F1: Fairuz Fauzy di Litar Jerez!

Fairuz Fauzy

Pemandu ujian dan ketiga Lotus Racing, Fairuz Fauzy semalam menamatkan ujian pertama tim di litar Jerez, Sepanyol. Fairuz menamatkan 76 pusingan dan 300 km yang diperlukan untuk mendapatkan Lesen Super dan kini menunggu kelulusan FIA.

Lotus Racing antara tim terawal menguji kereta dalam keadaan litar yang basah dan walaupun memandu dengan stereng tanpa kuasa yang rosak, Fairuz berjaya memenuhi objektif tim.

Lotus Cosworth T127

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih pada tim. Untuk berada di sini dan menamatkan 76 pusingan adalah menakjubkan. Ianya adalah cabaran yang besar, untuk menamatkan 300km bagi mendapatkan Lesen Super dan dengan stereng tanpa kuasa sangat sukar untuk memandu dalam litar kering dan agak senang dalam keadaan litar basar, jadinya saya memandu dengan agak konservatif dan saya sangat berbesar hati.”

Heikki Kovalainen akan memandu uji hari ini dan esok manakala Jarno Trulli pada hari Sabtu.

Fairuz Fauzy mencatat masa tidak rasmi 1:31.848 di tempat kesebelas di hadapan Timo Glock dari Virgin Racing dengan masa tidak rasmi 1:34.453 dengan hanya 10 pusingan.

Sumber: Lotus Racing & Formula1.com

-Mak Uia-

ps: Imej Fairuz di litar Silverstone

Kemaskini: Fairuz sudah berjaya mendapat Lesen Super.

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • wira1.6 on February 18, 2010 at 2:03 pm
    • Reply

    yeah no.1 …begitu pantas.. syabas……

    • carragher27 on February 18, 2010 at 2:27 pm
    • Reply

    gua macam berminat aja nak mohon lesen super ni..

    • beesixslow on February 18, 2010 at 4:12 pm
    • Reply

    ambo nk juga..lesen beras super!

    • exJAVANESE on February 18, 2010 at 6:09 pm
    • Reply

    aduhh..
    gua ade yamaha super 88 je…

    • pelug on February 18, 2010 at 6:52 pm
    • Reply

    camne nak moho lesen dari AAM???
    terbakar hati jugak gua ngan fairuz nih…

    • pendita_gila on February 18, 2010 at 8:27 pm
    • Reply

    tahniah bro

    • azwan nbs on February 19, 2010 at 5:59 pm
    • Reply

    malaya boleh….!!!!!!!!!

  1. lesen super mario bros

    • Hakata on February 19, 2010 at 9:32 pm
    • Reply

    lesen b full skang bape ringgit hah?

  2. caya la fairuz..

    • on February 23, 2010 at 11:02 am
    • Reply

    Gua ade Lesen Liga Super….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.