Eterniti Hemera – Super SUV Pertama Di Dunia

Eterniti

Eterniti Motors, yang telah ditubuhkan di London, merupakan syarikat kereta British yang baru akan memperkenalkan Super SUV pertama di dunia Hemera pada Frankfurt International Motor Show, 13 September 2011 ini.

Eterniti adalah merupakan pembuat kereta secara indie yang berunsurkan kemewahan, bertujuan memenuhi sebahagian segmen kecil terhadap kereta-kereta mewah yang eksklusif khususnya di kawasan bandar-bandar utama dan juga pusat kekayaan global.

Dan kereta pertama mereka akan mencerminkan tentang hal ini. Hemera merupakan Super SUV yang akan menyediakan tahap kemewahan yang baru serta ruang dan prestasi yang akan mewujudkan satu industri yang baru. Antaranya ruang kabin belakang limosin, tempat duduk berkembar yang boleh dibaringkan dan pendingin minuman.

Hemera ini akan dipamerkan secara prototaip terlebih dahulu dengan pengeluaran serta penghantarannya akan bermula pada 2012. Eterniti ini disokong oleh sekumpulan pelabur-pelabur antarabangsa yang mempunyai minat terhadap besi bernama kereta ini. Pasukan kejuruteraannya diketuai oleh Alastair Macqueen, yang bertanggungjawab untuk pembangunan Jaguar XJ220. Selain itu, Johnny Herbet bekas pelumba F1 akan turut bekerjasama dengan Eterniti untuk membangunkan secara aktif kenderaan Eterniti selain turut berkhidmat sebagai Duta.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

Pandu Uji: Kia Forte 2.0SX 2011

Kia Forte 2.0 2011.06

Kia memulakan persaingan dengan model dalam sedan segmen C pasaran tempatan menerusi model Sephia. Ia kemudian diganti dengan model Spectra. Harga yang ditawarkannya ketika itu jauh lebih murah berbanding Honda Civic atau Toyota Corolla yang sudah sekian lama menguasai pasaran tersebut.

Bertahun-tahun berlalu, Sephia atau Spectra tidak memberi impak besar. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tidak mustahil ada yang tidak dapat membayangkan rupa model-model itu jika mereka ditanya mengenainya.

Kegagalan tersebut disumbang oleh banyak faktor. Antaranya termasuklah jenama Kia yang belum kukuh, reka bentuk kurang menarik, di samping teknologi automotif Korea masih dianggap ketinggalan jika dibandingkan dengan pengeluar dari Jepun dan Eropah.

Continue reading

Silakan kongsi:

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54!

GTRayanMerdeka2011edited

Gua mewakili semua skru GT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Tahun ini merupakan kali ketiga GT menyambut aidilfitri, dan juga tahun ketiga buat sekutu yang sentiasa menyokong blog ini.

Berbanyak terima kasih untuk sokongan lu orang serta maaf zahir dan batin sepanjang kita bersama.

GT aishiteru.

Silakan kongsi:

Nissan Juke Edisi Terhad

Juke

Memandangkan hari ini hari terakhir bekerja, mood nak menulis pun tak berapa nak datang. Tapi demi untuk tidak menghampakan Sekutu yang begitu rajin membuka laman sesawang GearTinggi.com [saja tulis nama penuh nak bagi panjang entri] saya gagahkan juga menaip cerita tentang kereta.

Baru-baru ini Nissan Juke Edisi Terhad telah diperkenalkan untuk tatapan umum. Antara ciri-ciri edisi terhad yang ditampilkan pada Juke berwarna Hitam atau Kuro dalam bahasa Jepun adalah rim aloi yang berwana hitam ‘gloss’  dan juga plak bernombor di konsol tengah yang mana hanya 700 unit sahaja untuk pasaran United Kingdom.

cb136132-4e76-40f2-a195-9313fbce7774[1]

Pun begitu, walaupun temanya adalah hitam, tetapi terdapat 2 warna yang ditawarkan untuk edisi terhad ini, Pearl Black dan juga Force Red.

