httpv://www.youtube.com/watch?v=aDffgtjd7Sc&feature=player_embedded Ini lah dia video risikan paling baik tahun ini. Honda Civic baru, memang lain betul dengan Civic sekarang ini. Nampak bersahaja dan entah lah nak komen apa sebab barang tak ada depan mata. Saya tak boleh bayang lagi macamana rupa Type R nanti. Entah ada atau tidak. -Mak Uia-
Category: Berita
Oct 13
Perodua Myvi Euro 5
Perodua berbesar hati mengumumkan dua varian baru Myvi; SE dan Sport di UK. Paling menarik sekali ialah kedua-dua model ini mematuhi syarat Euro 5. Syarat Euro 5 ini memang payah nak patuh dan sebab itu lah juga Civic Type R UK bakal dihentikan pengeluaran. Myvi Sport ada kit badan yang terdiri dari skirt depan, sisi …
Oct 12
Aston Martin Cygnet: Kereta Kompak Hartawan!
Kita biasa tengok kereta ini di media massa, kereta kompak mewah yang asalnya daripada Toyota iQ. Apa yang Aston Martin buat ialah mewahkan kereta Jepun ini dan caj berlipat kali ganda sebab bila kita bercakap pasal segmen premium ini golongannya adalah yang jenis duit berkepuk. Jenis duit tak habis makan. Cygnet ini memang popular dan …
Oct 12
Toyota Avensis NGTC
Walaupun ramai orang kata kereta Toyota tak ada jiwa tetapi bila masuk bab perlumbaan dia orang hebat juga. Contoh paling dekat ialah Lexus SC430 yang digunakan dalam SuperGT dan paling tak menahan Lexus LFA dan kita jangan lupa enjin Lotus datangnya juga dari Toyota. Dalam entri ini pula ialah Toyota Avensis Next Generation Touring Car …
Oct 11
Video: Desain Nissan Juke
httpv://www.youtube.com/watch?v=cpeCCiX-pfQ&feature=player_embedded#! Entri pasal Nissan Juke memang tak sepi dari kutukan, tak dinafikan desainnya memang kontroversi, tak pernah dibuat dek Nissan kereta macam ini. Walaupun ramai yang tak boleh terima desain baru ini tetapi di Jepun jualannya memberangsangkan. Agaknya orang sekarang ini suka desain yang pelik-pelik mungkin sebab nak nampak berbeza dengan orang kebanyakan atau mungkin …
Oct 11
F1 Jepun 2010: Keputusan Paling Baik Lotus Racing
Perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka semalam memang menarik, drama bermula seawal pelepasan bendera bila mana Vitaly Petrov melanggar Nico Hulkenberg dan kemudian semasa selekoh pertama Felipe Massa pula menyapu Tonio Liuzzi sewaktu beliau hendak memotong Nico Rosberg. Beberapa babak kemudian Michael Schumacher pula ‘berlumba’ dengan Nico Rosberg sehinggalah pada babak terakhir perlumbaan iaitu pada …
Oct 09
Toyota Prius Laku Dua Juta Unit!
Toyota menyambut satu lagi batuan untuk Prius dengan jualan global sudah melebihi dua juta unit semenjak model ini dilancarkan pada 1997. Merentasi tiga generasi, dianggarkan 2,012,000 unit terjual di lebih 70 negara dan wilayah sehingga September tahun ini. Berdasarkan jumlah tersebut, Toyota punya kiraan ialah sebanyak 11 juta tan emisi Co2 dijimatkan berbanding kereta enjin …
Oct 08
VW Eos Convertible Coupe
VW memperkenalkan rupa baru Eos Convertible Coupe mendahului kemunculan umum Pameran Kereta Los Angeles yang dijadual pada 17 November akan datang. Rupa baru ini adalah selari dengan bahasa desain terkini VW seperti yang kita boleh lihat pada model Polo, Passat dan Sharan. Garisan horizontal mendominasi bahagian depan kereta dan gril baru dengan penonjolan krom menghasilkan …