Pandu Uji: Perodua Myvi Lagi Best, Lagi Power 1.5 SE Manual

Kalau dilihat pada trend pasaran tempatan, tidak mustahil satu hari nanti kereta bertransmisi manual akan pupus di Malaysia. Pemandu di negara ini nampaknya sudah tidak rajin lagi menekan klac dengan kerap, lebih-lebih lagi ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Lenguh kaki, kata mereka.

Justeru, memandu kereta manual seakan-akan sudah tidak relevan lagi. Sehinggakan ada cadangan supaya ujian memandu menggunakan kereta bertransmisi automatik sahaja. Kalau ia dilaksanakan, banyak perkara yang tidak perlu dibimbangkan oleh mereka yang bakal menjalani ujian memandu. Terutama ketika hendak mengerakkan kereta di laluan berbukit. Tidak perlu lagi sibuk-sibuk berlatih mengimbangi untuk menekan klac dan pedal minyak.

Bagi saya, keadaan itu satu perubahan yang terpaksa diterima. Lagi pun, cuba kira berapa ramai yang membeli kereta manual selepas lulus ujian memandu. Daripada sepuluh orang, seorang daripada mereka pun belum tentu memilih untuk membeli kereta manual.

Biarpun begitu, masih ada pengeluar yang menawarkan kenderaan bertransmisi sebegitu kepada orang ramai. Pengeluar-pengeluar ini percaya, permintaannya masih ada (terutama di kawasan luar bandar) walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana. Saya sendiri yakin, masih ada yang tahu menghargai keseronokan memandu sebuah jentera bertransmisi manual.

Sebab itulah apabila Perodua memberitahu ada model Myvi terbaharu untuk dipandu uji, saya tidak berfikir panjang. Varian transimisi manual sengaja dipilih, walaupun ada model transmisi automatik yang boleh dipandu uji. Sekali-sekala, layan juga kereta sebegini.

Bukan apa, saya mahu tahu sejauh mana enjin bersesaran 1.5 liter itu memberi reaksi apabila digabungkan dengan transmisi lima kelajuan tersebut. Apatah lagi, inilah kali pertama Perodua menyatakan tempoh masa yang boleh dicapai dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/J) untuk kereta yang dijualnya. Jadi, ini bukan main-main. Mesti laju dan penuh kuasa.

Menggunakan enjin sama yang ada pada model MPV pertama Perodua iaitu Alza, memang tidak dapat dinafikan ia mampu menawarkan pecutan dan hantaran kuasa serta tork dengan lancar. Henjutan kuasanya dapat dirasa dengan ketara.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa apa yang ada pada Myvi ini serba-serbi ringan, terutama sterengnya. Memang memudahkan pemandu untuk memakir kenderaan. Tetapi boleh membuatkan pemandu jadi kurang yakin jika memandu laju di lebuh raya atau mengambil selekoh. Tubuh Myvi juga berasa lebih ringan dan tidak malas berbanding Alza.

Klacnya lembut untuk ditekan sebelum gear ditukar. Jadi, kalau terpaksa memandu dalam kesesakan jalan kaki anda tidaklah terlalu penat. Pendek kata, ia memang sebuah kereta bandar yang bagus dan seronok untuk dipandu.

Berada di dalam kabinnya, anda dihidangkan dengan rekaan papan pemuka yang ringkas. Saya boleh terima plastik hitam yang digunakan kerana ia tidak nampak murah. Sistem audio binaan dalamnya juga kemas dengan butang-butang yang tidak menonjol keluar. Sementara tiga dial kawalan pendingin hawanya pula mudah dicapai dan dioperasi. Stereng yang dibalut kulit itu juga sedap dipegang.

Untuk varian manual, anda akan mendapat satu lagi ruang ektra untuk meletak barang-barang kecil. Menjadi ruang untuk tuil gear kepada model transmisi automatik, kedudukannya bagaimanapun menegak dan agak sukar untuk memastikan barang yang diletakkan di dalamnya tidak terjatuh sewaktu anda membrek atau sebagainya.

Melihat luarannya, Myvi itu menyerlah menerusi warna kuning yang terang benderang. Walaupun kuning bukanlah warna kegemaran, saya mengakui bahawa warna tersebut memang kena dengan Myvi.

Bagi membuatkannya nampak lebih sporty berbanding Myvi biasa, jentera itu dipasang dengan bampar hadapan rekaan baharu, sepasang lampu kabus, skirting sisi dan spoiler belakang. Tidak cukup, ia turut dilengkapi dengan ‘air diffuser’ berwarna hitam pada bahagian bawah bampar belakangnya.

Apa pun, Myvi dilihat mampu mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengguna di Malaysia. Katalah macam mana sekali pun, orang ramai masih berminat untuk memiliki Myvi. Buat sekian kalinya, jalan raya kita akan terus dipenuhi dengan model ini. Jemu? Itu pilihan peribadi.

-Syuk- 

Kredit: Garaj Kosmo

Spesifikasi Perodua Myvi 1.5 SE

Enjin: DOHC, 16 injap dengan DVVT

Kuasa maksimum: 76kW @ 6,000rpm

Tork maksimum: 136Nm 4,400rpm

Suspensi hadapan: topang MacPherson

Suspensi belakang: torsion beam

Sistem keselamatan: dua beg udara SRS, ISOFIX, ABS dengan EBD dan BA,

Kapasiti tangki: 40 liter

Harga: RM50,900 (solid) RM51,400 (metalik)

*harga adalah di atas jalan termasuk insurans

50,900.00

51,400.00

Silakan kongsi:

35 comments

Skip to comment form

  1. Syuk : same jer artikel ni mcm yg kuar dlm garaj Komo aritu…kompom ke lagi power, lagi best?

  2. sori…Komo=Kosmo

  3. Ahah…akhirnya pandu uji juga,tapi awat sikit sangat,Tak sempat nak inzal,dah habis entri.

    • kamenrider14 on 31/10/2011 at 2:09 PM
    • Reply

    kalau bukan sebab harga ngan saiz bonet dah tentu sya pilih… tapi fl 1.6 lebih seswai ngan sya..

    • perdanaburuk on 31/10/2011 at 2:41 PM
    • Reply

    Ahaksss, gua tunggu veyron turun harga je bro…

  4. Soklan cepumas …antara Proton Inspira & KIA Forte yg mane lebih berbaloi untuk dibeli?

    • syuk on 31/10/2011 at 8:30 PM
    • Reply

    capar: memang artikel sama yang kuar kat kosmo! aritu.. Motifnye, sape yang lupa or saje2 lupa beli kosmo bole baca kat sini. heh

  5. Ok Syuk…Peace No War

    • syuk on 31/10/2011 at 8:34 PM
    • Reply

    capar: gua dah test dua2 kete tu. susah nak cakap mana yang berbaloi nk beli. Forte, kalo nk beli, beli yg 2.0 la. mcm2 ade n enjin x lembab. Inspira pulak, memang bagus la dr segi handling, power etc. cuma interior la kureng sikit. itu pendapat peribadi ler

  6. Go forte go

  7. gua dengan ini ingin memberi idea tak bernas kepada skru2 GT untuk organized satu santai sambil minum menjelang ujung tahun yg bakal nak tiba ni.. gua teringin jugak nak jumpa2 budak2 gt atau members yg teringin nak otograf gua (ok..jgn gelak) sambil merapatkan silaturrahim sesama kita.. takyah formal laa..lagipun kat sini rata2 semua dah tua bangka.. kecuali gua muda remaja so lepak minum aje toksah bukak bonet kereta lak..

    2. err.. gua nak t-shirt simple gt.com .. takde ker??

    3. sekian.. tido..zzz

    • Alteja on 01/11/2011 at 12:10 PM
    • Reply

    Sokong En. Sepat

    • megatputrakuning on 01/11/2011 at 2:32 PM
    • Reply

    gua no komen bab 1.5 nih sbb gua dah pakai..hahahahaha..manual mmg best….gua tukar rim sama itu adjustable…sesedap rasa jo…hahahaha..change…yes we can….

    sepat:gua sokong lu nk merapatkan tali2 yg sedia ada ni…peace no war…

    syuk:skema la artikel ni…apapun ko mmg best mcm myvi ni…hahaha

    • kete_hitam on 01/11/2011 at 2:43 PM
    • Reply

    boleh pegi dua lapan nih……..

    • cb400vtec on 01/11/2011 at 3:21 PM
    • Reply

    gua sokong sepat,lg2 bab xyh bkk2 bonet 2..bley gua jual emas nti..heh..heh..GT kne bg invitation kad by email la..dorg je yg tau email..so xde la org mnyamar jd abg kassim nti..huhu..
    GT bg la sevenier sket utk sekutu2..dpt t-shirt GT simple2 pn ok da..xpn tuala lap tgn ke,lilin wangi ke,cawan2 utk hadiah pgantin ke..labu sayong ke..haha..

    • syuk on 01/11/2011 at 9:46 PM
    • Reply

    megatputrakuning: gua terpaksa skema. sebab artikel ni masuk dlm paper. kata org puteh, no choice

    • exJAVANESE on 02/11/2011 at 12:54 AM
    • Reply

    Sepat: ooo..gathering? cntikk tu! area mane mau kautim? danau kota ke?

    • azwan nbs on 02/11/2011 at 2:47 AM
    • Reply

    kalo area melaka gua join kot….

  8. Lu org suruh matpon arrangekan gua cuma pandai cadangkan, nak cantik buat sekitar shah alam dekat sikit dgn rumah gua kahkahkih

  9. Syuk : mekasih atas pandangan peribadi anda…Forte 2.0 gua tak mapu kot…mcm mahal je…
    Sepat : gua pon dah lama tingin nak buat ala2 gathering cenggitu cuma masa & sokongan oleh skru & sektu GT.com diperlukan … jgn tak jadik plak nnt…tentang T-shirt kalo betul2 serius gua boleh try arrange kan…maybe logo GT.com yg bersulam bkn cop beser2 tu…tp kena beli la…takan free kot…hahaha

    • belalang_kontot on 02/11/2011 at 1:39 PM
    • Reply

    gua sokong cadangan awak2 semua…
    hehe….
    buatla kat mane2 pun, gua tak kisah…
    kalo ade tshirt pun ok gk…
    baru meriah…
    tp kalo wat gathering nnt kite wat la kat tmpt yg takleh merokok ye…
    sbb gua lelah, takleh hidu asap rokok… 🙁

  10. Mat Pon : ape lagi …jalankan tanggungjawab anda…asyik tido je…kekekekeh

  11. ishhhhhhhhhhhhhh gua dh agak dh gua dh agak dh. masalah prob is gua ni camouflage kalau gua join takkan gua nak pakai helmet pinjam tu all d time. ishhh kalau gua bukak hemlet tu nanti terbongkar la identiti gua. isshhh kalau gua masuk mempelam habis la org cam gua. ishhh. cadangan ditutup. sekian. 10q.

    • pelug on 03/11/2011 at 1:35 AM
    • Reply

    MATPON buat decision stail dictator…..kehkehkeh

    • cb400vtec on 03/11/2011 at 10:34 AM
    • Reply

    setujuuu…tshirt PUTIH logo GT kt dpn blh kiri atas (sedang2 jgn bsar sgt)n tulisan website GT kt blkg area bwh kolar (pn jgn bsr2 sgt,sdg2 jer..)ala2 mcm o’brien pnyer t-shirt…sempoi jer..kualiti bju mantap,byr lbh pn puas hati,xde hal..
    klu jmpe kt knduri kawen bru la knal sekutu2..
    venue shah alam pn cantik sbb gua kje shah alam..heh.heh..

  12. Ok,sekarang ni gua nak tanya..berapa ramai yang sanggup & sudi untuk order t-shirt ni? sumpah, gua sesen pun tak amik untung, semua gua kasik Matpon aja

    • megatpiutrakuning on 03/11/2011 at 2:27 PM
    • Reply

    so skrg ni ttp tarikh le mat pon….bile nk jumpa lg…takkan nk tggu raya thun dpn buat rumah terbuka….gua kalau area shah alam ok jew….

  13. Gua tak kisah pasal baju & TT tu. Cuma gua tak sempat nak handle.

  14. Sekutu Yang Lain2
    bagi gua masa sikit, nanti gua post kan entri khas pasal perkara-perkara ni..pagi ni gua kena pergi mahkamah kejap.. bukan main extrem lagi gua rasa..kahkahkah

  15. Min : Gua nak T-shirt…gua setuju dgn cadangan cb400vtectaklaju…buat simple2 jer Min…TT kena cari tarikh yg sesuai kalo boleh jgn ujung2 bulan gua busy…awal bulan okey

    • Eddy9910 on 04/11/2011 at 6:27 PM
    • Reply

    Gua nak join! Gua nk join!

    • pocong on 04/11/2011 at 11:05 PM
    • Reply

    Klu nak wat gathering TT crik tmpt yg senang paking.Gua cadangkn kt KESAS Awan Besar R&R je. Tak pon R&R Genting Sempah, tempat pon sejukkkkkkkkk jer. Jln naik/turun pon mmg cantik siap dh ada lampu jalan putih lg. Mcm F1 Spore rsa nyer derrrrrrr….

  16. pocong

    apasal jauh sangat tu… gua baru kira2 suruh lu org bikin kat masjid aje..lepas gathering solat jemaah..amacam?

    • draglift on 11/11/2011 at 4:36 PM
    • Reply

    Panjang sangat la intro lu bro. Penat aku baca. Tak payah la cite meleret2 pasal transmisi manual yg da tak semakin popular kat malaysia ni. Tak relevan ngan tajuk artikel ko ni. Lagi elok kalu ko terus cite pasal myvi. Ini tidak, sampai 5-6 perenggan nak cite pasal transmisi manual, baik ko tuka tajuk artikel ni kepada, kenapa transmisi manual da x popular kat msia?..Just my 2 cents to improve your writing. Tq

    • rina on 12/02/2013 at 3:34 PM
    • Reply

    erk.. nape tak amik yg multimedia.. baru stylo..

Leave a Reply to sepatbaikbulanbaikCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.