Concept M: Khas Buat Peminat Honda

Concept M_Emblem

Aksesori rasmi pengeluar seperti Ralliart, TRD, Nismo dan lain-lain memang boleh jadi pelaris, tengok saja di atas jalan raya begitu banyak sekali Toyota Vios TRD, Nissan Latio-Grand Livina-Sylphy Impul dan turut tidak ketinggalan versi Modulo untuk Honda.

Terkini Honda melancarkan Concept M iaitu set aksesori Modulo dan Mugen untuk model Civic 2.0, Accord 2.4 dan Jazz. Kesemua varian ini merupakan edisi terhad dengan putih sebagai warna eksklusif.

Concept M_Honda Civic

Civic Concept M didatangkan dengan kit Mugen pada bahagian depan, sisi dan belakang serta rim Enkei yang berwarna Pewter Grey. Pada bahagian dalaman, kerusi disarungkan kulit berwarna kelabu dan untuk menebat cahaya dan panas cermin kereta dilapisi filem penebat haba Ecotint. Civic ini didatangkan dengan warna tunggal iaitu Taffeta White dan boleh beli dengan harga RM137, 980. Hanya 210 unit Civic Concept M ditawarkan untuk pembeli.

Concept M_Honda Accord

Edisi terhad Honda Accord 2.4 pula didatangkan dengan kit Modulo yang terdiri daripada jeriji depan, visor pintu, spoiler belakang dan side step beriluminasi. Seperti Civic, kerusi kulitnya berwarna kelabu dan cermin turut dipasang filem penebat haba dan cahaya Ecotint. Dengan warna tunggal Taffeta White, Accord ini berharga RM176, 800 dan dihadkan kepada 120 unit sahaja. Pakej ini turut termasuk unit navigasi Garmin Nuvi.

Concept M_Honda Jazz

Model terakhir Concept M ialah Honda Jazz 1.5. Aksesori standard kilang ialah bampar aero, skirt sisi-belakang dan spoiler belakang. Jazz ini turut tidak ketinggalan dipasangkan dengan filem cermin Ecotint dan harga jualannya ialah RM116,800. Didatangkan dengan warna Brilliant White Pearl dan merupakan model paling terhad dalam varian Concept M, hanya 20 unit sahaja ditawarkan.

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Ketat on 27/11/2010 at 8:56 AM

    i like……..

      • Matpon on 27/11/2010 at 9:28 AM

      Second. Kekekekek.

    • sepat on 27/11/2010 at 9:35 AM

    Ahhhhh x lawa, cun lagi myvi ku!!

    • Matpon on 27/11/2010 at 9:36 AM

    Sesungguhnya bodykit Mugen lagi cun dari Modulo Myvi. Kekekekek.

    • adie on 27/11/2010 at 10:08 AM

    civic cun,mcam biase..huhu

    • belalang_kontot on 27/11/2010 at 10:45 AM

    wira lg cun…hahaha

    • karuk on 27/11/2010 at 10:57 AM

    mn gambar interior?

    • bawang on 27/11/2010 at 12:05 PM

    naper city x buat sekali?

    • exJAVANESE on 27/11/2010 at 4:22 PM

    jazz..fuhh…mgapakah dikau terlalu mahal….daku merinduimu….

    • encikpadil on 27/11/2010 at 7:16 PM

    hmmmmmm, macam nak habiskan stok je ni… mesti nak kuar facelift baru, he he he…

    • sepat on 29/11/2010 at 1:07 PM

    aahh gua tempah aje kat perodua concept 69 … mesti yummy ngeh ngeh ngeh

    • e-pi on 30/11/2010 at 12:12 PM

    cun…

    • megat putra kuning on 01/12/2010 at 9:13 AM

    ada duit cash…pegi jepun…bwk msuk yg jdm…mcm2 ada…
    dh le psg kt melaka hrg jual mcm ori jdm….cukai mhl nk mmpus….

    • encikpadil on 01/12/2010 at 10:40 PM

    mgkin sebab pencapaian diutamakan… ha ha ha…

    • cikgupakaiEK on 15/12/2010 at 8:40 AM

    rasa bunyi vtec skali xingt model lain dah..hee

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.