Majalah KERETA 124!

Majalah KERETA 124

Serius gua tak tipu MK bulan ni banyak kereta baik. Evo lah, Neo lah cuma Veyron je tak ada apa kes tah. Gua dah malas cakap kat Baii. Dia bukan nak dengar cakap gua. Mentang-mentang lah gua belajar sekolah tinggi 4 tingkat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

SUPER GT OKAYAMA 2010: Petronas Podium!

SUPER GT OKAYAMA

Perlumbaan SUPER GT di litar Antarabangsa Okayama, Jepun berlangsung dengan cuaca baik, angin juga kuat menghembus suju enjin kereta-kereta jagoan buatan Jepun dan Eropah. Loic Duval yang memandu Honda HSV-010 untuk tim Weider bermula dari grid pertama dengan sempurna dan menjarakkan kedudukannya dari segerombolan pelumba lain. Pada pusingan kedua beliau 1 saat di hadapan kereta nombor 38 ZENT CERUMO SC 430 yang dipandu Yuji Tachikawa. Selepas hentian pit, Takashi Kogure mengambil alih kereta dan terus maju 10 saat di hadapan kereta nombor 38 dan sewaktu bendera penamat dikibarkan beliau 11 saat di hadapan kereta di tempat kedua. Buat pertama kalinya, Honda HSV-010 membuktikan kehebatannya dengan menjadi juara di hadapan Nissan GTR dan Lexus SC 430.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mazda 2 Sedan dan Hatchback!

Mazda 2

Bulan lepas saya ada siarkan gambar Mazda 2 Sedan dan Hatcback. Untuk makluman sekutu, Baii sekarang ini berada di majlis pelancaran produk tersebut dari Mazda. Harga kalau rasa berkenan di hati:

Mazda 2 Sedan:

V Spec: RM 79,859

R Spec: RM 82,937

Mazda 2 Hatchback:

V Spec: RM 82,111

R Spec: RM 85,189

Klik untuk gambar Mazda2 Sedan dan Mazda2 Hatchback!

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: GP Malaysia 2010: Petronas Podium!

Mercedes GP Petronas

Nico Rosberg berjaya menghadiahkan podium kepada Petronas dan negara selaku penaja utama pasukan Mercedes GP. Bermula dari tempat kedua pada grid perlumbaan, Nico tercicir ke tempat ketiga akibat dari putaran roda terlebih sehinggalah krew tim melakukan orkestra yang kemas pada hentian pit pusingan ke 22, menjimatkan satu saat dan menjarakkan kedudukannya dari Robert Kubica. Dari situ, Nico memandu dengan kemas, melepasi bendera penamat di tempat ketiga di hadapan ribuan peminat tempatan.

Malang buat Michael Schumacher apabila nut roda kiri belakang keretanya tercabut seterusnya menyebabkan kereta tidak stabil dan perjuangan Michael tamat pada pusingan ke’sipuluh’.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: GP Malaysia 2010: Hero-Hero Semua Mula Belakang!

www.hoch-zwei.net

Yeah, Petronas menang juga dengan Mercedes. Rasa nak trade in Veyron pun ada. Result penuh rilek dulu gua tak terer sangat nak mengarang.

________________________

Gua mengaku gua tak into sangat resing-resing ni tak kira rempit ke rally ke  lontar peluru ke tapi sebab gua dah kerja GT gua kena kerja rajin sikit. Kalau tak pedih telinga kena senyuman manis bos gua.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Lotus Racing ada Lagi Empat Penaja?

Logo Lotus RacingMotorsport.com dalam berita yang dipetik dari Bernama melaporkan, Dato’ Tony Fernandes mendedahkan pada Jumaat mereka sedang berbincang dengan tidak kurang dari empat firma lokal dan antarabangsa.

“Ianya lebih bermakna jika penajaan dari Malaysia,” beliau memberitahu wartawan pada majlis tersebut.

Baru-baru ini, Lotus Racing menandatangani perjanjian penajaan dengan CNN dan Maxis.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

APRC: Chris Atkinson Pandu Proton Satria Neo S2000!

Proton Satria Neo S2000

Proton sekali lagi menjadi berita muka depan media dengan menandatangani Chris Atkinson, bekas pemandu Subaru dalam World Rally Championship [WRC].  Beliau yang berasal dari Australia akan memandu untuk tim Proton R3 Malaysia dengan jentera Proton Satria Neo S2000 dalam Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010.

Karier profesional Chris bermula pada tahun 2003 memandu Super 1600 Ignis untuk tim Suzuki Sport. Chris membuat penampilan sulung dalam WRC pada tahun 2004 dan pada tahun berikutnya memandu untuk tim Subaru World Rally di samping Petter Solberg.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW Polo: 2010 World Car of The Year!

VW Polo

Apa yang diperlukan untuk menjadi kereta sedunia? Desain yang cantik gila? Enjin ekonomikal? Interior ergonomik? Tidak semestinya. Apa yang diperlukan ialah kereta yang bernilai untuk wang, keselamatan, impak alam sekitar dan pada yang sama desain yang ringkas tapi cantik. Dan semua itu adalah penyebab Kereta Tahunan Dunia 2010 yang diadakan sempena New York International Auto Show berjaya dimenangi oleh VW Polo.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: