Ini satu lagi kerja Matpon, saya cari balik artikel ini lebih dari sejam baru jumpa. Gambar yang Matpon post pada Mac lepas ialah kereta stim. UK memang mempunyai sejarah permotoran yang panjang menjadikan negara tersebut mempunyai koleksi kenderaan yang pelbagai.
Category: Berita
Jun 07
Proton & VW: Tak Jadi Jo!
Semalam masa lepak minum dengan Baii kitaorang bercerita pasal kerjasama Proton dengan VW mungkin langgar dinding. Dan nampaknya berita itu betul, pagi tadi Proton umum diaorang tak jadi nak berkerjasama. Nampaknya VW kena cari kilang lain, Proton pula kena cari jenama kereta lain kalau nak rebadge atau kongsi platform. -Mak Uia-
Jun 07
WRC Portugal 2010: Citroen Sapu Bersih!
Untuk kali kedua musim ini selepas Rali Mexico, Citroen sekali lagi skor podium 1 – 3 dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC] di Portugal hujung minggu lepas. Pemandu Citroen Junior Team, Sebastien Ogier dan Julien Ingrassia mengetuai Sebastien Loeb dan Daniel Elena di tempat kedua manakala Dani Sordo dan Marc Marti di tempat ketiga. Kimi Raikkonen …
Jun 06
STE SUZUKA 2010: Petronas Juara Lagi!
Berita ini lambat seminggu. Tapi bak kata Mat Saleh, better late than never, kalau terjemah bahasa Melayu maknanya Encik Matpon kita memang lambat hilang tak tahu ke mana. Pada hujung minggu lepas, tim Petronas Syntium sekali lagi memenangi pusingan Super Taikyu Endurance Series [STE] dan kali ini kemenangan berganda dengan podium 1 – 2 di …
Jun 06
Sepang 1K KM: Ultra Racing Juara!
Membuktikan kuasa bukanlah segalanya dalam perlumbaan tahan lasak, tim Ultra Racing memenangi edisi kedua Perlumbaan Endurance Sepang 1000 km di Litar Antarabangsa Sepang [SIC] malam tadi, tim menang bergaya menggunakan kereta Toyota Levin 1600cc mengalahkan kereta 1800cc yang lebih berkuasa. Memandu Levin tersebut ialah Kenny Lee, Christopher John O’Shannessy dan Hsiao Tung Wei, tim mengambil …
Jun 05
Lotus Exige: 3.0 V6?
Awal minggu ini saya baca dan tengok gambar risikan Lotus Exige warna Hijau British dengan wheel arches lebar gila. Dengar kata Lotus tengah uji Exige/Elise 3.0 V EnamSilinder. Tak pasti betul ke tidak tapi kalau betul memang terbang lah Exige/Elise tu. Enjin EnamSilinder tu sama macam yang Lotus guna pada Evora. Enjin Toyota. Foto: Lotus …
Jun 05
Faidzil Alang @ Sepang 1000km!
Pelumba kereta negara yang tak asing lagi, Faidzil Alang akan berlumba hari ini dalam Perlumbaan Sepang 1000 KM [S1K]. Beliau yang berlumba untuk tim AMN Motorsports akan memandu Honda Civic 1.6 bersama dengan dua orang lagi pemandu, Shazull Hisham dan Romie Asmawi. Terdapat 2 kategori perlumbaan iaitu Kelas 1 untuk kereta 1601 cc hingga 1900 …
Jun 04
Volvo FMX: Lori Pasir!
Saya sukakan lori, dan sebab itu ada beberapa artikel mengenai lori dalam GT. Dan kali ini saya nak kongsi dengan sekutu, Volvo FMX lori yang direka khusus untuk pembinaan, angkut pasir sungai atau tanah dan kerja-kerja kuari. FMX baru ini menampilkan beberapa perubahan terutama sekali pada eksterior dengan bahagian depan yang agresif, gril baru, bampar …