Infiniti Q30 Kompak Premium Sedia untuk Penampilan Perdana di IAA 2015 Frankfurt

Infiniti Q30 2015.01

Hong Kong – Infiniti Q30 Kompak Aktif kategori premium kini sedia buat penampilan julung kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Frankfurt pada September tahun ini.

Gaya rekaan ikonik Infiniti jelas ditampilkan menerusi Q30 baru, dengan konsep yang menerajui kelasnya direka khas untuk pelanggan yang mengutamakan keperibadian dalam kehidupan di bandar. Ciri-ciri pemanduan dinamik khusus Infiniti yang meyakinkan, menjanjikan prestasi pintas, pemanduan yang ditambah-baik serta pengendalian cemerlang. Penampilan luaran dan hiasan dalaman yang ekspresif menyumbang kepada gaya unggul dan menarik dari luar hingga ke kabin penumpang.

Penampilan perdana Q30 Kompak Aktif buat khalayak ramai diadakan genap dua tahun selepas pelancaran Q30 Konsep di Frankfurt 2013. Pendekatan konsep unggul Infiniti telah dikekalkan sepenuhnya dengan pelancaran kenderaan kompak Q30 serba baharu yang bakal dipasarkan.

Reka bentuk adalah tunggak utama bagi jenama Infiniti – dan Q30 Kompak Aktif serba baharu telah diterapkan pendekatan ini dengan sempurnanya,” kata Presiden Roland Krueger. “Q30 Kompak Aktif menyampaikan reka bentuk yang tersendiri, pemanduan dinamik dan keperibadian yang para pelanggan kami harapkan dari Infiniti. Dengan penyertaan julung kali dalam segmen kereta kompak ini, kami akan terus menghasilkan produk yang berdaya saing dan memberi pilihan tambahan unutk pelanggan kami yang bijak dalam membuat pilihan.”

Q30 Kompak Aktif ini telah melalui ujian dan pembangunan terakhir di Eropah. Ia akan dikilangkan di Sunderland, UK yang merupakan negara keempat di tiga benua dalam pemasangan kereta Infiniti.

Silakan kongsi:

PEMENANG KEMPEN “RIANG RAYA” (PUSINGAN 1) TERIMA KEJUTAN GEMBIRA DI HARI RAYA

Photo_Riang Raya Campaign

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2015Tiga pemilik bertuah kenderaan Nissan menerima kejutan besar apabila mereka terpilih sebagai pemenang Kempen ‘Riang Raya’ (Pusingan 1) anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Pusingan 1 kempen yang pertama seumpamanya di Malaysia ini berakhir pada Jun lalu. Ia memberi peluang kepada tiga orang pemilik bertuah kenderaan Nissan untuk menganjurkan majlis yang dibiayai sepenuhnya oleh ETCM bernilai RM50,0000. Pakej penganjuran majlis itu merangkumi khidmat pengurus acara, sewa lokasi, makanan dan minuman serta banyak lagi (tertakluk kepada terma dan syarat).

Para pemenang itu ialah Suhaila Binti Saleh yang membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L A/T di ETCM Mahkota Chera, Tan Yoke Leong yang membeli sebuah Nissan Almera 1.5V AT di ETCM Petaling Jaya dan Theng Soon Yew, pemilik sebuah Nissan X-Trail 2.0L CVT di ETCM Penang.

Suhaila Binti Saleh nyata terkejut apabila mendengar berita kemenangannya itu. “Membeli sebuah Grand Livina sememangnya memberi tuah kepada saya dan keluarga pada bulan Ramadan ini. Apabila saya mendapat tahu tentang kemenangan ini, saya ingin mengadakan majlis aqiqah (majlis bagi meraikan kelahiran anak) untuk anak saya. Apa yang pasti, ETCM telah memberikan saya hadiah Hari Raya yang terbaik!”

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng turut gembira ketika mendengar reaksi para pemenang serta majlis yang akan mereka anjurkan. “Para pemenang bebas untuk memilih apa jua acara yang ingin mereka raikan, sama ada majlis hari jadi, parti ulang tahun atau perkahwinan dan ETCM akan menguruskan segalanya. Kami benar-benar berbesar hati kerana mampu mencipta memori indah buat para pelanggan, bukan sekadar menerusi kenderaan Nissan mereka, malah dengan kempen yang pertama seumpamanya ini. Tahniah kepada para pemenang Pusingan 1 kempen ‘Riang Raya’ dan semoga berjaya kepada mereka yang menyertai Pusingan 2 kempen ini untuk bulan Julai!”

Tawaran ETCM sempena Hari Raya masih boleh didapati sepanjang bulan ini. Pusingan 2 kempen Riang Raya (sama seperti pusingan 1 kempen pada bulan Jun, tiga pemenang akan dipilih) akan berakhir pada Julai dan masih ada peluang untuk tiga pemenang bertuah dengan menghantar borang penyertaan menerusi pembelian kenderaan Nissan mereka pada bulan ini. ETCM kini juga menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi iPad Air 2 dengan hanya memandu uji sebuah model Nissan di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Kemeriahan Raya itu ditambah dengan “Kempen Penjimatan Hebat Riang Raya” ETCM, di mana dengan hanya RM1.00 pelanggan boleh membeli NISMO Aerokit untuk Almera atau IMPUL Aerokit untuk model Grand Livina atau Sylphy. Promosi RM1.00 juga dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 juga boleh menambah tempat duduk dibalut kulit dengan hanya RM1.00. Tambahan lagi, kempen RM1.00 membolehkan pelanggan memiliki Pakej Navi-Plus ke atas varian terpilih Nissan Navara.

Pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid boleh menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Silakan kongsi:

Proton Menyambut Ulang Tahun ke 30 Dengan Program Istimewa – Proton Saga Pada Harga RM 30 ribu!

Proton Holdings Berhad menyambut ulang tahun ke 30 penubuhan syarikat dan sempena hari istimewa syarikat menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk pelanggan dan pemilik kenderaan Proton.

“Ini adalah tahun yang istimewa buat kami dengan sambutan ulang tahun ke 30 ini. Sepanjang 30 tahun ini anda semua telah bersama kami di dalam melakar sejarah sebagai pengeluar kereta tempatan dengan sumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara. Proton bukan setakat menghasilkan kereta. Dengan bermulanya produksi pertama Proton Saga ianya telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia melalui industri automobil. Tahun ini juga menandakan pengeluaran kereta Proton yang ke 4 juta, kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings.

Sebagai permulaan, dari 9 Julai hingga 30 September 2015, Proton menawarkan rebat berjumlah RM3,00o untuk kesemua model Proton kepada mereka yang berusia 30 tahun ini (atau lahir pada 1985). Selain dari itu, di bawah Program Kesetiaan, mereka yang menukar beli akan menikmati rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun usia kereta. 

wpid-wp-1437186271414.jpeg

“Ianya tahun yang mengujakan di dalam sejarah Proton, kami teruja untuk berkongsi kegembiraan in dengan pelanggan Proton. Tawaran teristimewa kami ialah promosi Proton Saga pada harga RM 30 ribu sahaja (termasuk insuran dan cukai jalan) untuk varian paling rendah. Selain daripada itu, setiap RM30 dari kereta yang terjual akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Kami akan menyumbang kepada kepada 3 badan kebajikan yang akan menerimanya pada penghujung tahun ini, tambah Dato’ Harith.

Terdapat pelbagai lagi tawaran menarik untuk pelanggan Proton seperti jaminan lanjutan 7 tahun untuk kesemua kenderaan baharu Proton.

Pada majlis meraikan sambutan ulang tahun di kilang Proton Shah Alam, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton dan Dato’ Harith turut melancarkan logo rasmi sambutan. Logo ringkas itu melambangkan elemen lepas dan masa depan Proton di dalam bulatan sebagai simbolik kepada hubungan di dalam industri automotif. Logo tersebut juga lambang pandangan ke hadapan, organisasi progresif yang kekal bertahan dan bertanggung jawab kepada pihak berkepentingan dan kuasa yang hendak diakui untuk masa depan.

wpid-wp-1437186262484.jpeg

Silakan kongsi:

Balik Raya Punya Cerita 2015 : Kisah Dan Teladan

Proton Iriz Penang 2014.13

Sedar tak sedar, rupanya ini adalah kali kelima gua menulis Balik Raya Punya Cerita [BRPC] dalam GT ini. Lama jugalah gua bertindak sebagai Skru Gantian. Dan menulis entri BRPC ini dah seumpama menjadi rutin tahunan yang tak harus dilepaskan untuk berkongsi cerita dan kisah. Moga ianya bermanfaat kepada semua. Memandangkan ini kali kelima, rasanya macam tak berapa seronok pula untuk gua menulis serupa tahun-tahun sudah. Bagi menampilkan sedikit kelainan, izinkanlah gua menulis gaya seorang blogger..eceh.

