Video: BMW S1000 RR. Dinner for RR.

httpv://www.youtube.com/watch?v=-cM9S2AzU28

Dah lama gua tak post video. Lu orang layanlah video BMW ni main tarik alas meja. Gua dulu masa zaman kecik tak pernah main tarik meja macam ini. Setakat ambil kusyen kerusi buat jadi moto biasalah. Kalau sekarang ni nak buat macam brader ni pun gua malas.

Bugatti tak buat motor besar. Macamana gua nak ‘act’ macam biasa.

Sumber: BMW TV

-Matpon-

Silakan kongsi:

LUXGEN: Jenama Taiwan!

Luxgen

Dalam artikel ekonomi yang saya baca kebanyakannya meramalkan ekonomi global bakal dikuasai oleh negara-negara Asia. Buktinya kita boleh lihat dengan gahnya produk-produk berteknologi tinggi dan sederhana dari Korea Selatan, Taiwan dan China membanjiri pasaran global sekarang ini. Jepun sememangnya sudah lama membayangi ekonomi Amerika Syarikat [AS] dan untuk pengetahuan sekutu, Jepun banyak membeli bon AS semenjak dari dulu lagi dan sekarang ini turut disertai oleh China. Bon bahasa pasarnya adalah hutang, untuk membiayai perbelanjaan negara, kerajaan mempunyai beberapa opsyen dan antaranya adalah dengan mengeluarkan bon. Setakat ini, bon AS bernilai beratus bilion dolar dan Amerika telah lama mengalami defisit.

Tunai dari bon tersebut digunakan untuk pembangunan ekonomi AS, dilaburkan kembali dalam ekonomi domestik dan pengguna mempunyai wang untuk membeli barangan. Termasuklah produk dari Jepun dan China.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: CNN Rakan Lotus Racing!

CNN

Pada 2 Mac lepas, CNN International mengumumkan perjanjian kerjasama jangka panjang dengan Lotus Racing. Logo CNN akan dipamerkan pada Lotus T127, sut pemandu dan krew tim. Kerjasama tersebut akan diuruskan oleh cabang komersil CNN, Partner Solutions Group dan diketuai oleh Rani Raad, Timbalan Naib Presiden Kanan CNN International Advertising Sales.

“Kombinasi dua jenama global yang ikonik dan beraspirasi adalah sangat bersesuaian dengan jangkauan dan kedudukan penjenamaan CNN International,” kata Raad. “Kerjasama yang unik ini dengan Lotus Racing membawa CNN International ke era baru pemasaran dan promosi dan menempatkan kami di hadapan jutaan penonton seluruh dunia.” tambah Raad.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [11]

lucciola

Hah! Gua syak lu orang memang tak boleh teka punya kereta apa ni. Heh heh heh.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Honda Civic Type R MUGEN 200!

346856_150210hon

Honda Civic Type R adalah produk berprestasi keluaran Honda. Dan setiap produk Honda tidak kira apa model pun pasti akan ditala kembali oleh MUGEN. Seperti yang sekutu lihat di atas, model tersebut adalah Civic Type R MUGEN 200 dan seperti namanya hanya 200 unit sahaja akan dipasarkan kepada umum.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Laporan: MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Tirai pertandingan bagi MAM Autokhana Series 2009 telah pun dilabuhkan pada Ahad, 28hb Februari yang lalu. Objektif & agenda MAM untuk memperkenalkan asas sukan bermotor dan menarik minat golongan muda untuk menceburi perlumbaan kos rendah ini sememang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Perlumbaan pusingan terakhir ini sekali lagi berjaya mengumpulkan hampir 30 penyertaan untuk mereka bersaing di dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Ini membuktikan bahawa MAM Autokhana Series 2009 mempunyai purata penyertaan seramai 30 orang pelumba bagi setiap pusingan yang telah dianjurkan sebelum ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Kita Layan Ducati Jo!

349309_250210-b-duc

Sebelum ini saya ada tulis pasal superbike Suzuki, untuk entri kali ini kita layan motor Ducati yang berasal dari Bologna, Itali. Motosikal yang dipaparkan kali ini adalah barisan model 2010 yang dipasarkan di UK. Saya tak pasti sama ada model-model ini akan dibawa masuk ke dalam negara atau tidak. Tanpa membuang masa jom kita beramah mesra dengan Abang-abang Ducati.

Ducati 848 Dark

  • Tak banyak maklumat yang diberi dalam emel cuma ditulis ialah harganya GBP 9,995 dan turut disertakan sekali dengan harga tersebut ialah set lengkap menunggang atau nama penuhnya Ducati Corse Riding Gear Set. Dalam set tersebut ialah sut kulit Ducati Corse, topi keledar Arai Chaser, sarung tangan Ducati Corse, kasut Puma dan pelindung belakang Dainese-Ducati.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Emas: Sistem Hybrid!

Lotus Range Extender

Masih lagi mengenai Proton Emas, kali ini saya bercerita sedikit mengenai sistem hybrid yang dibangunkan oleh Lotus Engineering yang mungkin akan digunakan pada kereta produksi Proton Emas kelak. Lotus Engineering adalah cabang dari Lotus dan menawarkan perundingan kejuruteraan kepada pembuat kereta. Sejak kebelakangan ini mereka banyak terlibat dengan projek untuk syarikat China. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Lotus Engineering yang membuat penalaan pada pengawalan dan pengendalian Hafei Lobo atau ditempat kita dijenamakan sebagai Naza Sutera.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: