Volkswagen GT up!

Boleh dikatakan setiap pengeluar kenderaan massa mempunyai kereta rakyat. Jenis kereta yang murah, praktikal dan tahan lasak. Contoh model tersebut ialah Proton Saga, Perodua Kancil, Honda Civic, Toyota Corolla, Volkswagen Beetle dan MINI. Namun, seiring dengan penjenamaan dan reputasi yang diraih, model-model itu (kecuali Saga) menjadi tidak masuk akal dari segi teknologi dan paling penting, harga. Model yang dahulunya menggunakan konsep binaan yang mudah sekarang semakin rumit dengan sistem elektronik dan pelbagai teknologi canggih hinggakan harganya sudah tidak mesra rakyat marhaen. Bahkan dek kerana strategi pemasaran dan peredaran zaman, nama asal sesebuah model juga terus dibuang. Kancil kini dinamakan Viva, Corolla pula ditambah namanya kepada Altis. Lebih dahsyat Beetle dan MINI pula sudah menjadi premium dan jauh lari daripada konsep asal pembinaannya sebagai kereta rakyat. Civic pula bukan lagi kereta biasa-biasa tetapi sudah jadi kereta golongan eksekutif berada.

Dek kerana senario itu maka muncullah satu vakum dalam pasaran kenderaan murah. Sudah namanya orang meniaga, ruang yang ada itu harus direbut maka pengeluar-pengeluar tadi menghasilkan pula model baru bagi mereplika kejayaan model-model terdahulu. Honda menghasilkan City, Toyota dengan Vios dan VW dengan model terbaru up!. Walaupun di negara kita harga City dan Vios terletak kemas di dalam kategori mahal namun hakikatnya tiada model lain yang lebih murah di dalam barisan produk kedua-dua syarikat itu. Harganya juga tinggi dek kerana polisi cukai kerajaan. Namun secara peribadinya, saya lebih kecewa dengan VW dan BMW yang kini memiliki MINI. Mereka telah secara sengajanya menolak model kegemaran sedunia iaitu Beetle dan Cooper jatuh ke dalam pasaran premium. Lebih kurang 20 tahun lepas saudara saya mempunyai model MINI manakala jiran saya yang kerjanya membaik pulih komputer secara sambilan pula memiliki Beetle. Bukan setakat Beetle bahkan beliau memiliki VW Combi. Dengan harga terkini yang berlegar-legar pada ratusan ribu ringgit model-model tersebut tidak tercapai oleh orang-orang biasa.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Proton Mobile Team Pasang Tali Pinggang Keledar Percuma

Selari dengan tagline “Komited Untuk Menjadi Lebih Baik”, Proton Holdings Berhad melalui Mobile Team akan melakukan penjelajahan pemasangan tali pinggang keledar bahagian tengah tempat duduk belakang secara percuma sebagai menyahut undang-undang yang mewajibkan kenderaan memasang peralatan tersebut menjelang 1 Januari 2012.

Pemasangan tali pinggang tersebut adalah percuma untuk pemilik Saga LMST dan Gen.2 yang diproduksi di antara 2004 dan 2008 dan proses tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit untuk setiap kenderaan.

Sempena dengan kempen selama sebulan tersebut, Proton Mobile Team bakal berada di kedai kenderaan terpakai terpilih di Lembah Kelang dan beberapa lokasi lain seperti kem askar dan balai polis seluruh negara, pejabat kerajaan serta universiti awam. Setakat ini, Mobile Team yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat staf telah memasang peralatan tersebut pada lebih 700 kereta sejak ianya dilancarkan pada 5 Disember 2011.

Kajian global menunjukkan yang tali pinggang tengah mengurangkan risiko kecederaan kepala (47%) dan abdominal (52%) semasa kemalangan secara berdepan. Di dalam pelbagai sudut kemalangan pula, tali pinggang tersebut 32% lebih efektif dalam mengurangkan risiko berbanding pengguna yang tidak mengikatnya. Secara keseluruhannya, tali pinggang tengah dapat mengelakkan penumpang daripada tercampak keluar dan menghimpit penumpang hadapan.

Untuk informasi lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 atau emel i.care@proton.com

Silakan kongsi:

Video: Kamera Onboard Masa Tsunami

httpv://www.youtube.com/watch?v=eUdGfplrbKU

Perkh lu tengok ni der. Video onboard ni masa Tsunami. Kalau kena kat kita macamana der?

Sekian.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Lotus Ni Memang Power!

httpv://www.youtube.com/watch?v=xFLjk88HBwg

Nah amekaw Lotus ni memang power. Sebenarnya dari apa yang gua paham diaorang tengah resing, kete kuning tu Mazda MX5 depan dia tu Porsche tapi gua tak tau ada Veyron ke tak dalam ni ok straight to the point pastu datang Lamborghini potong lepas tu datang pula Lotus Exige S potong ikut tengah makan asap. Memang power. Tapi gua saspek owner Veyron sayang nak kua kete. Gua pun sayang. Power power power.

Salam sayang dari gua,

-Matpon-

Silakan kongsi:

DC 100 Concept: Bayangan Land Rover Defender Baharu

Tidak lama dahulu ada sebuah kereta, lebih tepat kereta itu dikenali dengan nama Proton Saga. Sejarah hidupnya bermula pada tahun 1985 dan sehingga kini masih lagi dijual di bilik pameran. Sepanjang tempoh 26 tahun itu, hanya dua generasi yang diperkenalkan, generasi pertama ditamatkan pada tahun 2008 dengan pengenalan model baru sepenuhnya. 23 tahun untuk sebuah model adalah suatu tempoh yang sangat panjang dan merupakan rekod yang saya fikir mustahil dapat dipecahkan oleh model Proton lain. Begitu juga dengan pengeluar kereta nasional lain, memang tidak mampu terkejar rekod tersebut. Saya tidak pasti sama ada Proton Saga tersenarai atau tidak di dalam Malaysian Book of Records.

Walau bagaimanapun di arena global, produksi yang meleret-leret sampai berpuluh tahun bukanlah perkara yang aneh, sudah namanya ekonomi, selagi laris diminta pasaran selagi itulah wujudnya justifikasi kenapa ianya tidak harus dihentikan.VW Beetle misalnya diproduksikan selama 65 tahun bermula dari 1938 manakala contoh lain ialah Citroen 2CV selama 42 tahun dan Mini selama 41 tahun. Kebiasaannya model-model yang malar segar sebegitu mempunyai teknologi yang ringkas dan menjadikannya tahan lasak dan senang diselenggara. Sebuah lagi contoh signifikan ialah Land Rover Defender. Model itu begitu banyak digunakan oleh agensi keselamatan terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga digelar sebagai Black Maria. Defender mula diperkenalkan pada tahun 1983 dan begitu dipercayai oleh pelanggan setianya. Jika tidak mustahil agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan Tentera menggunakannya sampai sekarang sedangkan banyak lagi opsyen lain terutama sekali daripada pengeluar Jepun. Jika diperhatikan trend sekarang pula, Defender kini menjadi buruan peminat 4X4 dan dek kerana kegilaan tersebut harga terpakai model itu sudah pun berada di dalam kategori mahal.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Proton Lancarkan Saga FLX SE (1.6 CVT)

Proton Saga 1.6 CVT sebenarnya dah lama jadi berita panas. Dan kelmarin Proton secara rasminya melancarkan Saga FLX SE yang mana di atas kertas nampak lebih berbaloi daripada Perodua Myvi Lagi Power, Lagi Best. Model terbaru Saga SE itu nampak lebih sporty berbanding Saga FLX yang walaupun sudah berwajah baru tetapi tetap nampak ketinggalan satu zaman di belakang dek kerana profail sisi, papan pemuka dan bahagian belakang yang direka seolah-olah pasaran tempatan seperti negara yang ekonominya disekat oleh Amerika Syarikat.

Berbeza dengan Saga 1.6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas, Saga FLX SE dipasangkan dengan transmisi  tunggal CVT. Kombinasi enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan transmisi CVT menjanjikan tork yang lebih baik, empat peratus lebih pecutan dan empat peratus lebih jimat minyak berbanding Saga 1.6 FL.

Dengan perbezaan sebanyak RM2,900 (RM49,449) berbanding Saga 1.6 FL, Saga FLX SE mempunyai beberapa perubahan baru, antaranya:

  • Roda aloi 15″
  • Kit badan
  • Lampu kabus
  • Lampu belakang jernih
  • Interior yang dibalut kulit
  • Dua warna: Solid White & Fire Red

Sejak dilancarkan pada Januari 2008, sebanyak 274,469 unit Saga sudah berada di atas jalan raya dengan tempahan yang diterima Proton sebanyak 331,768 unit. Sasaran jualan Proton untuk model terbaru itu sekitar 500 unit sebulan dengan sasaran tahun kewangan 2011/12 sebanyak 78,752 unit.

Di dalam perkembangan yang lain, Proton akan melancarkan beberapa model lagi pada awal tahun depan iaitu Exora Bold, Exora Prime, Proton Inspira R3 (ori) dan model sedan global baru.

Klik untuk galeri gambar

Silakan kongsi:

Konsep Juke Nismo Pula

Sedang ramai orang sibuk memperkatakan tentang Juke-R, kali ini giliran Nissan Juke untuk ditampilkan pula sebagai Konsep Juke Nismo.  Lebih rendah dan laju dan juga lebih dramatik. Itulah karektor yang ingin diperkenalkan kepada Juke Nismo ini.

Sama seperti Juke-R, versi Nismo ini turut dilengkapi dengan kit badan yang melebar bagi tujuan meningkatkan penampilan serta kecekapan aerodinamik. Juke Nismo ini turut dilayangkan dengan warna tema Nismo, Putih Mutiara sambil disulami [perh, ayat sastera ni gua guna] dengan warna merah sebagai penyeri di beberapa bahagian. Rim aloi bersaiz 19 inci yang kacak turut dipadankan bagi mendapatkan cengkaman yang lebih baik.

Enjin bersesaran 1.6 liter turbo suntikan terus digunakan bagi meningkatkan lagi kuasa dan prestasi ketika sedang ber-resing. Manakala, casisnya pula telah diperkukuhkan dan direndahkan bagi mengelakkan orang ramai mengutuk akibat kelihatan jinjang.

Menurut Presiden Nismo, Shoichi Miyatani berkata sebagai menunjukkan kereta Konsep sebegini, Nismo membawa satu tahap keperibadian yang  baru untuk kereta arus perdana Nissan seperti Juke. Masa depan untuk NISMO adalah untuk membangunkan reka bentuk kereta sport premium untuk pelbagai pelanggan yang semakin meluas. Walaupun Juke Nismo ini tidak kelihatan terlalu radikal seperti mana Juke-R, namun kalau tengok pun orang memang dah boleh tahu bahawa kereta ini memang kelihatan garang.

Sumber: Newspress

C27-

 

 

 

Silakan kongsi:

Proton Menjuarai MSS 1.6 Touring Car 2011

Proton pada hujung minggu lepas menamatkan perlumbaan Malaysian Super Series Championship (MSS) 2011 dengan menjuarai kategori 1.6 Touring. Di dalam perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, Faidzil Alang memandu Proton Satria Neo manakala rakan sepasukannya, Syafiq Ali pula memandu Proton Gen2 dan menyumbang kemenangan 1-2.

“Keputusan ini adalah penyudah tahun yang gemilang buat Proton di dalam sukan permotoran, terutama sekali untuk Satria Neo apabila model itu cemerlang di dalam perlumbaan litar dan rali antarabangsa,” kata Pengarah Grup Pemasaran dan Penjenamaan Proton, John Doody Chacko.

Tambah beliau, prestasi kukuh Satria Neo pada tahun ini juga telah mewujudkan satu asas yang kukuh untuk Proton di dalam sukan permotoran antarabangsa.

Silakan kongsi: