F1: Dari 4 Pasukan, Mercedes Berjaya Pikat Petronas!

www.hoch-zwei.net

Apabila Petronas mengumumkan penajaan mereka dengan Mercedes GP, ada yang mempersoalkan kenapa tindakan tersebut diambil sedangkan ‘negara’ mempunyai Lotus F1 Racing Team. Baru-baru ini saya dapat tahu  dalam masa yang sama terdapat 2 lagi pasukan yang bersaing untuk mendapatkan tajaan Petronas iaitu Sauber dan Williams.

Naib Presiden Perkhidmatan Korporat, Ahmad Nizam Salleh mendedahkan  selain dari mempertimbangkan untuk kekal dengan Sauber, Petronas juga turut melihat Williams atau Lotus.

www.hoch-zwei.net

Akhirnya Petronas memeterai perjanjian jangka panjang penajaan tim Mercedes GP dan mengikut sumber Bernama, penajaan tersebut akan dinilai setiap tahun sepanjang 5 tahun bersama.

“Empat pasukan disenarai pendek – Williams, Sauber, Mercedes dan Lotus,” kata beliau yang dipetik dari akhbar The Star pada pelancaran grafik Mercedes di Stuttgart baru-baru ini.

“Tetapi Mercedes menawarkan pakej terbaik dan apa yang mereka minta adalah sangat menarik,” tambah Ahmad Nizam.

Selain dari itu, berbeza dengan apa yang saya sangka dan cerita pada kawan-kawan, keputusan untuk menaja Mercedes dibuat sebelum Michael Schumacher bersetuju untuk bersama Mercedes lagi.

Sumber: Motorsport.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • Pelug on January 31, 2010 at 12:31 am
    • Reply

    Congrats to mak uia..

    • carragher27 on January 31, 2010 at 12:50 am
    • Reply

    gua ada baca dlm sotkabar..Air Asia menjalinkan kerjasama dengan Esso/Mobil.. mesti pakcik Tony kecik ati dengan Petronas..

    • brick on January 31, 2010 at 12:19 pm
    • Reply

    petronas dah brape lame dlm f1, takkan asyik nak sponsor kat baru mcm lotus…..dpt sponsor team yg ada high profile people mcm ross brawn & schumi memang bagus la, at least bleh tgk petronas kat podium 1st place lagi tu….just good bussines decision…

    • shafiqalias on January 31, 2010 at 10:30 pm
    • Reply

    strategi OH srategi.

  1. good decision by petronas

    • wira1.6 on February 1, 2010 at 1:13 pm
    • Reply

    bagus ada kemajuan

    • azwan nbs on February 3, 2010 at 5:49 pm
    • Reply

    petronas tu….!!!!

    • anon_nimbus on February 4, 2010 at 1:13 am
    • Reply

    jadi kesimpulan nye name petronas dalm motosport antarabangsa dah kukuh la,smpaikan mercedes pun nangis2 mintak sponsor…

    • AR on February 6, 2010 at 1:40 pm
    • Reply

    uuuuu..sebak!

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.