Concept M: Khas Buat Peminat Honda

Concept M_Emblem

Aksesori rasmi pengeluar seperti Ralliart, TRD, Nismo dan lain-lain memang boleh jadi pelaris, tengok saja di atas jalan raya begitu banyak sekali Toyota Vios TRD, Nissan Latio-Grand Livina-Sylphy Impul dan turut tidak ketinggalan versi Modulo untuk Honda.

Terkini Honda melancarkan Concept M iaitu set aksesori Modulo dan Mugen untuk model Civic 2.0, Accord 2.4 dan Jazz. Kesemua varian ini merupakan edisi terhad dengan putih sebagai warna eksklusif.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Renault Twingo Gordini 100

Renault Twingo Gordini 100.01

Sebelum saya cerita panjang, nama Gordini pada Renault Twinggo merujuk kepada pembuat kereta sport Perancis. Pada era 50 an dulu Gordini merupakan pesaing tegar dalam formula satu. Hubungan Gordini dengan Renault pula berkait bila mana Gordini menala enjin kereta Renault dan akhirnya firma tersebut dibeli oleh Renault.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Mitsubishi i-MiEV: Lima Ribu Unit Sudah Dibina!

Mitsubishi i-MiEV.01

Mitsubishi Motor Corporation [MMC] mengumumkan semalam produksi kereta elektrik mereka – i-MiEV yang dibina di kilang Mizushima, Jepun sudah mencapai lima ribu unit.

MMC adalah pengilang pertama didunia yang memulakan produksi besar-besaran kereta elektrik [EV] iaitu pada bulan Jun 2009. Sebulan selepas itu i-MiEV mula dijual di Jepun dan lebih kurang tiga ribu unit sudah pun terjual kepada individu dan firma perniagaan. MMC juga mula memasang versi pemanduan sebelah kiri dengan spesifikasi Eropah bermula Oktober 2010.

Lima ribu unit adalah jumlah yang kecil tetapi boleh dianggap besar untuk kereta teknologi baru.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Vauxhall Corsa: Macam Biasa Tengok?

Vauxhall Corsa.07

Dalam persaingan perniagaan ayat yang biasa kedengaran ialah kalau kita tidak boleh lawan pesaing, samakan atau ikut mereka [match or follow them] dan sebab itu banyak rupa kereta menyerupai satu sama lain. Perhatikan kereta kebangsaan kita, pada suatu masa saya tidak boleh menerima langsung rupa baru Proton Persona dan Saga, terlalu hendak menjadi VW, begitu juga dengan Perodua Myvi, rupa generasi pertama mengambil bayangan Honda Jazz manakala generasi kedua pula seakan Suzuki Swift. Tapi apa boleh buat, ini adalah trend semasa dan tidak banyak yang boleh dilakukan pembeli selain menerima bulat-bulat. Itu belum lagi cerita mengenai kereta buatan China.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Toyota Hiace Drift Brader!

httpv://www.youtube.com/watch?v=mq4TaQA1iYA&feature=player_embedded

Apa macam? Brader kerja kerajaan jangan cuba ni dengan Hiace lu orang. Apa mau jawab sama bos tayar sudah hangit? Kekekekekekek.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Produk Rasmi GT: Pelekat GearTinggi.com [5]

Buat sekutu yang belum beli lagi pelekat GT kitaorang ada pegang stok lagi, tak banyak tinggal, ada dalam 10 set lagi. Dengar kata pelekat ini dah sampai ke Singapura pun ada, boleh tahan jauh.

Sekutu yang berminat butirannya seperti di bawah dan belilah lebih sikit, dua tiga set ke, cepat habis, cepat kitaorang boleh pesan stok baru.

Harga:

RM11 = 3 keping.

RM12 = 3 keping + pos.

3 Keping = 1 Besar [Cermin depan] 2 Kecil [Cermin/bonet belakang]

Bahan = Latarbelakang aluminium brush ditindan dengan pelekat hitam.

Hubungi: azmin@arb.com.my

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Respek Sama Hiromu Naruse

httpv://www.youtube.com/watch?v=rZVPabxm8CI&feature=player_embedded

Elo geng. Dah lama gua tak kerja kan. Bukan apa gua cuma kurang rajin jer. Kekekekekek.

Ok hari ni gua post video sama lu orang tajuk dia tribute pada Hiromu Naruse. Bos gua pas tadi. Kalau tak dapat tengok gua tak jamin. Tapi tadi gua dapat tengok. Sekian, makasseyyyy!

Oklah. Babai. Tengahari memang ngantuk der.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Honda CR-Z Mugen

2011 Honda CR-Z Equipped with MUGEN Accessories

Saya selalu teruja dengan kereta hibrid, bukan apa sebab ianya jimat minyak dan mesra alam sekitar. Yang penting kita dapat mengurangkan pembaziran dan turut tidak menyumbang ke arah kerosakan muka bumi. Baru-baru ini bila Baii maklumkan yang Honda akan membawa masuk Insight saya terus bertanya mengenai CR-Z dan Jazz Hibrid. Jawapannya negatif, keputusan Honda bergantung kepada sambutan Insight yang akan dilancarkan bulan depan. Masalahnya Insight bukan kereta yang saya into sebab desain yang tidak berapa menarik, walau bagaimanapun lain orang lain citarasa tambahan pula harga Insight dianggarkan pada RM98 ribu, hibrid paling murah setakat ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: