Perolehan Geely Auto Meningkat 118% Untuk 6 Bulan Pertama 2017

Geely Auto (HK 0175) telah mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama yang menunjukkan pertumbuhan hasil kukuh.

Pendapatan Geely Auto untuk separuh tahun pertama 2017 mencapai RMB 39.424 bilion (RM 25.3 bilion), naik 118% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pada separuh tahun pertama 2017, perolehan syarikat mencecah RMB 39.424 bilion (RM 25.3 bilion), meningkat 118% dari tempoh yang sama pada tahun lalu.

Keuntungan syarikat berjumlah RMB 4.344 bilion (RM 2,794 bilion), meningkat 128% dari tempoh yang sama tahun lalu.

Margin Keuntungan Kasar bagi separuh tahun pertama 2017 adalah 19.2%, peningkatan 8% dari tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan sesaham (Diluted Earnings per Share, EPS) mencapai 47.68, peningkatan sebanyak 120% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Geely AutoGeely Auto telah menjual sebanyak 530,627 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, peningkatan 89% dari tempoh yang sama tahun lepas.

Kenderaan generasi ketiga Geely Auto (generasi 3.0) telah dilancarkan pada Disember 2014. Rangkaian produk terbaharu telah meningkatkan daya saing syarikat, pendapatan operasi, keuntungan, dan imej jenama.

Berdasarkan kepada misi jenama “Menghasilkan Kereta yang Diperhalusi untuk Semua” Geely Auto telah melancarkan 4 model baharu, Bo Yue SUV, Geely GC9, Emgrand GS, dan Emgrand GL, di mana kesemua model ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Antara kenderaan Generasi 3.0, rangkaian SUV milik Geely Auto telah menunjukkan pertumbuhan jualan yang luar biasa pada separuh tahun pertama 2017.

Bo Yue SUV, Emgrand GS, dan Vision SUV telah terjual sebanyak 233,482 unit. SUV terbesar pada masa ini yang dijual oleh Geely, Bo Yue SUV adalah kenderaan yang paling laris dengan jualan mencecah 116,932 unit, peningkatan sebanyak 509% dari tempoh yang sama pada tahun lepas.

Dalam pasaran sedan, Geely Auto telah menjual sebanyak 292,314 unit pada separuh pertama 2017, antaranya 117,718 adalah New Emgrand, 45,486 adalah segmen A+ Emgrand GL, dan 16,404 adalah Geely GC9.

Dalam pasaran tenaga baharu pula, Emgrand EV telah terjual sebanyak 7,982 unit pada separuh pertama 2017, menjadikannya salah sebuah model EV paling laris di China.

Geely Auto terus mengekalkan keseimbangan antara pembangunan segmen sedan dan SUV, meningkatkan pegangan Geely Auto di pasaran China kepada 5%.

Geely Auto kekal berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunan mereka yang diselaraskan kepada 1.1 juta unit dengan model-model baharu yang telah dilancarkan dan dirancang untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Pada 1 Ogos, model Geely GC9 tahun 2017 telah diperkenalkan ke pasaran domestik China dan tidak lama lagi akan disusuli dengan peringkat kemasukan SUV crossover.

Pada suku keempat tahun 2017, Geely Auto akan melancarkan SUV serba baharu serta produk utama bagi model tahun 2018 seperti New Emgrand, New Vision dan Vision SUV.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.