Honda Malaysia telah memperkenalkan warna baharu White Orchid Pearl bagi menggantikan warna Taffeta White yang digunakan pada kesemua model segmen B mereka. Warna baharu tersebut akan digunakan pada model-model seperti Jazz, City, BR-V dan HR-V bermula dari minggu ketiga bulan Februari depan.
Tag: Honda
Dec 22
Honda Malaysia Panggil Semula Odyssey dan Accord Untuk Pembaikan
Honda Malaysia mengumumkan ia akan memanggil semula 49,116 unit Odyssey dari tahun 2014 hingga tahun 2017 dan sedan Accord dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Panggilan semula itu dibuat bagi menukar semula menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi. Kos penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Alat pengesan bateri Accord (buatan tahun 2013 …
Dec 18
Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Malaysia Timur
Selari dengan permintaan yang semakin baik, Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S terbesarnya di Malaysia Timur. Pusat 3S yang dioperasikan oleh SYK RW Motor itu adalah pengedar ketujuh Honda di Sarawak. Honda Malaysia mempunyai tiga pengedar di Kuching, satu di Bintulu, dua di Miri dan satu di Sibu.
Dec 03
En. Adrian Salleh – Pemilik Pertama Honda Civic Type R (FK8R) Di Malaysia
Honda Malaysia pada 29 November lalu telah menyerahkan Civic Type-R (FK8R) kepada En. Adrian Salleh yang merupakan pemilik pertama model hebat itu di Malaysia. Majlis penyerahan tersebut diadakan dalam satu satu majlis pusat 3S Honda, Botanic Auto Mall, Bandar Botanic, Klang. En. Adrian Salleh sebenarnya adalah peminat Civic Type R sejak dahulu lagi dan pernah …
Nov 30
Pusat 3S Baharu Honda Kini Di Keningau, Sabah
Honda Malaysia telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alatganti) baharu di Keningau Sabah. Pusat 3S yang dioperasi oleh Vermillion Autohaus itu dapat memberi kemudahan kepada pelanggan Honda di Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan. Pusat 3S Honda dengan keluasan bangunan hampir 5,000 kaki persegi itu melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta dan mempunyai empat ruang servis dengan keupayaan …
Nov 11
Honda Civic Type R Kini Di Pasaran – RM320K, 60 Unit Sudah Ditempah!
Penantian akhirnya berakhir buat mereka yang mahu memiliki kereta hebat ini. Honda Malaysia secara rasmi melancarkan All-New Civic Type R, model Honda yang paling berkuasa pernah diperkenalkan di Malaysia. Model ini telah berjaya menarik perhatian ramai setelah berjaya dinobatkan sebagai kereta pacuan roda depan (FF) terpantas di Litar Nurburgring di Jerman iaitu 7 minit 43.80 …
Nov 07
Honda EX5 Fi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-30 di Malaysia 100 juta unit Siri Super Cup
Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast. Honda EX5 turut menyumbang kepada pengeluaran siri super cub sebanyak 100 juta unit dan merupakan motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
Oct 29
Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan
Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi. Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.