Pengikut setia TopGear mesti ingat episod 3 skru TG pusing Vietnam naik motor. 2 buah motor yang dia orang guna tu sekarang ada di UK sebabnya Muzium Motor Kebangsaan dah pun beli motor-motor tu dari sebuah pusat lelongan. Pembelian 2 buah motor tersebut sempena pameran Dunia TopGear dan dengar kata sekarang ini tengah popular di sana.
Feb 05
Honda CR-Z: Macam CR-X Jo!
Honda CR-Z dilancarkan awal tahun ini dan bentuknya macam CR-X, kiranya jelmaan CR-X yang suatu dulu memang juaralah, kereta muda-mudi. Jika dari dulu sampai sekarang belia dan beliawanis sibuk menala enjin VTEC, belia dan beliawanis zaman akan datang boleh ubahsuai enjin IMA hybrid 1.5 liter i-VTEC.
Diharapkan formula desain dan teknologi CR-X yang berjaya dulu dapat dikitar semula untuk memikat remaja generasi Y.
Feb 03
Volvo dan Turbo Tekanan Rendahnya – GTDi!
Walaupun Volvo sekarang ini dalam proses bertukar tangan dari Ford ke syarikat China tapi aktiviti p&p [penyelidikan dan pembangunan] mereka masih berjalan. Yang bertukar hanya tuannya sahaja tapi p&p mesti diteruskan sebab itu adalah nadi perkembangan syarikat automotif.
Tanpa berlengah masa marilah kita belajar sikit pasal kejuruteraan – subjek yang Matpon paling blur.
Feb 02
F1: Imej Mercedes GP Petronas Atas Trek!
Jom kita cuci mata layan imej panas-panas lagi tim Mercedes GP Petronas. Imej-imej ini dirakamkan hari ini dan semalam semasa ujian di trek Valencia, Sepanyol.
Jan 30
F1: Dari 4 Pasukan, Mercedes Berjaya Pikat Petronas!
Apabila Petronas mengumumkan penajaan mereka dengan Mercedes GP, ada yang mempersoalkan kenapa tindakan tersebut diambil sedangkan ‘negara’ mempunyai Lotus F1 Racing Team. Baru-baru ini saya dapat tahu dalam masa yang sama terdapat 2 lagi pasukan yang bersaing untuk mendapatkan tajaan Petronas iaitu Sauber dan Williams.
Naib Presiden Perkhidmatan Korporat, Ahmad Nizam Salleh mendedahkan selain dari mempertimbangkan untuk kekal dengan Sauber, Petronas juga turut melihat Williams atau Lotus.
Jan 29
F1: Vitaly Petrov – Gua Boleh Bayar 15 Juta Euro!
Ini entri ringkas tapi menarik. Vitaly Petrov menawarkan kepada bakal bos dia €15 juta untuk F1 musim 2010. Petrov yang berusia 25 tahun dari Rusia ni bukan calang-calang pemandu.
Tahun lepas dia dapat nombor 2 dalam kejuaraan GP2 di belakang Nico Hulkenberg dan khabarnya bakal memandu untuk Renault ataupun Campos.
Mengikut suratkhabar Jerman, Bild, firma di belakang Petrov adalah dari Rusia iaitu Sberbank dan Gazprom.
Pengurus Michael Schumacher dan Hulkenberg, Willi Weber cakap soal bayar-bayar ni biasa dalam F1.
“Hanya 6 atau 7 pemandu top saja yang betul-betul buat duit, yang lain tu semua bawa duit untuk tim diaorang. Siapa-siapa yang mula macam tu maknanya dia akan terus buat macam tu sepanjang karier melainkan dia betul-betul berbakat,” kata beliau.
Sekutu jangan tak tahu, Schumacher bayar Eddie Jordan [Jordan – Ford] lebih kurang $200,000 semasa penampilan GP sulung beliau di Spa, Belgium pada tahun 1991.
Sumber: Motorsport.com Sumber gambar: Wikipedia
-Mak Uia-
Jan 28
Mazda 5 2010: Kacak Betul MPV Ni!
Sejak kebelakangan ini minat saya terhadap produk Mazda main kuat, mungkin dah bosan dengan jenama Jepun lain agaknya. Kalau tengok Mazda6 2.5 merayap atas jalan tu memang kacak saja nampak. Tak hairanlah kereta Mazda sekarang ini banyak betul menang anugerah, samada di Jepun ataupun peringkat antarabangsa. Sekutu jangan tak tahu, si Baii tu dia ada MPV Mazda, memang tak pernah dibuat orang tapi mestilah ada sebab dia beli MPV tersebut kan.
Mazda Motor Corporation akan memperkenalkan kepada dunia Mazda5 [Premacy di Jepun] serba baru pada Pameran Motor Geneva bulan Mac akan datang.
Jan 26
Audi R8 Racing Spec!
Audi R8 ini memang kereta super yang bergaya. Desain dia rilek, rendah, lebar dan dia punya kuasa memang dah sahlah laju tak ingat. Model R8 Spyder yang saya paparkan atas ini standard saja, kuasanya 525ps dari enjin V10 5.2 liter FSI. Harga di UK adalah GBP 111,995 untuk model manual manakala GBP 117,155 untuk model R tronic.
Tapi bosanlah cerita pasal kereta standard ni.