DC 100 Concept: Bayangan Land Rover Defender Baharu

Tidak lama dahulu ada sebuah kereta, lebih tepat kereta itu dikenali dengan nama Proton Saga. Sejarah hidupnya bermula pada tahun 1985 dan sehingga kini masih lagi dijual di bilik pameran. Sepanjang tempoh 26 tahun itu, hanya dua generasi yang diperkenalkan, generasi pertama ditamatkan pada tahun 2008 dengan pengenalan model baru sepenuhnya. 23 tahun untuk sebuah model adalah suatu tempoh yang sangat panjang dan merupakan rekod yang saya fikir mustahil dapat dipecahkan oleh model Proton lain. Begitu juga dengan pengeluar kereta nasional lain, memang tidak mampu terkejar rekod tersebut. Saya tidak pasti sama ada Proton Saga tersenarai atau tidak di dalam Malaysian Book of Records.

Walau bagaimanapun di arena global, produksi yang meleret-leret sampai berpuluh tahun bukanlah perkara yang aneh, sudah namanya ekonomi, selagi laris diminta pasaran selagi itulah wujudnya justifikasi kenapa ianya tidak harus dihentikan.VW Beetle misalnya diproduksikan selama 65 tahun bermula dari 1938 manakala contoh lain ialah Citroen 2CV selama 42 tahun dan Mini selama 41 tahun. Kebiasaannya model-model yang malar segar sebegitu mempunyai teknologi yang ringkas dan menjadikannya tahan lasak dan senang diselenggara. Sebuah lagi contoh signifikan ialah Land Rover Defender. Model itu begitu banyak digunakan oleh agensi keselamatan terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga digelar sebagai Black Maria. Defender mula diperkenalkan pada tahun 1983 dan begitu dipercayai oleh pelanggan setianya. Jika tidak mustahil agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan Tentera menggunakannya sampai sekarang sedangkan banyak lagi opsyen lain terutama sekali daripada pengeluar Jepun. Jika diperhatikan trend sekarang pula, Defender kini menjadi buruan peminat 4X4 dan dek kerana kegilaan tersebut harga terpakai model itu sudah pun berada di dalam kategori mahal.

Untuk model gantian Defender, Land Rover telah siap membina dua buah model konsep iaitu DC100 dan DC100 Sport. Kedua model itu ditampilkan buat pertama kali di Amerika Utara pada Pameran Kenderaan Los Angeles (LA) 2011 yang berlangsung pada 16 November 2011. Land Rover membawa kedua model konsep itu dengan hajat besar iaitu untuk meninjau maklum balas pasaran serta kemungkinan untuk memasarkan kembali Defender ke pasaran Amerika Syarikat.

Dengan mengambil ciri-ciri pada Defender lama seperti rugged, boleh dipercayai serta mesra pengembaraan, kedua model DC 100 Concept adalah untuk mempamerkan potensi kebolehan famili Defender baharu nanti. Berbeza dengan model pengenalan pada Pameran Kenderaan Frankfurt pada September lepas, model di LA nanti dipasangkan roda off road bersaiz 20 inci yang digabungkan dengan tayar all-terrain Cooper. Model itu juga turut dilengkapi dengan corong udara snorkel serta rak bumbung.

Model DC100 dihiaskan dengan warna Heritage Blue pada badan dan Candy Weiss pada bumbung serta ciri rekaan yang menarik seperti overhang yang singkat bagi bagi menampakkan pendekatan yang ekstrem, panel menegak, cermin hadapan yang hampir lurus dengan garisan bahu yang dominan serta wajah tradisi Defender dengan lampu bulat dan gril yang menonjol dengan winch. Model DC100 Sport pula mengambil ciri-ciri utama DC100 tetapi menampilkan imej bebas dengan bumbung kanvas dan cermin hadapan yang boleh dilipat bagi menampilkan gayaan bersahaja California.

Selain daripada ciri-ciri rekaan tersebut, DC100 mempunyai teknologi canggih seperti Terrain Response System untuk mengoptimumkan kenderaan pada sebarang kenderaan tanpa pra-seleksi daripada pemandu. Sistem Terrain-i pula mampu untuk mempamerkan peta pintar di dalam format 3D. Sistem itu juga mampu mengenal pasti bahaya dan akan mencadangkan laluan alternatif. Pada persekitaran bandar pula, sistem itu mampu untuk mengesan pejalan kaki dan bahaya dengan ketepatan yang tinggi. Selain daripada dua sistem tersebut, DC 100 mempunyai Wave Aid System yang menggunakan sensor sonar pada depan bampar dan cermin sisi bagi mengukur kedalaman air. Seperti mana sistem Terrain Response, Wade Aid akan mengoptimumkan kenderaan selalu melalui laluan air dengan menuntup corong-corong pada badan, meninggikan kenderaan, memilih gear rendah dan memberi nasihat untuk kelajuan yang selamat.

John Edwards, Pengarah Jenama Global Land Rover berkata “Defender sentiasa berada di hati jenama Land Rover dan melambangkan semangat boleh pergi ke mana sahaja dan mampu membuat. Cita-cita kami adalah untuk menghasilkan Defender serba baharu untuk pasaran global yang mengekalkan DNA asalnya iaitu lasak, versatil, tahan lama dan berkeupayaan. Pada masa yang sama, ianya akan dibangunkan bersesuaian dengan abad ke-21 dan keperluan generasi akan datang.”

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • Fazley on 05/12/2011 at 11:40 PM
    • Reply

    terbaik

    • perdanaburuk on 06/12/2011 at 8:09 AM
    • Reply

    Yg kaler kuning tu mana pegi bumbung kanvasnya? Rim sukan pun besar bapak. Mmg mantap la. Proton ada berani ke nk buat mcm tu……

  1. Gua kecik2 dulu selalu naik Land Rover Defender sbb bapak gua drebar JKR…mmg best la

    • belalang_kontot on 07/12/2011 at 9:57 AM
    • Reply

    terbaeekkkkkkk…..teknologi superb kot…

  2. kalau in terms of history ..chevy laa kut

    • exJAVANESE on 09/12/2011 at 11:47 AM
    • Reply

    perghh..bagak gile rim ‘pengembara tanah’ ini!!hihihi

    Goku ensem,
    rasenye2 ford..sbb kaki2 hodrod, ratrod kebanyakn dorg resoration Ford model T.
    (gua pn sslu tgok discovery torbo je pon..xtau btul ke idak..huhu)

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.