Sekutu rasa pelik tengok Fiat Doblo Cargo ni? Tapi tidak bagi 24 juri yang menganugerahkannya sebagai Van Antarabangsa Tahun 2011 pada Selasa lepas di Hanover, Jerman. Van ini mencapai 128 daripada 168 mata keseluruhan di mana para juri kagum dengan jumlah varian badan dan enjin yang lebih banyak berbanding van lain, kualiti pemanduan dan tahap keselesaan yang tinggi.
Sep 22
Volvo S60 & V60 R-Design
Walaupun Volvo ni jenama sopan-sopan dan untuk mereka yang mementingkan keselamatan tetapi kita jangan lupa disebalik apa jenama kereta pun mesti ada kaki yang jenis gila mod. Jenis belajar tinggi-tinggi sebab nak buat kereta lumba tetapi bila dah kerja tersangkut pula buat kereta kebanyakan. Bila bos bagi projek buat kereta spek lumba memang gembira bukan main. Dapat lepas stim.
Terbaru Volvo Car UK memperkenalkan S60 dan V60 versi R-Design yang dikatakan mampu memberi pengalaman pemanduan dinamik. Walau bagaimanapun masalah dengan model versi istimewa ialah terhad untuk model paling atas sahaja bermakna pembeli spesifikasi rendah nganga saja lah. Dalam kes ini Volvo menawarkan versi R-Design untuk semua varian bermula dari model 2.0 hinggalah T6 dan secara totalnya ada enam pilihan enjin iaitu empat petrol dan dua diesel.
Sep 21
Lotus Elite: Modal Masa Depan Lotus
Datang 2014 Lotus dijangka melancarkan pencabar kereta berkuasa tinggi lain dengan model terbaru ini, Lotus Elite. Dari pandangan pertama kita dapat cam yang ini adalah signatur desain Lotus, ringkas, bersahaja dan kini seperti Evora ada pengaruh Ferrari. Dengan trend semasa dan masa depan, kereta ini antaranya akan dikuasakan oleh sistem hybrid dan paling menarik ada KERS, storan kuasa dan boleh digunakan untuk pemandu yang memerlukan kuasa pendesak. Enjin petrolnya pula adalah V8, 5,000 cc dengan prestasi 0 – 100 km/j dalam masa anggaran 3.5 saat hingga 3.7 saat.
Sep 20
JDM: Mazda AZ-Wagon
Kereta JDM memang digemari rakyat tempatan, mungkin sebab kualiti tinggi atau pun harga yang lebih murah dari pengedar sah. Tengok sajalah Toyota Wish JDM berkepuk atas jalan berbanding Wish Malaysia. Walaupun model ‘sah’ ada segala waranti dan segala macam pakej tapi modal tersebut tetap tak jalan.
Artikel ini pula pasal Mazda AZ-Wagon, model yang tak ada dalam negara. AZ-Wagon baru-baru ini dilancar semula dengan pakej baru, ada CVT yang lebih jimat minyak manakala model pacuan hadapan dengan pengecas turbo pula layak untuk program pengurangan cukai kereta-eko Jepun. Selain dari itu turut dilengkapkan ialah indikator pemanduan yang mana fungsinya memaklumkan pemandu jika kereta dipandu dalam keadaan jimat minyak. Indikator tersebut dipasang pada model CVT dan kotak gear empat kelajuan [4AT].
Sep 19
Lotus Bagi Hadiah Pada Bos Toyota
Lotus meraikan kerjasama yang berjaya dengan Toyota pada majlis sambutan di Kedutaan British di Tokyo pada Jumaat lepas. CEO Lotus, Dany Bahar menghadiahkan Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda sebuah Lotus Elise terakhir yang dikuasakan enjin Toyota 2ZZ-GE VVTL-i. Majlis ini menandakan berakhirnya satu era dan permulaan satu hubungan yang lebih kuat antara dua syarikat.
Sep 18
Beli Proton Dapat He-Man Dual
Pertama kali saya buka laman web agensi media yang GT biasa langgan dan terjumpa berita pasal Proton. Biasa Perodua saja yang ada dalam koleksi berita mereka. Walaupun berita yang disiarkan tak ada kena mengena dengan Proton lokal tapi ok juga sebab ada benda yang saya tak tahu dan boleh juga dikongsi bersama sekutu.
Sep 17
WRC Jepun 2010: Latvala Podium!
Pasangan Tim Rali BP Ford Abu Dhabi Jari-Matti Latvala dan Miikka Anttila berjaya menafikan dominasi podium Citroen dengan menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Rali Dunia [WRC] Jepun hujung minggu lepas. Pada rali tersebut Citroen menduduki tempat pertama, kedua, keempat dan kelima.