Perlumbaan pusingan kelapan dan terakhir SUPER GT yang dilangsungkan pada 24 Ogos lepas di Litar Motegi dimenangi oleh kereta nombor 1 Petronas Tom’s SC430 yang dipandu oleh Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer. Di tempat kedua ialah kereta nombor 18 Weider HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval manakala di tempat ketiga ialah sebuah …
Tag: SuperGT
Aug 31
SUPER GT SUZUKA 2010: ARTA HSV Juara Kali Pertama!
Pusingan 6 Autobacs Super GT berlangsung di litar Suzuka pada 22 Ogos lepas dengan podium kelas GT500 didominasi oleh jentera Honda HSV-010 GT. Kereta nombor 8 Arta HSV-010 yang dipandu oleh Ralph Firman, Yuji Ide dan Takashi Kobayashi [beliau hanya memandu pada ujian masa] buat pertama kalinya menghadiahkan tim Arta juara perlumbaan pada musim ini. …
Aug 03
SUPER GT SUGO 2010: Keihin HSV-010 Juara!
Berita ini bulan lepas lagi sebenarnya tapi saya lupa nak buat pendaftaran baru dengan media SuperGT, jadi inilah dia bulan 8 baru cerita. Pada 25 Julai lepas di litar Sugo berlangsungnya pusingan 5 AUTOBACS SUPER GT. Kelas GT500 dimenangi oleh kereta no. 17 Keihin HSV-010 yang dipandu oleh Toshihiro Kaneishi dan Koudai Tsukakoshi. Kelas GT300 …
Jun 21
SUPER GT SEPANG 2010: M7 Mutiara Motors Juara!
Pusingan 4 Autobacs Super GT berlangsung kelmarin di Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Perlumbaan 54 pusingan dengan jarak keseluruhan hampir 300km dimenangi oleh Calsonic Impul dengan kereta Nissan GT-R yang dipandu oleh Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli. Pemenang kedua GT500 pula ialah Motul Autech GTR menjadikan podium 1-2 milik Nissan GT-R.
Jun 20
SUPER GT SEPANG 2010: M7 Mutiara Motors Mula Petak Kedua!
Hari ini adalah Super GT edisi kesepuluh negara. Kalau kena cara, tim tajaan Mutiara Motors iaitu M7 Mutiara Motors Amemiya mungkin akan menaiki podium kelas GT300 sebab kelmarin mereka mencatat keputusan yang bagus iaitu tempat kedua ujian kelayakan. Dalam kelas GT500 pula, satu lagi tim tajaan firma negara iaitu Petronas Tom’s akan bermula di grid …
May 03
SUPER GT FUJI 2010: Petronas Podium!
Perlumbaan Fuji GT 400km merupakan pusingan ketiga siri Autobacs Super GT. Berlangsung kelmarin di litar Fuji Speedway dengan 88 pusingan, kemenangan kelas GT500 diraih oleh MJ KRAFT SC430 yang dipandu oleh Hiroaki Ishiura dan Kazuya Oshima.
Apr 06
SUPER GT OKAYAMA 2010: Petronas Podium!
Perlumbaan SUPER GT di litar Antarabangsa Okayama, Jepun berlangsung dengan cuaca baik, angin juga kuat menghembus suju enjin kereta-kereta jagoan buatan Jepun dan Eropah. Loic Duval yang memandu Honda HSV-010 untuk tim Weider bermula dari grid pertama dengan sempurna dan menjarakkan kedudukannya dari segerombolan pelumba lain. Pada pusingan kedua beliau 1 saat di hadapan kereta …
Mar 24
SUPER GT SUZUKA 2010: M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA JUARA!
Pusingan pembukaan AUTOBACS SUPER GT 2010 bermula di litar Suzuka pada hujung minggu lepas dengan lebih kurang 30 ribu penonton. Pusingan pertama tersebut dipenuhi drama apabila hujan turun pada awal perlumbaan. Akibatnya trek menjadi licin dan beberapa kereta terbabas termasuklah tim Weider HSV-010 dengan jentera Honda HSV-010 yang menduduki grid pertama. Lebih malang apabila 2 …
- 1
- 2