Isuzu D-Concept dan Trak Hibrid

Isuzu Dmax.01

Isuzu walaupun mempunyai jualan kecil di Malaysia tetap hadir di KLIMS malah dengan ruang pameran dua tingkat. Tidak banyak kenderaan yang dipamerkan tetapi setiap satunya menarik perhatian. Sebagai peminat pikap mata saya terhenti pada sebuah model yang cantik dan kemas, Isuzu D-Concept yang ditingkat taraf daripada D-Max. Dengan rim besar, badan direndahkan dan warna putih metalik memang pikap ini lari dari tujuan asalnya iaitu untuk kerja-kerja kasar. Pikap macam ini memang sesuai dibazirkan dengan hanya parkir diam-diam dalam garaj.

Selain dari D-Concept, Isuzu turut bersusah payah membawa trak hibrid mereka yang mungkin pertama seumpanya di Malaysia. Dua kenderaan ini membuat saya berpusing-pusing di ruang pameran mereka dengan penuh minat. Pikap yang terkenal jimat minyak dan trak hibrid, dua-dua jenis mesra alam.

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Jebat: Mivec Turbo 237hp!

Proton Jebat.10

Tema modifikasi memang tidak boleh lari daripada pembuat kereta nasional, jika entri semalam mengenai Perodua Infinite Concept hari ini adalah giliran Proton Jebat yang diasaskan daripada Inspira. Tidak tepat sebenarnya sebab kuasa Jebat berlipat kali ganda daripada Inspira, kereta ini asalnya daripada Mitsubishi Lancer Ralliart.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Akan Bersaing dalam IRC dan APRC 2011

Proton Satria Neo S2000 APRC China 2010.14

Bermula tahun hadapan Lotus akan bersaing dalam Formula Satu manakala Proton pula bersaing dalam perlumbaan rali, sukan yang sinonim dengan mereka sejak dahulu lagi. Memulakan kempen di pentas dunia ialah perlumbaan rali Monte Carlo yang juga perlumbaan pembukaan Intercontinental Rally Challenge [IRC] pada 19 hingga 22 Januari depan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Perodua Alza Infinite Concept

Perodua Alza Infinite Concept.06

Tidak dinafikan kereta-kereta Perodua yang dimodifikasi memang cun. Paling popular ialah stail JDM namun trend untuk Myvi dan Viva tidak berapa menjadi mungkin kerana harga barang Jepang mari tidak semurah Mira, Move atau Cuore. Pengusaha kit badan tempatan pula masih gagal untuk menarik perhatian kaki modifikasi dan ini sebenarnya adalah peluang perniagaan keemasan kepada mereka yang berjaya merebutnya. Walau bagaimanapun kita harus ingat agama tidak suka pada yang menunjuk-nunjuk, jadi kit badan tersebut tidak harus membangkitkan rasa riak tetapi berfungsi untuk keselamatan seperti menjadikan kereta lebih stabil dengan ciri-ciri aerodinamik.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!

Lotus Renault GP.01

Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu.

Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Lakaran Kia Picanto Baru

Kia Picanto 2011.04

Semalam Kia telah mengeluarkan lakaran rasmi model pengganti Picanto. Model baru ini digayakan oleh tim pereka Kia di Frankfurt, Jerman di bawah seliaan Ketua Pegawai Rekaan, Peter Schreyer.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

X-Style: Perodua Myvi 2011?

Perodua Myvi 2011 ke.03

Khabar angin Perodua akan melancarkan model pengganti Myvi pada tahun 2011 sudah bertiup kencang dan menjadi tradisi Perodua untuk mempamerkan model masa hadapan di KLIMS. Pada edisi 2006 Perodua mempamerkan Viva dan tidak ramai yang menjangkakan model itu adalah pengganti Kancil.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Motor: Honda CBR250R, Masuk Malaysia Jo!

2011 Honda CBR250R

Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo!

Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan di Jepun. Untuk memenuhi pelanggan dengan pelbagai citarasa, Honda menggunakan konsep “Sport Quarter for One World, CBR250R” dengan tujuan memberikan keseronokan tunggangan sama ada untuk penunggang baru atau lama.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: