ETCM Lancar Nissan Murano Yang Dipertingkatkan

Nissan Murano, sebuah SUV premium yang pernah memenangi anugerah tertinggi, kini terus menjadi “benchmark” dalam kategorinya dari segi penggayaan, prestasi dan nilai. Murano tetap merupakan salah satu model yang paling menonjol dalam kelasnya dari segi dalaman dan luarannya yang unik.

 Antara pembaharuan yang dilakukan adalah reka bentuk gril yang lebih berani, bampar hadapan yang baru dan dilengkapi dengan rim aloi berjejari 5Y 18 inci yang menawan. Pembaharuan di bahagian belakangnya termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya atletik.

Perubahan-perubahan yang dilakukan pada ruang dalaman ialah tempat duduk kulit “double stitching”, bacaan “Fine Vision Meter”, konsol tengah yang direka semula bersama kawalan putar yang lebih baik, paparan tengah di posisi baru demi penglihatan yang lebih jelas serta port USB. Murano menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260PS @ 6,000rpm dan tork puncak 336Nm @ 4,400rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT termaju dengan “All-Wheel Drive System” yang pintar.

Murano diimport sepenuhnya dari Jepun. Ia ditawarkan pada harga RM318,782.50 di atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semananjung Malaysia. Ianya hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia.

Silakan kongsi:

2 comments

    • rafi on 25/04/2012 at 9:28 PM
    • Reply

    Gua minat pajero sport aje..

    • Myvi Lemau on 25/04/2012 at 11:35 PM
    • Reply

    merano..!!!uuhhh

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.