F1: Deutsche Post Taja Mercedes GP Petronas

Mercedes GP Petronas

Mercedes GP Petronas dan Deutsche Post, syarikat telekomunikasi dari Jerman mengumumkan mereka berkerjasama dan hubungan mereka akan bermula pada GP Monaco hujung minggu ini. Mercedes-Benz dan tim Mercedes GP Petronas akan menyokong insiatif ‘Online Letter’ dan akan menggunakan perkhidmatan tersebut dalam urusan harian mereka.

Hasil dari penajaan tersebut, logo ‘Post Horn’ Deutsche Post akan dipaparkan pada chasis dan sayap depan kereta MGP W01 kedua-dua pemandu, Michael Schumacher dan Nico Rosberg.

Walaupun keputusan tim ini biasa-biasa saja tapi ianya tidak menghalang penaja untuk melabur dalam tim mereka.

Foto: Mercedes GP Petronas

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Lexus LFA lawan GTR ni Brader!

httpv://www.youtube.com/watch?v=A5R-oi91bd4&feature=player_embedded

Huyyooooyoyoyo. Lexus LFA lawan GTR. Gua pun tak tau sapa menang. Lepas post gua tido.

Babai.

Sumber:Youtube/Motortrend

-Matpon-

Silakan kongsi:

Felda Rally Team @ Sepang!

Felda Rally Team

Saladin Mazlan dan Arish Qutb dah lama berehat dari rali. Dan tempoh ‘bercuti’ mereka akan tamat hujung minggu ini, jemputlah datang, boleh tengok Gen.2 4WD Evo Sembilan.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Kia Optima Baru!

Kia Optima

Sambil menulis artikel ini saya juga menonton perlawanan badminton penentuan juara kumpulan antara Jepun dan Malaysia, Hafiz Hashim sedang ketinggalan 8 – 11 dengan Shoji Sato, saya tak tahu siapa yang bakal menang. Kalau kalah pun kita dah biasa, cuma kalau menang tu mungkin luar biasa. Hakikatnya saya sudah bosan dengan kekalahan negara tidak kira bidang automotif atau sukan dan paling utama sekali bolasepak. Dan dari duduk saja ada baik saya berbuat sesuatu menyumbang kepada negara dan saya fikir GT adalah satu ruang yang ada. Sebab itu adik-adik yang tengah belajar kena belajar betul-betul dan menyumbang kepada negara, bila negara maju secara automatiknya kita mempunyai kuasa dan bila dah berkuasa macam-macam kita boleh buat. Nak sebarkan ideologi atau fahaman pun senang.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [17]

363274_100510-b-vt

Gua rasa dah 3 purnama gua tak post selingan mata. Memang steady ah lori ni. Gua suspek ni lori idaman brader kuari. Kalau bos-bos bagi ni boleh jadi kerja lagi rajin macam gua.

-Matpon-

Silakan kongsi:

WRC: New Zealand 2010: Akhirnya Latvala Juara!

363296_60561cit

Pasangan pemandu BP Ford Abu Dhabi World Rally Team, Jari-Matti Latvala dan Miikka Antilla akhirnya memecahkan dominasi Sebastien Loeb di Rali New Zealand hujung minggu lepas. Kemenangan Latvala menjadikan Ford pembuat paling berjaya dalam sejarah WRC dengan 75 kemenangan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Tanya Pendapat Sikit

Gua nak tanya, antara GearSungkit.com dengan GearMoto.com mana lagi bagus? Sekutu tulis pendapat sekali kalau boleh. Jangan jawab macam Matpon.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1: GP Sepanyol 2010: Michael Schumacher Keempat!

Mercedes GP Petronas

Encik ‘Sipuluh’ Michael Schumacher dan rakannya, Nico Rosberg menggunakan kereta dengan semakan baru di GP Sepanyol dan nampaknya perubahan tersebut ternyata memberi kelebihan kepada Schumacher berbanding Rosberg. Schumi melepasi bendera penamat di tempat keempat manakala Rosberg ditempat 13. Kedudukan terbaik buat Schumi dan terburuk untuk Rosberg setakat ini. Schumi sebenarnya berada di tempat kelima sebelum Lewis Hamilton  yang mendahului perlumbaan di tempat kedua terkeluar pada pusingan ke 65, tinggal hanya satu pusingan untuk tamat apabila tayar depan belah kirinya pancit dan beliau terus terbabas keluar.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: