Pandu Uji: Perodua Myvi Lagi Best, Lagi Power 1.5 SE Manual

Kalau dilihat pada trend pasaran tempatan, tidak mustahil satu hari nanti kereta bertransmisi manual akan pupus di Malaysia. Pemandu di negara ini nampaknya sudah tidak rajin lagi menekan klac dengan kerap, lebih-lebih lagi ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Lenguh kaki, kata mereka.

Justeru, memandu kereta manual seakan-akan sudah tidak relevan lagi. Sehinggakan ada cadangan supaya ujian memandu menggunakan kereta bertransmisi automatik sahaja. Kalau ia dilaksanakan, banyak perkara yang tidak perlu dibimbangkan oleh mereka yang bakal menjalani ujian memandu. Terutama ketika hendak mengerakkan kereta di laluan berbukit. Tidak perlu lagi sibuk-sibuk berlatih mengimbangi untuk menekan klac dan pedal minyak.

Bagi saya, keadaan itu satu perubahan yang terpaksa diterima. Lagi pun, cuba kira berapa ramai yang membeli kereta manual selepas lulus ujian memandu. Daripada sepuluh orang, seorang daripada mereka pun belum tentu memilih untuk membeli kereta manual.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

DIJUAL: Toyota Vios 1.5G 2004!

Untuk dijual, Toyota Vios 1.5G. Tahun 2004. Sport rim Lenso 17″. Bodykit Airmaster. Harga RM47k, boleh dapat pinjaman penuh kalau dokumen kukuh.

Siapa minat boleh telefon: 013-278 88 87 (Encik Parez)

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Perodua UK Bagi Percuma Sport Rim Untuk Myvi!

Sesungguhnya Perodua UK bagi free of charge sport 14″ brand Milano Titanium 10 spoke pada brader atau makwe yang beli Myvi Ebony Black SXI sebelum 2012. Katanya siapa beli dia dapat save GBP480.

Myvi tu kalau lu orang mau tau harga dia GBP6,999 lepastu ada aksesori macam acond, 4 power windows, stereng power dan radio CD sebagai standard. Tetiba gua rasa malas pulak nak translate cerita panjang-panjang ni. Dah la.

Sekian. 10q.

-Matpon-

 

Silakan kongsi:

Juke-R Didedahkan!

Ok, sambil malam ni lu orang melayan maruku ke apa, apa kata lu orang jom layan GearTinggi kejap. Gua tahu, lu orang pun mesti dah bising apa pasal GT lama takde cerita baru. Bukannya apa, sibuk tak tentu hala adalah merupakan kelaziman. Tapi malam ni gua ada sikit rajin nak posting cerita baru.

Untuk makluman lu orang, Nissan telah membuat kejutan dengan mempamerkan sekali Godzilla yang digembar-gemburkan dalam YouTube, Juke-R sewaktu mengadakan sidang media di Malaga. Juke-R ini hanya dibina sebanyak dua unit sahaja, satu untuk pemanduan belah kiri dan satu lagi untuk pemanduan belah kanan. Ternyata, dengan menjelmanya Juke-R ini di alam nyata telah memletakkan crossover ini berada pada satu kelas yang tersendiri.

Nissan turut merancang untuk menguji sejauh mana tahap kelajuan Juke-R ini pada bulan November nanti. Gua fikir, sekiranya Tan Chong membawa masuk Juke bukan R, ada can tak menang tangan jurujual Nissan nak submit loan ke bank.

Sumber: Newspress

P/S: Gua sama Matpon ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Makan maruku, jangan lupakan daku. Cheewah.

-C27-

Silakan kongsi:

Subsidi Petrol Bulan Oktober 2011

Perkh nampaknya gua terlepas posting pagi-pagi Jumaat macam selalu gua buat. Lama juga berita minyak menyepi ni. Gua rasa dekat kereta lu orang kena letak jugak stiker berapa lu orang bayar cukai kat kerajaan.

Sekian. 10q.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Pasang Peugeot 508 di Malaysia Jika Permintaan Berganda

Bagi merancakkan lagi industri kereta kategori RON97 [premium], Nasim Sdn Bhd selaku pengedar jenama Peugeot memperkenalkan model baharu Peugeot 508. Model 508 ini yang dilengkapi dengan enjin 1.6 liter dijual pada harga atas jalan RM169,888. Model sedan premium mewah itu disasarkan kepada golongan eksekutif dan profesional yang mengimpikan kereta berkarakter dalam kelasnya tersendiri.

Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, hasrat melaksanakan CKD memang ada tetapi Nasim perlu melihat kepada berapa banyak jualan yang boleh dilakukan dalam sebulan. Katanya, jika jumlah jualan antara 200 buah sebulan adalah sukar bagi pihaknya untuk membuat CKD berikutan kos yang tinggi.

“Bagi model terbaharu 508 ini kita menyasarkan antara 150hingga 200 buah sebulan tetapi jika permintaan itu meningkat dua kali ganda tidak mustahil untuk kami meneruskan rancangan CKD,” katanya selepas majlis pelancaran Peugeot 508 sedan di sini hari ini.

Kereta tersebut telah memenangi beberapa anugerah seperti 2010 Auto Trophy di Jerman serta dinamakan Best New Car of 2011 oleh majalah Fleet World United Kingdom.

Menurut Anand George, pihaknya telah menerima 100 tempahan sebelum ia dilancarkan bagi model yang telah memenangi anugerah antarabangsa.

Beliau berkata, dengan pengenalan model terbaharu ini, ia akan membantu meningkatkan jumlah jualan keseluruhan yang disasarkan sehingga 6,000 buah.

“Nasim mempunyai perancangan sendiri untuk mencapainya termasuk menambah bilangan ruang pameran dan meningkatkan kemudahan selepas jualan. Kami yakin mampu mencapai jualan melebihi 6,000 buah dan mungkin 7,000 buah kenderaan,” katanya

Sehingga September lalu, buat pertama kali sejarah Peugeot di Malaysia, jenama tersebut kini telah melepasi jualan tertinggi sebanyak 4,000 buah bagi tempoh sehingga 30 September lalu.

Nasim dalam kenyataannya berkata, jualan tersebut telah melepasi angka jualan bagi tempoh sepanjang tahun lalu iaitu 3,773 buah.

”Sehingga September lalu, kami berjaya menjual lebih 4,000 buah kereta dan ia merupakan rekod jenama itu di Malaysia sekali gus mampu merekod jualan tertinggi sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Sumber: Utusan

Silakan kongsi:

Nissan JUKE-R: Gua Mahu Jadi GT-R!

Jika anda tergolong di dalam kategori anak muda yang berasal dari pantai timur, terutama sekali Kelantan dan Terengganu kemungkinan tinggi anda akan merasa segan setiap kali balik ke kampung halaman. Manakan tidak, balik kampung dengan memandu kereta standard seperti Toyota Vios atau Proton Persona ‘standard kapak’ manakala kawan yang tinggal di kampung pula memandu kereta hebat seperti Evo (Mitsubishi), Impreza (Subaru), EK (Honda) atau paling ‘koman’ pun Proton Wira GSR. Senario seperti itu jelas boleh dilihat terutama sekali sewaktu malam raya, berderet kereta-kereta hebat parkir dibahu jalan seolah-olah ingin memberitahu kepada kawan mereka yang pulang dari bandar bahawa hidup di kampung tidak kurang hebatnya, silap haribulan lebih selesa dan kaya daripada mereka yang tinggal di bandar. Hidup di kampung, bebas tol dan kesesakan, kos sara hidup pula lebih murah. Di bandar pula, bunyi sahaja glamor tetapi ramai yang tergolong di dalam kategori miskin bandar tanpa disedari, itu adalah perkara yang patut kita renungkan bersama.

Modifikasi kenderaan adalah fenomena global, pasti ada golongan terutama sekali anak muda yang begitu asyik dengan kenderaan mereka, mengubahsuai kereta standard mengikut trend atau kepuasan diri. Ada yang sukakan prestasi, sistem audio dan aestetik. Hakikatnya bidang ini begitu luas dan merupakan industri yang besar terutama sekali di luar negara. Di dalam negara juga tidak kurang hebatnya, perhatikan kawasan komersil di kejiranan anda dan kira berapa banyak kedai aksesori kereta atau motosikal. Paling minimum mesti ada satu atau dua kedai aksesori. Walau bagaimanapun, minat modifikasi kereta ini bukan sahaja berlegar sekitar pengguna sahaja bahkan pengeluar kenderaan sendiri turut menyokong industri itu. Buktinya, rumah talaan seperti R3, AMG, Mugen, TRD disokong sendiri oleh pengeluar dan mereka tahu bahawa ada segelintir pelanggan yang mahukan varian yang berbeza dari model kebanyakan. Hari ini anda boleh membeli kereta yang lengkap dengan alatan prestasi atau kosmetik di bilik pameran tanpa perlu bersusah-payah ke kedai aksesori.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Harga Terkini Nissan dan Impul

Helo geng. Perkhhhhh lame gile gua tak keje der. Nasib gua jenis keje takde show cause letter kalau tak gua saspek dia punya tebal leh jual kat recycle. Yes sekarang basikal fixie memang tengah into. Sebenarnya gua nak post harga Nissan ni. Tapi gua pelik ar asal Jumaat je gua post asal gua post je hari Jumaat. Mungkin inilah tugas gua sambil ingat mengingati sahabat sahabat semua tentang kemuliaan hari Jumaat.

Sekian. 10q.

-Matpon-

_______________________________________________

Make/Model Price RM Engine (cc)

NISSAN Stended mended

Sentra Sport 1.6L (M/T) 85,750.00 1,597

Sentra Sport 1.6L (A/T) 89,800.00 1,597

Latio Sedan 1.6L (A/T) 89,800.00 1,598

Latio Hatchback 1.8L (A/T) 99,800.00 1,798

Sylphy 2.0L (X-CVT) 114,880.00 1,997

Sylphy 2.0L (X-CVT) Luxury Navi Package 120,380.00 1,997

Grand Livina 1.6L (M/T) 86,800.00 1,598

Grand Livina 1.6L (A/T) 89,800.00 1,598

Grand Livina 1.8L (A/T) 98,800.00 1,798

Livina X-Gear 1.6L (A/T) 82,800.00 1,598

Serena MPV 2.0L (A/T) Comfort 136,500.00 1,998

Serena MPV 2.0L (A/T) Highway Star 146,?950?.?00? 1,998

Frontier 4WD 2.5L (M/T) Spirit (Diesel) 82,686.06 2,488

Navara 4WD 2.5L (M/T) Standard (Diesel) 89,800.00 2,488

Navara 4WD 2.5L (M/T) SE (Diesel) 94,800.00 2,488

Navara 4WD 2.5L (A/T) Luxury (Diesel) 105,800.00 2,488

Navara King Cab 4WD 2.5L (M/T) 82,800.00 2,488

Navara 2WD 2.5L (A/T) Calibre 89,900.00 2,488

X-Trail 4WD 2.0L (A/T) 133,800.00 1,998

X-Trail 4WD 2.5L (A/T) 144,800.00 2,488

X-Trail 2WD 2.0L (X-CVT) 149,500.00 1,997

Urvan – Panel Van * 3.0L (M/T) (Diesel) 79,810.00 2,953

Urvan – Semi Panel Van * 3.0L (M/T) (Diesel) 85,360.00 2,953

Urvan Microbus 14 seater 3.0 L (M/T) (Diesel) 99,313.00 2,953

370Z Coupe 3.7L (A/T) 370,000.00 3,696

370Z Roadster 3.7L (A/T) 399,900.00 3,696

Murano 3.5 L (X-CVT) 330,000.00 3,498

Teana 2.0L Comfort 141,000.00 1,997

Teana 2.0L Luxury 145,000.00 1,997

Teana V6 2.5L Premium 173,000.00 2,496

Teana V6 3.5L Exquisite 248,500.00 3,498

Klik untuk cekidaud harga Impul pulak

Silakan kongsi: