MRC 2012 Perlis: Promo daripada Azmeer Yusri

httpv://www.youtube.com/watch?v=DnOY5OXlYZ8

MRC pusingan ke-2 Jo!

Setelah berehat selama hampir dua bulan, bulan ni habuk dan debu menjadi rebutan para penggemar rali di Malaysia ini untuk minggu depan dari 12-13 Mei di Perlis. Juara MRC berganda-ganda Karamjit Singh yang kurang bernasib baik di pusingan pertama tempoh hari setelah mengalami masalah teknikal dengan jentera EVO 9 nya pasti mahu menebus kekalahan kepada Brian Green dari pasukan MRU di Perlis nanti. Pasukan MRU diketuai pemilik pasukan dan juga pemandu Muhammad Rafiq Udhaya sudah pasti ingin mengulangi kejayaan 1,2,3 di pusingan pertama tempoh hari.

Kategori 2wd pula persaingan sengit dijangka diantara pemandu-pemandu seperti Kenneth Koh daripada pasukan Proton, Faidzal Alang, Francis Keng daripada pasukan MRU yang juga pemenang kategori 2wd di Perak. Tidak dilupakan adalah pendahulu kategori Junior yg telah menduduki tempat ke-2 pada pusingan pertama Dinie Nazmie yang mampu memberikan persaingan. Pusingan rali kali ini yg diadakan di Perlis telah menjadi salah satu venue popular dikalangan pemandu dan peminat rali Malaysia kerana permukaan jalan yang dikatakan ‘very smooth’ serta ‘high speed’ juga bakal menyaksikan semula kemunculan Azmeer Yusri untuk bersaing dalam kategori Junior dan 2wd. Setelah berehat Lepas 2 tahun dok relax jer kereta rally si Azmeer nie hidup balik untuk ber-rally dengan bantuan dari sahabat handai, Red Motorsport, R&R dengan tak lupa jugak Hypertuner. Konfirm kereta dia cakap haaa dapat pun pegi rally balik..penat dah asyik dok lepak jer.

httpv://www.youtube.com/watch?v=arpLxgNao8Q

Minggu depan nanti apa lagi jom kita pakat-pakat p perlis buat ramai kat nun utara sana tgk rali.ajaklah kawan adik abang kakak smua layan rally. Syiook woo!! Kalaulah terlepas untuk tengok secara live tunggu nnt GT keluarkan gambar2 cun untuk sekutu GT semua. Sementara nak tunggu rally minggu depan layan dulu video youtube kat atas dari rally kat perlis masa 2011…

-Azmeer Yusri-

Silakan kongsi:

Pelancaran Ducati Centre dan Ducati Panigale 1199

Bertempat di Petaling Jaya pada 19 April lepas, Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah merasmikan Ducati Centre yang terbesar dan paling komprehensif di Asia. Pusat itu dibuka oleh Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal Ducati di Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Dato’ SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Pengoperasian Kumpulan, NAZA, Folco De Luca Gabrielli, Duta Itali ke Malaysia, Mirko Bordiga, Ketua Pegawai Operasi Ducati Asia Pasific.

Dengan keluasan 15,000 kaki persegi, pusat itu mengandungi bilik pameran Ducati, Ruang Rehat, Ducati Club Lounge untuk mesyuarat ahli Kelab Pemilik Ducati, Pusat Kecergasan,  Barangan Ducati, bilik pameran Ducati terpakai, Pusat Khidmat Lepas Jualan dengan lapan ruang servis dan bilik talaan suspensi. Ducati Centre di NAZA Automall PJ merupakan pusat sehenti yang canggih buat pemilik-pemilik Ducati.

Menambah lagi keterujaan pembukaan pusat itu, Next Bike Sdn Bhd turut melancarkan model Ducati 1199 Panigale. Model itu menggabungkan teknologi tinggi dengan enjin dua silinder yang berprestasi dan casis monocoque dengan kuasa 195hp. 1199 Panigale yang menerima anugerah “Most Beautiful Bike of Show di EICMA 69th International Motorcycle Show di Milan dipasarkan pada harga bermula dari RM160,888 hingga RM209,999. Dengan unit terhad kerana permintaan global yang tinggi dan tempahan sebanyak 20 unit yang diterima Next Bike Sdn Bhd adalah jelas 1199 Panigale merupakan idaman ramai.

Silakan kongsi:

INFINITI M35h: SALOON HIBRID MEWAH

KUALA LUMPUR, Malaysia (26 April 2012) – Cadangan pasaran yang unik dan menjadi penanda aras baru dalam aspek kuasa dan kecekapan, model Infiniti M35h mampu menghamburkan kuasa sehingga 360hp daripada teknologi hibrid generasi baharu untuk membawa falsafah jenama Inspired Performance ke tahap tertinggi. Pada masa yang sama, Ia menawarkan penjimatan bahan api dan emisi CO2 yang menerajui kelasnya.

“Bagi tahun 2012, rangkaian kenderaan mewah dan berprestasi Infiniti akan diperkukuhkan menerusi pengenalan model hibrid yang paling pantas memecut di dunia, iaitu M35h. Tidak ketinggalan, model M25 yang ditawarkan pada harga kompetitif. Ia menggunakan enjin 2.5L V6 yang menekankan aspek kemewahan, keselesaan, peralatan yang lengkap dan keseronokan memandu,” kata Pengurus Besar Inspired Motor, Christopher Tan.

“Kami yakin bahawa penambahan rangkaian model mampu meningkatkan lagi tarikan Infiniti kepada para pembeli kereta mewah, selain daripada membawa hospitaliti yang memberi sepenuh perhatian yang amat terkenal dengan jenama Infiniti.”

Harga di atas jalan (OTR) tidak termasuk insuran ialah:

  • Model
  • Infiniti M25
  • 2.5-liter V6 / 7 kelajuan automatik
  • RM 350,000
  • Infiniti M37
  • 3.7-liter V6 / 7 kelajuan automatik
  • RM 425,000
  • Infiniti M35h
  • 3.5-liter V6 dan motor elektrik / 7 kelajuan automatik
  • RM 499,000

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

MINI Roadster: Hembusan Angin Membelai Rambut!

BMW Group merupakan salah satu di antara pengeluar automobil dan motosikal yang berjaya di dunia. Harus tahu, konglomerat dari Jerman itu tidak hanya mengeluarkan jenama BMW sahaja bahkan mempunyai jenama tersohor lain seperti MINI, motosikal Husqvarna dan Rolls-Royce. Ini menunjukkan bahawa di dalam bisnes, sesebuah syarikat tidak boleh terlalu fokus kepada jenama tunggal tetapi perlu juga bergantung kepada variasi penawaran. Jika diperhatikan, kebanyakan syarikat automotif mempunyai sub-brand atau pemilik kepada jenama lain. Hatta PROTON sendiri mempunyai LOTUS di bawahnya. Jika dibuat kajian secara teliti, boleh jadi setiap satu pengeluar kenderaan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Cuma yang mungkin membezakannya ialah hubungan tersebut berlaku secara langsung atau tidak.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

APRC New Caledonia 2012: Proton Gagal Raih Podium Tetapi Berjaya Meraih Tujuh Poin Kejohanan

Proton menamatkan pusingan kedua Rali Asia Pasifik (APRC) di New Caledonia yang mencabar dengan pelbagai masalah seterusnya menafikan podium untuk pasukan.

Juara bertahan APRC, Alister McRae bersara awal pada peringkat kedua perlumbaan kedua dan meneruskan saingan pada hari terakhir perlumbaan dengan format Super Rally dan paling menarik memenangi tiga daripada enam peringkat pada hari tersebut untuk meraih tujuh poin berharga.

McRae menamatkan perlumbaan di hadapan dua pemandu Skoda iaitu Guarav Gill dan Chris Atkinson. McRae walau bagaimanapun tidak layak untuk menaiki podium.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Proton iaitu PG Andersson mendahului perlumbaan pada hari pembukaan dan mencatat tiga masa terpantas di dalam empat peringkat perlumbaan. Malang turut menimpa beliau apabila Satria Neo S2000 yang dipandu kehilangan kuasa selepas mengharungi lintasan air. Andersson kehilangan 14 minit dan jatuh ke tempat keempat di dalam kategori APRC. Percubaannya untuk bangkit pada hari ketiga turut gagal apabila keretanya mengalami masalah mekanikal.

Rally New Caledonia meliputi jarak sejauh 252.82km dengan 19 peringkat perlumbaan.

Silakan kongsi:

Pandu Uji Pertama Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Keluaran Nissan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR (25 April 2012): Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berbesar hati menjemput khalayak ramai untuk memandu kenderaan elektrik sepenuhnya serta sifar-emisi keluaran Nissan yang pertama dihasilkan secara massa di dunia. Aktiviti pandu uji tersebut akan diadakan di bilik pameran ETCM yang bertempat di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, Selangor pada 5 & 6 Mei 2012. Para hadirin akan berpeluang memandu sendiri kenderaan yang paling diperkatakan dalam industri, selain meneroka teknologi dan inovasi baharu.

“Di Nissan, kami melabur dalam portfolio teknologi hijau yang meliputi kenderaan sifar-emisi yang amat dinanti-nantikan. Dengan emisi karbon dioksida sifar dan tanpa sebarang partikel, kereta elektrik kami akan menjadi model paling mesra alam yang pernah dikeluarkan secara massa di dunia. Kereta ini juga selamat, seronok untuk dipandu, dijuruterakan dengan baik dan menarik. Kami amat teruja untuk menjemput orang ramai memandu kereta ini kerana kami tahu mereka akan kagum dengannya,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Nissan diiktiraf bagi pendekatan mobiliti mapan yang terus-menerus menawarkan model-model menjimatkan bahan api yang mendahului kelasnya dan disokong oleh teknologi-teknologi hijau termaju. Datanglah dan menjadi antara pemandu yang pertama untuk pandu uji kenderaan 100% elektrik ini! Majlis “Journey to Zero Emission” akan bermula pada pukul 9:30 pagi hingga 6:00 petang.

Silakan kongsi:

Proton Prevé Rakyat

Kampung Kuala Kemaman, 24 April 2012.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

ETCM Lancar Nissan Murano Yang Dipertingkatkan

Nissan Murano, sebuah SUV premium yang pernah memenangi anugerah tertinggi, kini terus menjadi “benchmark” dalam kategorinya dari segi penggayaan, prestasi dan nilai. Murano tetap merupakan salah satu model yang paling menonjol dalam kelasnya dari segi dalaman dan luarannya yang unik.

 Antara pembaharuan yang dilakukan adalah reka bentuk gril yang lebih berani, bampar hadapan yang baru dan dilengkapi dengan rim aloi berjejari 5Y 18 inci yang menawan. Pembaharuan di bahagian belakangnya termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya atletik.

Perubahan-perubahan yang dilakukan pada ruang dalaman ialah tempat duduk kulit “double stitching”, bacaan “Fine Vision Meter”, konsol tengah yang direka semula bersama kawalan putar yang lebih baik, paparan tengah di posisi baru demi penglihatan yang lebih jelas serta port USB. Murano menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260PS @ 6,000rpm dan tork puncak 336Nm @ 4,400rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT termaju dengan “All-Wheel Drive System” yang pintar.

Murano diimport sepenuhnya dari Jepun. Ia ditawarkan pada harga RM318,782.50 di atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semananjung Malaysia. Ianya hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia.

Silakan kongsi: