Motor: Ducati Diavel dan Monster 1100EVO

Ducati Diavel.01

Saya rasa peminat Ducati 1Malaysia memang goyang lutut tengok model terbaru Diavel. Dilengkapi pelbagai teknologi seperti ABS, Ducati Traction Control dengan kuasa enjin 162hp. Desain Diavel ini pelik, memang selari dengan gayaan Itali yang jauh dari kelaziman tetapi masih kekal cantik. Ini adalah kebolehan ‘ukiran’ yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana pereka lain. Diavel mempunyai dua varian iaitu standard dan Carbon yang terdiri daripada pelbagai peralatan gentian kaca dan roda Marchesini yang dibuat khas.

Cuba tenung lama-lama Diavel ini, memang pelik dan ‘degil’ desainnya.

Klik untuk gambar seteruha

Silakan kongsi:

SsangYong Korando: Giugiaro Punya Rekaan!

SsangYong Korando.09

Saya boleh jamin berita mengenai SsangYong memang jarang disiarkan dalam GT, bukan apa, sebabnya tidak ada bahan yang hendak disiarkan. Selain daripada Hyundai dan Kia, SsangYong adalah produk Korea dan khabar angin terbaru syarikat ini bakal dibeli Mahindra dari India. SsangYong boleh dikatakan sebagai syarikat automotif Korea yang tidak menjadi. Satu lagi ialah Daewoo yang dah lama kena telan dengan General Motors.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

SUPERGT Motegi 2010: Petronas Tom’s SC430 Juara!

SuperGT Motegi 10.2010.09

Perlumbaan pusingan kelapan dan terakhir SUPER GT yang dilangsungkan pada 24 Ogos lepas di Litar Motegi dimenangi oleh kereta nombor 1 Petronas Tom’s SC430 yang dipandu oleh Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer. Di tempat kedua ialah kereta nombor 18 Weider HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval manakala di tempat ketiga ialah sebuah lagi jentera Honda iaitu kereta nombor 17 Keihin HSV-010 yang dipandu oleh Toshihiro Kaneishi dan Koudai Tsukakoshi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Minyak Naik der!

Ye lu orang jangan saspen dalam surat khabar tade lagi berita ni. Saja gua buat gempak sebenarnya minyak RON 97 yang naik ok. RON 95 steady lagi. Naik 5 sen jadi RM2.15 seliter.

Dari apa yang gua kaji [terpelajar ayat gua ni] minyak naik sebab kerajaan tak bagi subsidi ok. Bila harga dunia naik harga 97 pun naik. Sekian. Lu orang pernah tengok Veyron pakai NGV? Kekekekekek.

Gua saspek minyak 95 pun naik nanti tapi entah bila. Lu orang standby sudah.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Honda Civic Hybrid RM109k je der!

Honda Civic Hybrid.01

RM109k je der Honda Civic Hybrid. Gua kasi post sama lu orang. Lagi murah dari Honda Freed dan macam-macam lagilah. Honda Goldwing jangan lu buat kira. Kalau lu orang beli Civic ni jangan niat mau resing sama gua. Confirm tak leh makan Veyron. Kekekekekek.

Gua saspek brader yang nak beli Civic biasa mesti kucar-kacir mana mau angkat.

Foto: Newspress

-Matpon-

Silakan kongsi:

Baii: Gua Dah Cuba Proton Inspira!

Proton Inspira.01

Sebelum dilancarkan secara rasmi pada 10hb November akan datang, Proton telah menjemput pihak media menguji pandu model Inspira dalam satu sesi khusus. Bertempat di Aman Rimba Janda Baik,  Bentong, Pahang. Sesi ini telah memberi peluang kepada pihak media untuk mencuba sendiri model yang dijangka menggantikan Waja.

Sebenarnya, ia tidak menggantikan Waja. Proton mensasarkan sebagai segmen upper C dan Lower D. Bermaksud, pasarannya memenuhi pembeli Waja dan Perdana. Satu tindakan yang bijak memandangkan Proton belum ada perancangan menggantikan Perdana V6 yang sudahpun dihentikan pengeluarannya pada tahun ini. Begitu juga Waja yang kini hanya dikeluarkan pada kapasiti 150 buah untuk kegunaan kerajaan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MRC Kenyir 2010: Lohitt Urs Juara!

Muhammad Rafiq Udhaya MRC Kenyir 2010.01

Pasangan India-Malaysia, Lohitt Urs dan Manohar Menon yang memandu Mitsubishi Lancer menjuarai pusigan ketiga Kejohanan Rali Malaysia [MRC] di Tasik Kenyir semalam dengan masa total 1jam 39minit dan 40.0saat. Di tempat kedua pula Muhammad Rafiq Udhaya dan Sean Gregory dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan masa 1jam 43minit 22.2saat. Menambahkan lagi kegembiraan MRU ialah apabila sepasang lagi pelumba mereka, Muhammad Siraj Abdullah dan Abi Redzuan menamatkan perlumbaan dengan kereta nasional, Proton Satria Neo dengan masa 1jam 46minit 43.8saat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Hyundai ix20: Model Baru, Lagi.

Hyundai iX20.01

Hyundai mengganas lagi kali ini dengan model ix20, memang serangan bertubi-tubi dari mereka dengan desain agresif dan paling menarik harga yang lebih murah dari kereta Jepun.

Di UK ix20 dipasarkan dengan tiga varian; Classic, Active dan Style yang katanya dibangunkan mengikut citarasa tinggi pengguna di sana. Versi Classic dipasang standard ESP, ENAM beg udara, kerusi pemandu boleh laras manakala harganya pula GBP11,595 untuk model 1.4 petrol dan tambah lagi GBP1,400 untuk enjin diesel.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: