Selama ini kalau saya boleh generalisasikan, kebanyakan modikasi kereta adalah berkenaan kelajuan semata. Selalunya ialah berapa banyak kuasa boleh ditambah untuk kereta pergi lebih laju sebabnya kita mahu berada di depan orang lain. Aku potong kau dan kau potong aku. Semuanya mengenai kelajuan jalan lurus dan terkedek-kedek untuk masuk selekoh atau terkial-kial bila hendak berhenti. …
Tag: Proton
Mar 31
Video: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing
httpv://www.youtube.com/watch?v=Wxgfo9i0N3c Saya minta maaf, saya tahu ramai sekutu nak baca pasal Proton Satria Neo R3 Lotus Racing tapi saya tak sempat lagi nak menulis. Harapkan Matpon memang tak jadi. Apapun, di atas adalah video dari Cars Bikes Trucks semasa pandu uji di litar oval Proton, Shah Alam. Bunyi enjin bermula dari minit 5:31. Memang raw! …
Mar 05
Proton Emas: Sistem Hybrid!
Masih lagi mengenai Proton Emas, kali ini saya bercerita sedikit mengenai sistem hybrid yang dibangunkan oleh Lotus Engineering yang mungkin akan digunakan pada kereta produksi Proton Emas kelak. Lotus Engineering adalah cabang dari Lotus dan menawarkan perundingan kejuruteraan kepada pembuat kereta. Sejak kebelakangan ini mereka banyak terlibat dengan projek untuk syarikat China. Mungkin ramai yang …
Mar 04
Proton Emas Country & Emas3!
Entri kali ini adalah lanjutan entri utama Proton Emas yang disiarkan kelmarin. Seperti yang kita sedia maklum, varian Emas ada 3 iaitu Emas, Emas Country & Emas3. Dalam entri ini, saya akan bercerita secara ringkas tentang Emas Country dan Emas3.
Mar 03
Proton Emas!
Emas atau nama panjangnya Eco Mobility Advanced Solutions adalah hasil daripada penyelidikan yang memakan masa bertahun lamanya. Dibangunkan untuk Proton, ianya direka untuk mengoptimumkan ruangan dalaman dan ergonomik masuk dan keluar kereta. Keluasan dalamannya adalah setara dengan kereta sedan dengan saiz luaran kereta supermini. Emas dijanakan oleh kuasa bateri dan enjin ‘range extender’ hasil kejuruteraan …
Mar 02
Panas: Proton EMAS!
Untuk negara kita berada pada tahap ini bukan mudah. Ulasan penuh dan gambar dalam entri akan datang. -Mak Uia-
Feb 28
Proton: Evora, Geneva, Rakan Strategik & Campro Turbo!
Awal minggu ini terdapat beberapa berita menarik tentang Proton. Sewaktu lawatan Tun Dr. Mahathir ke kilang Lotus, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin berkongsi beberapa perkembangan Proton, antaranya: Geneva Selepas 25 tahun, Proton akan kembali serius dalam pasaran global. Penyertaan sulung di Geneva adalah langkah pertama ke arah objektif tersebut.
Feb 25
Kereta Konsep Bandar Proton!
Rumah desain Itali, Italdesign Giugiaro telah meriliskan imej terbaru kereta bandar konsep Proton. Model tersebut menggunakan chasis yang sama dengan kereta konsep sebelum ini cuma imejnya lebih ranggi dengan 2 pintu tanpa tiang B. Selain dari itu, turut disertakan adalah gambar dalaman kereta tersebut yang mana ruang kaki dikatakan setara dengan kereta segmen C, D …