Nissan Murano Crosscabriolet

Nissan Murano Crosscabriolet.01

Nissan Murano tidak berapa mendapat sambutan berbanding model lama di tempat kita. Di mana tidak kena sebab pada saya desain model baru lebih menarik, syarikat AP juga macam tidak berminat hendak bawa masuk mungkin sebab belum menjadi trend. Orang kita lebih yakin pada model popular dan jangan tidak tahu antara sebab Perodua Myvi begitu laris ialah jumlahnya yang begitu banyak di atas jalan raya. Macam kita pergi restoran kalau tengok ramai orang singgah mungkin kita pun akan singgah. Tidak mahu ambil risiko makanan tidak sedap.

Berbalik kepada Nissan Murano, model ini katanya yang pertama seumpanya iaitu crossover convertible. Crossover yang boleh buka atap. Pasaran Amerika memang suka dengan kereta boleh buka atap berlainan dengan cuaca tempat kita yang panas Jo. Kalau duduk Cameron Highland atau Cherating sana mungkin sesuai.

Murano Crosscabriolet akan mula dijual awal 2011 dan kalau kita perasan Nissan sekarang ini memang aktif memenuhi setiap pasaran. Pelbagai model ditawarkan untuk jenis-jenis pembeli.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

F1 2010: Vettel Juara Dunia!

Lotus Racing Abu Dhabi 2010.06

Formula Satu sudah pun tamat dengan perlumbaan terakhir di Abu Dhabi pada Ahad lepas. Kejayaan tidak mudah, selepas bertahun-tahun berlumba akhirnya Red Bull menjadi juara, mustahil dalam tempoh tidak sampai setahun jagung kejayaan boleh digenggam dan jika berjaya pun tidak akan lama kerana tidak merasa payah jerih mencapai kejayaan. Jika hendakkan pasukan baru seperti Lotus Racing [LR] menjadi juara ianya adalah mimpi di siang hari dan pemikiran realistik diperlukan dalam hal ini dan bukan emosional.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Untuk Dijual: Toyota Wish 2.0 2006!

ToyotaWishForSale0137452112.22

Sekarang ini kalau kita tengok atas jalan raya Toyota Wish memang banyak, pelbagai versi dari TRD sampailah standard menunjukkan orang kita suka MPV. Itu belum kira Toyota Caldina lagi.

Siapa yang berkenan dengan Toyota Wish kawan saya ada nak jual model yang diimport oleh UMW. Maknanya bukan model recond dengan cermin gelap. Enjin 2.0 VVT-i tahun 2006, kilometer pun tak banyak, baru 76 ribu lebih.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

Lotus Racing Singapore 10.01

Nama pasukan Lotus Racing [LR] untuk Formula Satu musim 2011 masih lagi kabur dengan kontroversi Grup Lotus mengharamkan firma Tony Fernandes dari menggunakan apa-apa nama yang ada kaitan dengan Lotus. Berita terakhir ialah kedua-dua pihak sedang berbincang di belakang tabir atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Ironinya Tun adalah penasihat Proton Holdings dan juga LR.

Drama ini semakin menarik apabila LR mengumumkan mereka akan menggunakan desain grafik baru untuk perlumbaan musim depan. Hitam – emas.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda CRZ Menang Tiga Anugerah Dalam Seminggu!

Honda CRZ Nov.03

Honda CRZ – kereta sport hibrid pertama dunia berjaya memenangi tiga anugerah berlainan iaitu majalah Stuff, Japan Car of the Year dan RAC Future Challenge dalam masa tujuh hari.

Pada Sabtu lepas CRZ menyertai pertandingan perlumbaan pertama RAC Brighton to London Future Car Challenge dan dianugerahkan Most Economical & Environment Friendly Sports HEV. Kemudian pada Selasa CRZ menang dengan mengalahkan kereta global lain seterusnya dipilih sebagai Japan Car of the Year 2010-2011 [JCOTY]. Ini adalah kali kesebelas Honda mengumpul anugerah tersebut menjadikannya pembuat paling berjaya dalam sejarah JCOTY. Akhir sekali pada Khamis CRZ menang anugerah Eco Gadget of the Year pada Stuff Gadget Awards.

Honda CRZ spesifikasi UK dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC IMA dengan transmisi enam kelajuan manual.

Saya rasa bos-bos besar Honda gembira bukan kepalang sekarang ini. Dengar kata CRZ bukan main laku keras di Jepun. Di tempat kita pun boleh cuma syaratnya bukan pada harga premium. Tidak begitu?

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Inspira: Proton Rancang Tiga Tahun Lepas!

Proton Inspira.14

Kita sedia maklum yang Inspira datangnya dari Mitsubishi Lancer. Oleh sebab itu ada yang mempertikai kenapa Proton perlu undur ke belakang dengan tidak menghasilkan desain sendiri. Kritikan memang sentiasa ada, ada desain sendiri pun kena kutuk dan ambil desain orang juga dikutuk. Hakikatnya pembuat dunia lain pun membuat jenama semula demi kelangsungan bisnes, kalau ikut kepala sendiri dan tidak ikut kehendak pasaran lama-lama boleh lingkup. Sudah berapa banyak syarikat automotif yang ditelan oleh syarikat besar lain atau pun terpaksa menamatkan riwayatnya.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Inspira: Dari RM79 Ribu Jo!

Proton Inspira.05

Kereta yang hangat ditunggu-tunggu kini secara rasminya telah dilancarkan semalam. Tidak kiralah perdebatan bagaimana hangat sekali pun tetapi yang bijak mendapatkannya – The Smart Guys Gets It. Tidak bijak bagaimana lagi, harganya memang murah betul, kereta import yang dijenamakan semula dan ditambahbaik untuk pasaran lokal. Jurutera kanan Mitsubishi pun setuju yang Inspira berbeza dari Lancer mereka. Bukan senang warga Jepun hendak membuat pengakuan begitu.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Exora Hibrid Menang Anugerah di UK!

Proton Exora Hibrid.03

Pada Sabtu lepas tiada angin dan ribut tiba-tiba sahaja kita dikhabarkan Proton memenangi anugerah perlumbaan rali kereta masa hadapan dari Brighton ke London. Sekutu yang tonton Buletin Utama mungkin ada perasan mengenai kemenangan ini.

Secara spesifiknya Proton Exora Extended Range EV memenangi anugerah “the best range extended electric vehicle” yang mana telah meningkatkan moral dan semangat pasukan pembina kereta mesra alam tempatan ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: