkemungkinan tinggi akan mengenalinya. Salah satu faktor popularitinya ialah rekabentuk yang pelik dan hampir-hampir tidak berubah sejak dari mula diproduksi pada tahun 1938. Generasi terbaru …