P/S: Selamat pulang ke kampung buat semua Sekutu. Ingat, kelajuan tidak pernah membunuh. Kelalaian yang sering menjadi punca membunuh. Sekian.

Silakan kongsi:

BANTUAN: Proton Waja WKC 2079 Hilang!

Photo0039

Salam skru GT…

Gua nak mintak tolong postkan kereta gua…

Kereta hilang masa nak repair kat bengkel Hj Mela Auto, Pusat Perdagangan Seri Kembangan. Gua anta kereta dalam kul 9-10 malam 22 Ogos 2011…

Sebelum tuan bengkel tutup workshop pukul 2 pagi 23 Ogos 2011, kereta masih ada depan bengkel. Pagi bukak workshop balik, kereta dah takde…

Tuan workshop ingat gua dah amik kereta, so dia biar…

Petang masa turn kereta gua nak repair, tuan workshop call suruh anta kereta…

Mase tu la baru sedar kereta hilang….

Gambar latest gua takde. Tapi beza ngan gambar kat attachment ni sport rim je.. Sport rim mase ilang gua pakai advan rg 16 inci, tayar accelera alpha 205/55/16 (baru seminggu tukar)….

Mohon sesape yg jumpe kontek gua atau balai berdekatan…

Tq…

Amir-0123973795/0133539025

Spec:

Proton Waja 1.6X Auto (Premium).

WKC 2079

Sport Rim Advan RG 16″ warna putih

Warna perak@silver

Tinted ala-ala cermin (silver)

Ada kesan gesel kat bumper depan belah kiri…

Kesan calar kat pintu belakang belah kanan….

No plat belakang ada stiker Lonpac E-Assist….

Lampu belakang warna gelap sikit (spray pakai clear)…

Silakan kongsi:

Balik Raya Punya Cerita

GT1

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya. Maka lagi dua tiga hari, boleh jadi orang ramai dah mula nak pulang ke kampung halaman tercinta.  Sebagai pedoman dan hidayah buat Sekutu yang memandu, maka bolehlah dijadikan amalan yang murni menjelangnya aktiviti pembalikan kampung tersebut.

  1. Ini perkara yang paling penting sebenarnya. Sebelum memulakan perjalanan, baca doa menaiki kenderaan dulu. Paling tidak pun, Bismillah dahulu. Kemudian nak baca doa dalam apa bahasa sekalipun, silakan.
  2. Pemandu wajib berada dalam keadaan cukup cergas untuk memandu dalam keadaan yang mencabar. Mencabar bererti rohani dan jasmani harus bersedia dengan sebarang kebarangkalian menempuh kesesakan lalu lintas yang maha luar biasa. Leceh juga kalau mengantuk waktu-waktu macam ni.
  3. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ada eloknya juga orang yang duduk di sebelah pemandu adalah jenis yang Deejay Radio, banyak cakap. Boleh juga buat teman sembang. Tapi jangan sembang jenis mengumpat pula.
  4. Kereta juga harus berada dalam cukup cergas. Bukan setakat servis tukar minyak pelincir sama penapis minyak. Periksa juga lain-lain kompenan seperti keadaan tayar dan juga brek pad. Tayar simpanan pun kena periksa sama, jangan dianaktirikan.
  5. Sebelum bertolak pulang ke kampung, pastikan tahap petrol berada pada tahap yang paling cemerlang. Buat isian petrol sebelum memasuki lebuhraya di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Dah tentu dapat menjimatkan masa daripada nak kena beratur kalau mengisi petrol yang berhampiran dengan lebuhraya.
  6. Jangan lupa juga membuat isian semula kad Sentuh & Pergi [Touch N Go] awal-awal. Jangan dah nak masuk lebuhraya, baru terhegeh-hegeh nak buat isian semula di kaunter tol. Tahukah anda betapa ramainya umat sibuk beratur waktu itu. Nak lebih afdal, gunakan saja Tag Pintar [Smart Tag].
  7. Kalau yang jenis sukakan cara konvensional, pastikan anda menyediakan tiket tol dan duitnya sebelum menghampiri Plaza Tol. Ramai sangat yang suka bila dah sampai depan Kakak Plaza Tol baru terhegeh-hegeh nak cari tiket sama beg duit. Yang duduk beratur kat belakang nak membayar pun boleh tahan banyak keretanya.
  8. Kalau dah beratur panjang sewaktu berada di Plaza Tol, jangan nak mengada-ngada menukar lorong. Anda hanya akan menambah sesak dan menyakitkan hati serta perasaan pemandu-pemandu di belakang.
  9. Sewaktu memandu di lebuhraya, pastikan anda mematuhi had kelajuan kebangsaan. Kalau sesekali cecah 120 km/j kerana nak memotong kenderaan di hadapan, tak mengapa. Anda boleh dimaafkan.
  10. Sewaktu memandu dengan laju di lebuhraya, cuba perhatikan sama kenderaan di hadapan dan yang lebih hadapan. Mana tahu, tiba-tiba tertekan brek kecemasan, sempat jugalah anda nak menekan brek sama. Tidaklah nanti sibuk penumpang sebelah nak kena brek pakai mulut.
  11. Kalau anda jenis yang berduit lagi selepas Hari Raya nanti, silakan memotong kenderaan dengan menggunakan laluan kecemasan. Dengar kata, pihak penguatkuasa berpakaian preman bersepah waktu ni.
  12. Memandu laju di lebuhraya memerlukan konsentrasi yang amat tinggi. Jadi jangan cuba-cuba memandu gaya sebelah tangan sahaja pegang stereng. Gila. Sebastian Loeb pun tak pernah buat macam tu.
  13. Jikalau anda sedang memandu dengan had kelajuan kebangsaan dan berada di lorong paling kanan, mohon untuk beri laluan sekiranya ada kenderaan di belakang 8 batu lagi dah bagi lampu tinggi minta diberikan laluan. Jangan cuba jadi hero tak mahu beri laluan hanya kerana kenderaan tersebut dah mencapai had kelajuan kereta api laju.
  14. Tali pinggang keledar tu jangan dah nampak sekatan jalanraya baru terhegeh-hegeh nak pasang. Tapi kalau anda jenis yang suka tercampak ke luar tingkat hadapan, tak pakai pun tak mengapa.
  15. Bagi yang menggunakan Jalan Persekutuan, tahap keberhati-hatian amat-amat diperlukan. Diulangi, amat-amat diperlukan! Jalan Kuala Lipis-Merapoh tu memang selalu masuk carta kemalangan ngeri. Sekali kena, pasti masuk muka depan akhbar arus perdana.
  16. Tolong juga sedar diri dan sedar kemampuan kereta. Kalau setakat memandu Saga FLX, bubuh pula rim sukan bersaiz sampai berbelas-belas inci, penumpang mengalahkan MPV jangan cuba pasang niat untuk memotong bas bersaiz dua tingkat di hadapan. Kalau dah bertembung dengan kenderaan di hadapan, nak ingat Wad Kecemasan pun tiada gunanya lagi.
  17. Mana-mana kenderaan yang dah nak sampai kampung, sewaktu nak keluar masuk simpang, dengan rasa rendah diri saya memohon agar janganlah diacah-acah kepala kereta anda seperti hendak ke tak hendak keluar simpang. Kalau kenderaan lain masih lagi berada pada laluannya, berikan sahaja kerana anda yang harus mengalah. Jangan ikut amalan nak keluar simpang tapi kepala kereta terjulur keluar sampai makan setengah jalan.
  18. Ada orang berkata, sewaktu memandu tu ingatlah yang tersayang. Sesekali tu, ingatlah sama insan yang ada tak berapa nak sayang, Doktor sama pemandu Ambulan misalannya.
  19. Dalam kereta pastikan sekurangnya ada sebotol air mineral, bimbang kalau-kalau suhu enjin kereta mendadak naik tahap kepanasannya di kala menempuh jem yang menggila.
  20. Kalau semua perkara yang di atas anda semua dan amalkan tetapi masih juga mengalami sebarang kecelakaan, anggap sahaja ianya takdir dariNya. Yang penting kena Redha.

Kepada Sekutu yang memandu sewaktu pulang ke kampung, semoga semuanya selamat dalam perjalanan. Sekian.

-C27-

Silakan kongsi:

VW Polo GTI: Versi Kecil Golf GTI

VW Polo GTI 2011.03

Harus diakui apabila pengeluar kenderaan terkemuka Eropah iaitu Volkswagen gagal untuk berkerjasama dengan pengeluar kenderaan nasional Proton, tidak sedikit yang berasa kecewa. Peluang untuk merasai teknologi Eropah pada harga mampu milik kini tinggal mimpi. Ironinya daripada pemerhatian saya, masalah yang sinonim dengan kereta buatan Eropah seperti khidmat lepas jualan yang lemah serta susut nilai yang tinggi seolah-olah dilupakan bila bercakap mengenai VW. Saya tidak pasti puncanya, lebih aneh model yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia hanyalah Beetle klasik dan selepas itu hayat VW di Malaysia hidup segan mati tak mahu. Saya fikir VW harus berterima kasih kepada Tan Sri Tengku Mahaleel, mantan Ketua Pegawai Operasi Proton kerana beliau adalah pencetus kepada kerjasama ini dan secara tidak langsung mempopularkan kembali jenama VW di pasaran tempatan.

Selepas berpuluh tahun VW bersandarkan kepada Beetle, rakyat tempatan sejak beberapa tahun lepas boleh mengaitkan jenama itu dengan model Golf GTI. Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba sahaja Golf GTI menjadi popular dan banyak dibawa masuk oleh pengimport kenderaan bebas. VW tidak boleh membiarkan keuntungan yang sepatutnya masuk ke poket mereka terlepas begitu sahaja dan mereka kini membawa masuk beberapa model global dan pada masa akan datang akan mengeluarkan model pemasangan tempatan dengan kerjasama DRB Hicom. Buat masa ini, antara model yang bersungguh-sungguh dipromosikan oleh VW Group Malaysia ialah Polo. Kereta bandar dengan enjin 1.2 liter TSI yang dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan DSG. Spesifikasinya hebat dan begitu juga dengan harganya iaitu sekitar RM110 ribu yang juga merupakan model VW paling murah boleh dibeli di pasaran.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Gambar Yang Cool [Sejuk]

Focus Coupe-Cabriolet Ice Sculpture 

Ford Britain sedang membuat persiapan bagi meraikan Ulang Tahunnya yang ke 100. Cara yang Ford gunakan agak menarik dengan memperlihatkan gambar-gambar yang sangat jarang dapat dilihat. Hubungan unik yang dimiliki antara Ford dan Britain ini serta masyarakatnya akan digambarkan setiap minggu menerusi gambar yang telah dipilih khas.Hubungan unik yang dimiliki antara Ford dan Britain ini serta masyarakatnya akan digambarkan setiap minggu menerusi gambar yang telah dipilih khas.

Antaranya adalah merupakan Ford Focus Coupe Cabriolet yang diperbuat daripada ais. Signifikasinya diperbuat dariapda ais adalah untuk mengenangkan bahawasanya Eropah pernah dilanda suhu panas yang melampau pada tahun 2006. Kirannya, apabila melihat kereta diperbuat daripada ais ni, orang ramai akan merasa sejuk [cool] dan hebat. Kereta ini memang hebat apabila pernah diangkat sebagai Kereta Tahunan 1999.

Seperti mana gambar yang dapat dilihat ini, ternyata kereta ini memang kelihatan sangat-sangat cool [sejuk].

-C27-

Silakan kongsi: