Ralliart Tutup Kedai!

Ralliart

Tak perlu cerita kehebatan Ralliart. Ralliart di mana-mana. Ada di setiap model prestasi Mitsubishi dan juga Proton. Di Perodua Kancil pun ada pelekat Ralliart. Di kereta Honda pun ada pelekat Ralliart. Ralliart adalah jenama yang besar.

Dan semalam, Masao Taguchi, Presiden Ralliart mengumumkan penala lagenda tersebut akan menamatkan operasi.

163069_270808mmsp+

Sejak ditubuhkan pada April 1984, Ralliart banyak berjasa pada Mitsubishi, banyak kemenangan dicipta seterusnya menaikkan lagi nama Mitsubishi. Tapi nama saja tidak cukup, akibat masalah kewangan, Ralliart akan ditutup bermula 1 April 2010.

Secara rasminya Ralliart tidak akan memberi bantuan kepada pelanggan permotoran, perancangan, pembangunan dan barangan rasmi.

Senang kata, perkara yang buat kita kenal dengan Ralliart sudah tiada.

Sumber: Ralliart.com Sumber gambar: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

22 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 12/03/2010 at 12:25 PM
    • Reply

    alahai..rugi jugaknya dia..

    • storns78 on 12/03/2010 at 12:45 PM
    • Reply

    Pelik gak jenama seantero 1 dunia pon boleh tutop….

    • carcraz on 12/03/2010 at 12:55 PM
    • Reply

    ruginyer……ttp….aku mmbsr ngan jenama ralliart kot…mcm aku knl transformer..cam 2 la knl ralliart…

    • kete_hitam on 12/03/2010 at 1:31 PM
    • Reply

    suruh la bro GSR beli kopeni nih. hahahaha

    • on 12/03/2010 at 2:50 PM
    • Reply

    Tinggal Kenangan…Gagal Segala Impian…Mcm lagu Wings la plak

    • Han on 12/03/2010 at 3:52 PM
    • Reply

    aiseh..
    mak uia, ko tak nak amek alih ke?
    hehehee

    • MOHAWKS on 12/03/2010 at 4:25 PM
    • Reply

    apa lagi… X dek ke sykt Malaysia nak amik alih???

    Lotus pun kita sebat…

    • kete_hitam on 12/03/2010 at 6:56 PM
    • Reply

    suh proton la beli

    • satria_standard on 12/03/2010 at 8:49 PM
    • Reply

    aiyoyo..dah tutup ka 🙁

  1. berita paling sebak untuk hari ini

    • pipe upvc on 12/03/2010 at 10:43 PM
    • Reply

    itu hari rugi x tapaw bebyk baju ralliart kat kedai padang jawa.. patut sekang dh tutup.. sian..

  2. banyak kompeni tuner Jepun gulung tikar sebab banyak sgt parts diorang diciplak. tengok saja APEXi, sekarang company dari China yang pegang. TRUST/GREDDY? Mutiara Motors dah ambik alih jadik M7. tu belum HKS lagik, dengar barang ciplak dari Thailand pun dah ada…

    cuma tuah jer tak menyebelahi Ralliart, yang senasib dengan Mugen (pun dah gulung tikar).

    • belalang_kontot on 13/03/2010 at 8:39 AM
    • Reply

    kes cetak rompak…
    pasni nk tune kete cane…
    hapkat tutup, Ralliart pon tutup..
    Malaysia oh Malaysia…
    Satu Malaysia…

    p/s:eh, ade kaitan ke?hehe

    • Alan on 13/03/2010 at 10:22 AM
    • Reply

    Proton dh beli Lotus
    suruh Perodua plak beli Ralliart ni
    bleh dpt Viva turbo

  3. Alan…

    Ralliart dah sinonim dengan Mitsubishi…

    tak sesuai rasanya kalau dikaitkan dengan Perodua…

    • HibaT on 13/03/2010 at 8:00 PM
    • Reply

    ini bukan satu berita yang buruk kepada sukan permotoran dunia… apa yang pasti kali ini adalah semangat untuk terus berjuang dalam sukan ini. dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
    kepada sponser2 kat luar sana.. percayalah bahawa driver2 kita kini makin berbakat dan perlu digilap dari masa ke semasa..

    • pendita_gila on 14/03/2010 at 4:00 AM
    • Reply

    ada bdk produa pki lambang mitsubishi

    • bukan-cikgu on 14/03/2010 at 9:36 PM
    • Reply

    mana x tutup byk sgt brg ciplak….

    • azwan nbs on 15/03/2010 at 2:05 PM
    • Reply

    ape boleh buat….

    • jebat derhaka on 15/03/2010 at 11:57 PM
    • Reply

    sesape ada duit tu gi la beli brg ralliart bebyk…..nnt dah jd brg rare…hehehehe

    • 5ruz on 17/03/2010 at 11:14 PM
    • Reply

    Ape lagi Proton kasi Take Over la same itu RALLIART

    • tac 8180 on 22/03/2010 at 10:56 PM
    • Reply

    lpas ni brang ralliart grenti naik harga munyeer..baru daftar nk jd barng rare

Leave a Reply to kete_hitamCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.