Persediaan Sebelum Pulang Beraya

Keyakinan gua bahawasanya rakyat Malaysia sudah semakin celik kereta tentang penjagaan & penyelenggaraan kereta sebenarnya amat-amatlah tinggi. Jadi, gua tidak mahu ulas bab ini. Masing-masing sudah besar panjang. Kemalangan jalanraya yang berlaku di pelusuk negara ini pun jarang sangatlah yang berpunca daripada kegagalan jentera untuk berfungsi dengan sebaiknya. Lebih kepada sikap dan cara pemanduan kita yang sebetulnya menjadi punca, iya tak?

Gua syak, ramai yang memilih untuk pulang beraya bermula Selasa malam sehinggalah ke malam Hari Raya. Maka, sudah tentulah fizikal serta mental pemandu harus berada pada tahap yang cemerlang lagi terbilang untuk memandu pada waktu kelam yang mana kadar visual mata serta kemahiran mengagak berapa jauh kereta yang berada di belakang akan menurun dengan begitu drastik. Rehat sang pemandu kena cukup. Pastikan juga PowerBank yang baru dibeli secara atas talian telah dicas secukupnya bagi kegunaan mengecas semula gadjet milik anak-anak. Iyalah, nak tempuh jem yang dasyat ini, sudah tentu dengan gadjet mampu mendiamkan anak-anak kecil kita, iya tak? Bekalan untuk sahur juga jangan dilupakan memandangkan kawasan Rawat & Rehat pasti dipenuhi dengan umat Islam yang lain juga ingin bersahur. Dengan ada bekalan, sudah tentu perasan khuatir makan secara berdiri tidak wujud sama sekali. Berhenti tepi jalan dalam keadaan selamat, dan selamat bersahur!

Jom Bertolak Sekarang

Setelah selesai membaca doa moga perjalanan pulang ke kampung dipermudahkan, maka bolehlah bertolak sekarang. Tali pinggang keselamatan pun jangan buat-buat lupa pula. Sebelum menghampiri Plaza Tol, tolonglah buat isian semula Kad Touch N Go dan mengisi petrol terlebih dahulu. Karang bila dah beratur panjang, mood nak pandu kereta pun dah lari sikit, iya tak? Sewaktu  mula memasuki lebuhraya, silalah tingkatkan tahap keberhati-hatian sehingga ke 150%. Genggam stereng dengan kedua belah tangan dan jangan nak gatal tangan sebelah lagi sibuk nak mengemaskini status FB “Menuju ke kampung tercinta. Moga selamat sampai..”. Bila memandu dalam keadaan kelam begini, rasa seperti mahu disorongkan bantal memang tidak dapat dinafikan. Jadi, jikalau tidak ingin berada di atas katil Wad Kecemasan, berhentilah berehat sebentar untuk mengecas semula tenaga di tempat yang sepatutnya.

Bila memasuki kawasan lebuhraya, had kelajuan ERL jangan sesekali dicontohi. Selain daripada menghormati orang tua, kita juga disarankan untuk menghormati had kelajuan kebangsaan. Tapi kebiasaannya musim perayaan sebegini, keadaan di lebuhraya cenderung untuk bertukar menjadi parkir bergerak. Silalah tingkatkan kesabaran sekali lagi. Lorong kecemasan yang sedia terhidang di sebelah kiri itu jangan sesekali dicuba atau dirasa. Cuba elakkan aliran tunai mengalir ke kerajaan melalui Saman Trafik. Buat belanja beli susu anak pun ada afdalnya juga.

Sewaktu memandu tu pula, pandulah dengan tenang. Berikan jarak yang sewajarnya dengan kenderaan di hadapan. Kalau kenderaan dah mula cucuk rapat, elok juga anda mengalah dan memberikan laluan. Tak ruginya beralah. Dan bila dah sesak tu, perangai suka menukar lorong kejap ke kiri, kejap ke kanan usahlah diamalkan. Cukup 40 orang sumpah, alamatnya ke longkong tepi lebuhraya nak istigfar pun tiada gunanya.

Ada Masalah Pula, Bagaimana?

Sekiranya perjalanan pulang ke kampung terdapat halangan perkara yang tidak terduga, radiator bocor atau tayar pancit misalannya, cubalah berhenti di tempat yang benar-benar selamat. Jika perlu mendapatkan bantuan perkhidmatan kecemasan, hubungi sahaja PLUS atau syarikat penginsuran kenderaan bagi mendapatkan bantuan. Berbaloilah juga bayar premium insuran yang mahal itu kan. Jika berhenti, pastikan isyarat telah diberikan kepada pengguna yang lain bahawa anda sedang menghadapi masalah yang harus ditangani. Bimbang juga kena sodok dengan treler nanti.

Selamat Sampai Ke Kampung Halaman

Nah, setelah puas menempuh jem yang berpanjangan dari malam membawa ke malam, sampailah jua akhirnya ke destinasi yang dituju. Sebelum panjat tangga rumah di kampung, panjatkan juga ungkapan Syukur kerana anda kini telah selamat sampai di kampung halaman tercinta, Eceh. Maka dengan ini, gua bagi pihak GT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Eidil Fitri kepada semua. Ingat, jangan pernah berkompromi dengan keselamatan. Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

-min-

Silakan kongsi:

Unit Pertama Lotus Evora 400 Diluncurkan Dari Kilang Hethel

Lotus Evora 400 2015.01

Pengeluar kereta sport, Lotus baru-baru ini mengadakan majlis ringkas bersama dengan pengurusan kanan, staf kejuruteraan dan produksi bagi meraikan produksi pertama Lotus 400 di Hethel.

Jean-Marc Gales, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus berkata “Hari ini merupakan masa yang signifikan di dalam perancangan jangka panjang kami yang telah dirancang sejak lebih dari setahun lalu. Dengan pengeluaran Evora 400 pertama, kami telah mencapai suatu yang penting buat Lotus.”

Kesemua ini berjaya dicapai dengan keyakinan dan komitmen tenaga kerja kami yang mempunyai bakat dan kemahiran yang telah memasang setiap kereta Lotus dengan tangan mereka di Hethel”, tambah beliau.

Lotus Evora 400 mencatat 6 saat lebih pantas di trek ujian Hethel berbanding Evora S sebelum ini dengan masa 1 minit 32 saat. Menggabungkan prestasi tinggi dan pengendalian legenda Lotus, Evora 400 lebih pantas dan dinamik di mana hasil akhirnya menjadikan kereta ini lebih lincah dan jitu untuk dipandu.

Kelajuan maksimum ialah 300 km/j dan pecutan 0 – 100 km/j ialah 4.1 saat. Lebih dari 2/3 Lotus Evora 400 menggunakan peralatan dan perkakasan baharu termasuk enjin 3.5 liter V6 dengan supercaj yang menghasilkan 400 hp dan 410 Nm tork. Evora 400 juga mempunyai chasis aluminium dan interior baharu manakala badan yang menggunakan material komposit yang ringan mengubah bahagian depan dan belakang kereta.

Evora 400 yang dilancarkan di Geneva pada Mac lalu akan mula diedarkan di pasaran Eropah bermula Ogos ini. Pasaran China dan Amerika Utara pula akan menerima model ini pada awal 2016.

Unit pertama Evora 400 yang berwarna hitam metalik akan digunakan sebagai kereta promosi untuk Lotus.

Harga Lotus Evora 400 untuk pasaran antarabangsa (termasuk cukai) adalah seperti berikut:

UK (Pound Sterling)    –           £72,000

Germany (Euros)        –           €96,000

Japan (Yen)                 –           ¥13,200,000

USA (Dollars)              –           $89,900 (termasuk cukai jualan tempatan)

China (RMB)               –           1,318,000

Silakan kongsi:

Honda Malaysia Menawarkan Khidmat Jualan dan Pemasangan Filem Cermin di 82 Pengedar Seluruh Negara

Honda City 2015.03

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) kini menawarkan khidmat jualan dan pemasangan filem cermin kepada kesemua pelanggan Honda. Pelanggan yang membeli kenderaan baharu Honda mempunyai pilihan untuk memasang aksesori tersebut pada harga mampu milik.

Terdapat empat jenis filem cermin seperti berikut:

Tint Films

**Price

***3M – Horizon Safety

RM1,500

Ecotint – Ray Barrier 4

RM1,500

Ecotint – Ray Barrier 6

RM2,100

Ecotint – Ray Barrier Premier 6

RM2,800

Kedua-dua jenama filem iaitu 3M dan Ecotint dipilih selepas melalui proses pemilihan ketat bagi memenuhi kriteria kenderaan Honda. 3M mengimport filem dari Jepun dan Korea manakala produk Ecotint pula dibuat oleh Sumitomo Osaka Cement Co., Ltd di Jepun. HMSB percaya filem berkualiti tinggi ini mampu untuk memberi keselesaan kepada pelanggan dan pengalaman memandu yang selamat. Filem tersebut dapat melindungi pemandu dan penumpang dari cahaya matahari dan menjadikan dalaman kereta lebih nyaman. Selain daripada itu, filem yang digunakan juga berupaya menahan cermin daripada pecah dan melayang ke arah pemandu atau penumpang.

Filem yang ditawarkan mempunyai pelbagai ketebalan dan tahap boleh tembus cahaya yang mematuhi peraturan JPJ. Filem tersebut juga tidak mempunyai kekangan terhadap penggunaan GPS dan Smart Tag. Selain daripada itu, waranti 5 tahun yang ditawarkan juga boleh dipindah milik jika kenderaan dijual di samping khidmat lepas jualan diseluruh negara dan tempoh pemasangan yang pendek. Sesuatu yang menarik berbanding pemasangan di luar, filem yang dipasang telah dipotong terlebih dahulu mengikut ukuran standard kenderaan Honda seterusnya menjamin proses pemasangan berkualiti dan masa yang lebih pendek.

Dengan tawaran ini, pelanggan Honda boleh menikmati kemudahan yang ditawarkan 82 pengedar Honda di seluruh negara. Dengan tambahan perkhidmatan ini, HMSB meneruskan komitmennya untuk memberi khidmat lepas jualan terbaik kepada pelanggan di samping menjamin kepuasan pelanggan dan menambah keistimewaan di dalam proses pembelian kenderaan Honda.

Tinted Honda 2015

**All prices are inclusive of 6% GST. Terms and conditions apply.

***Only available in Peninsular Malaysia.

Note: Under the regulations of the Road Transport Department (JPJ), Front windscreen must have more than 70% VLT and Side & Rear windscreen must have more than 50% VLT.

Silakan kongsi:

Harga Minyak Julai 2015 – RON97 dan RON95 Naik, Diesel Kekal

Minyak

Harga minyak bermula 1 Julai 2015 sudah diumumkan dan kenaikan adalah seperti berikut:

RON 95: RM2.05 naik kepada RM2.15 (peningkatan RM0.10)
RON 97: RM2.35 naik kepada RM2.55 (peningkatan RM0.20) – Termasuk 6% CBP

Manakala harga diesel dan diesel Euro 5 pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15. Berbanding sebelum ini, KPDNKK mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perubahan harga kepada umum hinggalah selepas pukul 12 malam hari pertama bulan baharu melainkan kepada peruncit stesen minyak.

Silakan kongsi:

Kempen Servis Untuk Nissan X-Trail, Teana dan LibertyDengan Beg Udara Takata

image

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan bahawa bersama Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS), telah melancarkan kempen servis khas bagi memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul inflator pada beg udara penumpang hadapan bagi kenderaan yang terbabit.

Sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terbabit di dalam kempen servis khas ini. Model-model yang terbabit seperti berikut:
image

Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Nissan X-Trail baharu (T32) yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Januari tahun ini serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.

ETCM, melalui TCEAS akan menghubungi para pemilik kenderaan yang terbabit. Pelanggan juga boleh menghubungi Hotline Khidmat pelanggan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my untuk penjelasan lanjut serta mengetahui sama ada kenderaan mereka terbabit atau sebaliknya. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.

ETCM menyatakan keyakinan dan ketenangan minda para pelanggan adalah amat penting buat Syarikat. ETCM juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dilalui oleh para pelanggannya. Kami juga ingin menegaskan bahawa ETCM dan Nissan komited untuk menawarkan servis, keselamatan dan tahap kepuasan yang paling tinggi kepada pelanggan. Maka, ETCM dan Nissan bekerjasama untuk menangani isu ini dengan segera.

Silakan kongsi: