Kita Layan Ducati Jo!

349309_250210-b-duc

Sebelum ini saya ada tulis pasal superbike Suzuki, untuk entri kali ini kita layan motor Ducati yang berasal dari Bologna, Itali. Motosikal yang dipaparkan kali ini adalah barisan model 2010 yang dipasarkan di UK. Saya tak pasti sama ada model-model ini akan dibawa masuk ke dalam negara atau tidak. Tanpa membuang masa jom kita beramah mesra dengan Abang-abang Ducati.

Ducati 848 Dark

  • Tak banyak maklumat yang diberi dalam emel cuma ditulis ialah harganya GBP 9,995 dan turut disertakan sekali dengan harga tersebut ialah set lengkap menunggang atau nama penuhnya Ducati Corse Riding Gear Set. Dalam set tersebut ialah sut kulit Ducati Corse, topi keledar Arai Chaser, sarung tangan Ducati Corse, kasut Puma dan pelindung belakang Dainese-Ducati.

349308_250210duc

Ducati 1198 Corse Limited Edition

  • Tangki minyak superbike edisi terhad ini adalah replika kepada tim lumba Ducati. Selain dari itu, grafiknya adalah sempena ulangtahun Ducati Corse dan turut dilengkapi pada motosikal ini ialah Ducati Traction Control. Pakej motosikal juga didatangkan dengan Ducati Corse Gear, hari litar Ducati di Silverstone dan jemputan ke perlumbaan WSBK.

349306_250210-a-duc

Ducati Hypermotard 1100 Evo/Evo SP

  • Keluarga Hypermotard Ducati semakin berkembang dengan dua opsyen untuk pasaran iaitu Hypermotard 1100 Evo dan Hypermotard 1100 Evo SP. 1100 Evo dengan berat kering 172kg berkuasa 95 kuasa kuda dengan kuasa tujahan 102Nm dari enjin 1100 cc Desmodue Evoluzione L-twin. Rim 17 inci pula dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso dan kuasa motor dihentikan dengan brek berkembar Brembo 4 omboh dengan cakera bersaiz 305 mm di hadapan dan 245 mm untuk cakera belakang.
  • Ducati Hypermotard Evo SP pula untuk mereka yang mahukan pengalaman memandu yang lebih ekstrim. Evo SP mempunyai kelegaan bumi yang lebih, suspensi lebih elok dan lebih ringan. Sepit udangnya adalah jenis boleh laras 50 mm Marzocchi manakala penyerap hentak dari Ohlins. Rim nya pula dari Marchesini dengan tayar Z-rated Pirelli Diablo Supercorsa SP. Hypermotard ini turut dilengkapi dengan Ducati Data Analyser [DDA] termasuk perisian komputer dan kemudahan USB untuk menganalisa prestasi penunggang dan motosikal.
  • Harga 1100 Evo adalah € 11,700 manakala Evo SP pula € 14,000.

Industri automotif tempatan perlu juga disokong dengan industri motosikal tempatan yang maju. Seperti jenama-jenama besar dari Jepun dan Hyosung dari Korea. Dulu kita ada MV Agusta.

Sumber:  Newspress/Ducati UK & Faster and Faster.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • storns78 on 05/03/2010 at 12:18 PM
    • Reply

    Gue 1st

    • exJAVANESE on 05/03/2010 at 12:18 PM
    • Reply

    klu hrga die paras2 kawasaki er6-n @ z750…gua angkt sbijon!!
    hihihi

    • storns78 on 05/03/2010 at 12:19 PM
    • Reply

    Dua kati nie kalo kt Malaysia buleh tengok je. herga buleh beli rumah teres.

    • on 05/03/2010 at 2:33 PM
    • Reply

    Ni rege confirm boleh apartment sebijon kalo kat KL…huh gilos…

  1. knpla menteri kite bangang
    natang cenggini brg eksotik
    jadah ape mat!!!

    • John Kumbang on 05/03/2010 at 3:05 PM
    • Reply

    Okla harga dia. Kalau ikut average exchange rate sekarang Euro : RM, tak silap aku Euro 1 : RM4.5727. Jadi, rega 1100 Evo di Malaysia (tanpa AP, cukai dll) RM53,500 & rega Evo SP kat Malaysia RM64,018. Tapi, lesen aku B2 je…..

    • Han on 05/03/2010 at 3:50 PM
    • Reply

    baik beli keta..

    • azwan nbs on 05/03/2010 at 5:25 PM
    • Reply

    peggghhhhh….!!!!!!

    • azwan nbs on 05/03/2010 at 5:27 PM
    • Reply

    betol tu….

    • kete_hitam on 05/03/2010 at 6:31 PM
    • Reply

    superbike yg mampu pakai, kawasaki je la……

    • slimershine on 05/03/2010 at 8:15 PM
    • Reply

    feberet gua nih.. rumah setinggan pun takpelah asalkan moto gua ducati.

    • Joule on 05/03/2010 at 8:51 PM
    • Reply

    Kumbang.. yang kau kira tu dah darab dengan Cukai lum..
    aku congak2 mcm kne darab tiga lagi..
    maka.. Harga yang kumbang kira x 3 = Mahal Gilatuuut..

    • pendita_gila on 05/03/2010 at 11:02 PM
    • Reply

    gua g kije naik bus je lg jimat

  2. “hari litar Ducati di Silverstone dan jemputan ke perlumbaan WSBK.”

    pehhhhhhhhh. package sehhhhhhh

    • Hakata on 06/03/2010 at 1:09 PM
    • Reply

    laju ni moto ni..masuk je gear dua standby mengucap dulu..

    • on 06/03/2010 at 2:15 PM
    • Reply

    Macamana motor ni boleh berdiri tak ada tongkat? Ah ni semua tipu

    • anon_nimbus on 07/03/2010 at 1:18 AM
    • Reply

    matpon jeles..uuuuu….

  3. beli skuter aje mampu laa aku gamaknye huhuhu

    • mesin tebu on 08/03/2010 at 11:51 AM
    • Reply

    pada zaman pemerintahan tun lah dulu mv agusta telah dijual dengan harga 1 dolar tunaiiiiiiiiiiiii….. apasal la waktu dowg jual tu xwat open tender, kalu x mesti dah ramai berebut nak beli, termasuk aku sekali…

    • payon on 15/03/2010 at 4:59 PM
    • Reply

    aku mampu meminatinya ja lah…nak beli jauh sekali..kenapalah najib mansuhkan duty tuk kete padang golf tu ja,klu semua kan best….tp klu dia mansuhkan jugak aku x mampu beli g kot…hahaha

    • apai on 13/05/2010 at 3:00 PM
    • Reply

    first2..bli sidemiror,lps tu bli footrest plak,pstu bli handgrip plak…kalo mcm nie..smpi aq dpt cucu pn blum tntu dpt moto nie!!!

    • wany on 05/07/2010 at 1:14 AM
    • Reply

    kalo berminat nak beli ducati call sya 0176038708….
    sy wanny umo baru 20 ….sooo kalo btl berminat nak jual just call

    • audi on 02/09/2010 at 6:29 PM
    • Reply

    mana gambaq nih.x nmpak pown

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.