Proton Untung RM 83 juta Suku Ketiga 09/10!

G2H-photo005

Proton Holdings Berhad mencatatkan keuntungan pra-cukai suku ketiga berakhir 31 Disember 2009 [Tahun Fiskal 09/10] berjumlah RM 83 juta. Berbanding suku sebelumnya, keuntungan susut 18% daripada RM 101 juta. Penurunan keuntungan adalah kerana penurunan jualan domestik dan kos promosi sebelum penghabisan tahun 2009.

Untung kumulatif pra-cukai sehingga suku ketiga 2009/10 adalah RM 248 juta, 4 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Budak-budak ‘U’ belajar akaun/bisnes boleh kaji ringkasan penyata akaun ringkas ini.

Sumber: Proton

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Lotus Elise 2011!

Lotus Elise 2011

Masa mula-mula dapat siaran media dari Lotus mengenai model Elise 2011 saya agak pening juga nak fahamkan apa yang Lotus cuba nak beritahu. Sebabnya dia tulis Lotus Elise model 2011. Tak tahu dia nak beritahu model baru sepenuhnya atau model angkatmuka [facelift]. Berkali-kali juga saya baca emel dan akhir sekali saya tutup sahaja. Tak faham apa dia maksudkan. Bila saya buka blog pesaing dan tengok gambar baru faham rupanya Elise 2011 adalah model angkatmuka. Kan lebih senang kalau Lotus tulis “facelift version”.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Giorgetto Giugiaro: Kita Sembang Sikit Pasal Dia!

800px-Lotus_Esprit_06

Rasanya nama Giugiaro atau Italdesign sekarang ini lebih banyak disebut orang kita berbanding setengah tahun lalu. Semuanya gara-gara kereta konsep terbaru yang direka secara kerjasama dengan firma dari Itali tersebut. Bagi penggemar kereta buatan Eropah atau pengikut desain automotif nama Giugiaro adalah tidak asing bahkan beliau adalah lagenda yang masih hidup. Sepanjang kariernya, beliau telah mereka lebih dari 200 kereta.

Tapi ragam orang kita bila orang lain sebut Giugiaro kita pun nak sebut Giugiaro juga dan yang lebih parah mengadakan cerita yang tidak ada [yo-yo an]. Oleh itu bagi memberi sedikit input, saya nak kongsi cerita pasal Encik Giugiaro, kurang-kurang kalau berborak ada isi sikit.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mazda MX-5 LE

Mazda MX-5

Untuk makluman sekutu semua kereta 2 tempat duduk paling laku sekali atas muka bumi ialah Mazda MX-5. Dan untuk meraikan produksinya yang ke 20 tahun, Mazda memperkenalkan edisi terhad MX-5. Nama panjangnya ialah Mazda MX-5 20th Anniversary Limited Edition. Punyalah panjang kalau nak isi dalam geran silap-silap 2,3 baris baru cukup.

Sejak tahun 1990, Mazda MX-5 telah terjual sebanyak 850,000 unit dan memenangi 170 anugerah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2003!

Perodua Kelisa

Entri ini merupakan lanjutan kepada entri Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2005. Rupa-rupanya pada tahun 2002 lagi Puan Karen Young dah berlumba rali dengan Perodua Kelisa. Selain dari itu Puan Karen ini tertitis minat berlumba rali dari keluarga beliau. Ayahnya, Encik Bob Johnson seorang jurupandu arah dan berjaya mendapat tempat ketiga dalam World Cup Rally pada tahun 2001. Abang Puan Karen, Encik David Johnson pula adalah pemilik Bridge Garage, pengedar Perodua di Hertfordshire, UK.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW POLO GTI BARU!

VW Polo GTI

VW Golf GTI adalah kereta yang sleek, luas, cantik dan berprestasi. Cuma satu masalah dengan kereta lagenda tersebut ialah harganya yang tinggi dan jauh dari jangkauan rakyat marhaen. Untuk mengatasi masalah tersebut, VW men’GTI’kan Polo, kereta yang lebih murah dan boleh dikatakan sebagai kereta rakyat. Kiranya di eropah Polo ini ibarat Proton Saga BLM. Dan ini bermakna bukan orang kelas tinggi sahaja boleh bermain kereta tetapi orang yang basik-basik pun boleh turut serta.

Polo berprestasi tinggi yang pertama sekali dalam dunia diperkenalkan pada tahun 1986 dengan nama G40 Coupe – kereta yang berkuasa 113ps dengan enjin supercaj, badan yang ringan dan pengendalian yang ‘tajam’.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Fairuz Fauzy di Litar Jerez!

Fairuz Fauzy

Pemandu ujian dan ketiga Lotus Racing, Fairuz Fauzy semalam menamatkan ujian pertama tim di litar Jerez, Sepanyol. Fairuz menamatkan 76 pusingan dan 300 km yang diperlukan untuk mendapatkan Lesen Super dan kini menunggu kelulusan FIA.

Lotus Racing antara tim terawal menguji kereta dalam keadaan litar yang basah dan walaupun memandu dengan stereng tanpa kuasa yang rosak, Fairuz berjaya memenuhi objektif tim.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

RVR: Suv Baru Dari Mitsubishi!

Mitsubishi RVR

Mitsubishi Motors Corporation secara rasminya menawarkan kepada pasaran bermula semalam crossover kompak RVR. Model terbaru dari Mitsubishi ini adalah mesra alam dan layak untuk menerima Japanese Eco-car Tax Reduction yang membolehkan pembeli menikmati potongan cukai sebanyak 50 peratus.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: