Tahniah PST!

BMW Z4M Coupe

Awal minggu ini saya nak menulis mengenai kemenenangan Petronas Syntium Team dalam Super Taikyu Endurance Series, di Motegi Jepun. Tapi banyak sangat berita tentang Formula Satu, saya tunda dulu.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Volvo S60 BTCS: Racing ni Jo!

Volvo S60 BTCS

Volvo S60 ini baru beberapa minggu sahaja diperkenalkan kepada umum dan kini Volvo memperkenalkan versi perlumbaan pula. Volvo Cars Belgium akan menggunakan model ini untuk berlumba dalam Belgian Touring Car Series musim 2010. Peminat Volvo tak perlu tunggu lama, perlumbaan pertama akan bermula pada 11 April akan datang.

Volvo S60 BTCS dibina dalam masa singkat oleh Volvo Belgian S60 Racing Team dan akan dipandu oleh Vincent Radermecker dan Eric Van De Poele.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Fairuz Fauzy Pandu Pada Sesi Ujian Jumaat

Fairuz Fauzy

Sedikit berita untuk peminat Lotus Racing, Fairuz Fauzy akan memandu pada sesi latihan hari Jumaat ini. Prinsipal tim Lotus Racing, Dato’ Tony Fernandes berkata “Kami menantikan untuk pulang ke tanahair, dan benar-benar melihat ke depan untuk memberikan kepada peminat kami sesuatu yang boleh dilaungkan.”

Sumber: motorsport.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Selama ini kalau saya boleh generalisasikan, kebanyakan modikasi kereta adalah berkenaan kelajuan semata. Selalunya ialah berapa banyak kuasa boleh ditambah untuk kereta pergi lebih laju sebabnya kita mahu berada di depan orang lain. Aku potong kau dan kau potong aku. Semuanya mengenai kelajuan jalan lurus dan terkedek-kedek untuk masuk selekoh atau terkial-kial bila hendak berhenti. Berapa banyak di luar sana, kereta turbo tapi brek macam siput atau kereta Vtec yang memekik di jalan lurus tapi tak berapa into nak masuk selekoh.

Kenderaan edisi terhad [LEV] keluaran R3 yang diketuai oleh Tengku Djan menulis semula peraturan modifikasi lokal. Ianya bukan mengenai kelajuan semata tetapi bagaimana anda mengawal kelajuan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Maxis Taja Lotus Racing!

Logo Lotus Racing

Seperti yang kita sedia maklum, Lotus Racing membuat penampilan sulung tempatan di Pavilion semalam dan pada masa yang sama Proton melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Selain dari itu, Lotus Racing turut mengumumkan penaja baru iaitu Maxis Berhad.

Sandip Das, Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad berkata, “Maxis sangat berbesar hati untuk meluaskan penglibatan dalam sukan melalui penajaan tim Lotus Racing dalam Formula Satu. Ini adalah kebanggaan negara dan sebagai peneraju dan syarikat telekomunikasi Malaysia paling inovatif, yang juga dihormati secara global, kami mahu menjadi sebahagian dari saat indah Malaysia. Komitmen Maxis kepada Lotus Racing menjanjikan pengalaman Formula Satu lebih bersepadu kepada pelanggan dengan capaian terkini berita perlumbaan dan maklumat melalui telefon bimbit di sebarang lokasi dan masa yang mereka mahukan. Dan sebagai tambahan, pelanggan Maxis yang bertuah akan mendapat peluang eksklusif untuk menonton Sepang Grand Prix secara langsung pada hujung minggu ini dengan tajaan dari Maxis.”

Penajaan Maxis adalah selama setahun dengan nilai yang tidak dinyatakan.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

httpv://www.youtube.com/watch?v=Wxgfo9i0N3c

Saya minta maaf, saya tahu ramai sekutu nak baca pasal Proton Satria Neo R3 Lotus Racing tapi saya tak sempat lagi nak menulis. Harapkan Matpon memang tak jadi. Apapun, di atas adalah video dari Cars Bikes Trucks semasa pandu uji di litar oval Proton, Shah Alam. Bunyi enjin bermula dari minit 5:31. Memang raw!

Sumber: Youtube/CBT

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Selingan Mata [15]

356983_60178-b-lex

Saja je gua kasi nampak nama, gua jadi pemurah hari ni ok.

-Matpon-

Silakan kongsi:

F1: GP Australia 2010: Jenson Button Juara!

Lotus Racing

Hari yang biasa-biasa untuk Lotus Racing di perlumbaan F1 Australia apabila Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke 13 dan sekali lagi di hadapan tim-tim baru. Walaubagaimanapun Jarno Trulli gagal untuk berlumba apabila menghadapi masalah hidraulik pada saat-saat akhir di grid perlumbaan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: