PROTON membuat penampilan umum bagi SUV pertamanya iaitu Proton X70 pada hari media di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.
Diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, pameran akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 23 November sehingga 2 Disember dan semua pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat Proton X70 ketika melawat ke booth PROTON.
ini merupakan kali pertama model ini akan dipamerkan dalam persekitaran orang ramai seperti KLIMS dan bagi pengunjung yang datang, ini adalah peluang mereka yang pertama untuk melihat dengan lebih dekat bahagian dalaman dan luaran model terbaru PROTON itu.