Akan datang: Gymkhana Three. Kalah berlumba tak apa, cari peluang lain.
Foto: Ford
-Mak Uia-
Apr 22
Apr 22
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery CheekĀ pada Selasa menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tim Rali Proton R3 Malaysia sebagai tanda bermulanya Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010 dan perakuan inisiatif pembuat automotif kebangsaan dalam meningkatkan nama negara di arena sukan permotoran dunia. Beliau turut dipertontonkan PROTON Satria Neo S2000 pada majlis tersebut.
Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang menerima bendera tersebut berbangga dengan penghormatan yang diberikan dan ianya momen bersejarah kepada PROTON kerana pengiktirafan kerajaan dalam usaha mereka. Beliau juga turut menggesa tim supaya menggunakannya sebagai motivasi untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa terbaik sepanjang musim 2010.
Apr 21
httpv://www.youtube.com/watch?v=EIolZidnJdg&feature=player_embedded
BM dengan Merc gua lagi suka Bugatti. Tapi Bugatti dengan Merc gua suka jugak Merc. Sedap betul video atas ni, semalam gua post pikap sayur kan hari ni gua tunjuk lu orang Merc AMG pulak mengesot. Kalau Jepun sana diaorang dah bosan mengesot dengan kereta gua suspek kat Eropah diaorang dah bosan resing dengan kereta biasa. Tade lagi gua tengok mengesot dengan Merc, dengan BM dah biasa.
Sumber: Youtube/PistonHeadsTV
-Matpon-
Apr 21
Sebastien Loeb dan Daniel Elena memandu dengan cemerlang pada hari terakhir Rally Turkey dan mencatat kemenangan hatrik dalam WRC 2010. Kejayaan terbaru ini membolehkan mereka mendahului 40 mata di hadapan Petter Solberg. Citroen Total World Rally Team sekarang ini mempunyai kelebihan 15 mata di hadapan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team bagi kategori pembuat.
Apr 20
httpv://www.youtube.com/watch?v=WNQNcLkHheA&feature=player_embedded#!
Gua suspek kat Jepun sana diaorang dah bosan resing mengesot dengan kereta biasa pastu layan pikap ni. Gua kasi lu orang layan video ni. Boleh tahan juga pikap ni. Entah enjin apa pun gua tak tau tapi gua ada dengan bunyi kepish macam turbo. Pada fikiran gua la kan kat Malaysia pun kena ada macam ni.
Siapa ada interkom Tg. Djan gua nak citer sama dia. Gua dengar dia nak resing kat Singapore nanti.
Selamat sore.
-Matpon-
Apr 19
Litar moden F1 lebih mencabar berbanding litar tradisional, memberi lebih peluang untuk memotongĀ seterusnya menjadikan perlumbaan lebih menarik dengan aksi potong memotong dan memberi input realistik kepada tim teknikal tentang keupayaan sebenar kereta mereka. Dengan kata lain samada kereta yang dibina adalah kompetitif atau sememangnya lembap. Itulah yang dapat kita lihat di litar Shanghai, McLaren yang dipandu Jenson Button menjadi juara selepas bermula di grid kelima. Lebih manis kemenangan tersebut disertai oleh rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.
Apr 18
Ok geng. Dah lama gua tak buat Kelab/Kereta Gua Glamor. Gua dapat emel ini dari brader mharryz. Selamat Berkawan ok.
__________________________
Forum Saga Utara atau lebih dikenali sebagai FSU ini adalah port untuk kelab2 saga diutara duduk sebumbung dan berkongsi info serta maklumat, didalam penyatuan ini juga FSU sering kali mengadakan himpunan dan konvoi disekitar kawasan utara. antara Event konvoi serta gathering yg pernah dibuat di bawah FSU adalah, konvoi Mega Gathering komuniti saga dan iswara wilayah utara pada 1/2 mei 2009 yg berjaya mengumpulkan lebih 200 peserta, konvoi jelajah Pantai Merdeka, jamuan berbuka puasa dan banyak lagi..
Apr 18
Nampaknya kontroversi suspensi RedBull tamat begitu sahaja, kereta mereka memang pantas dan mungkin mencatat sejarah seperti Brawn GP musim lepas. Kedua pemandu RedBull hanya bersaing sesama sendiri manakala tim lain masih lagi berdolak dalih dengan isu teknikal mereka. Bermula di grid pertama dan kedua ialah Sebastian Vettel dan Mark Webber. Webber semasa kelayakan ke 3 hampir mendapat grid pertama tapi berjaya dipintas oleh Vettel.