Hyundai i40

Hyundai i40.01

Hyundai semalam mengumumkan kereta segmen D untuk pasaran Eropah akan dikenali sebagai i40. Model ini yang dikenali dengan kod VF semasa pembangunan adalah fasa seterusnya dalam evolusi jenama dan produk di Eropah.

Dirancang untuk diperkenalkan kepada umum pada Pameran Kereta Geneva Mac nanti, i40 disasarkan untuk meningkatkan persepsi konsumer Eropah terhadap Eropah kepada peringkat lebih tinggi hasil daripada rekabentuknya yang dinamik, berkualiti dan ciri-ciri teknikal.

Direka di Russelsheim, Jerman, i40 adalah model pertama syarikat yang dibina khusus untuk pasaran Eropah. Kesinambungan daripada model era baru Hyundai, kereta ini mempunyai bahasa desain fluidic sculpture dengan gril hexagon dan garisan-garisan yang menjadikan penampilan i40 dinamik dan sporti melalui profail depan, sisi dan belakang yang saling bertemu.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Honda Insight: Kereta Hibrid Termurah!

Honda Insight.50

Berlawanan dengan persepsi umum bahawa kereta hibrid sukar diterima kerana rekabentuk yang tidak praktikal serta harga yang mahal, Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Insight baru untuk pasaran tempatan. Model ini membuka lembaran baru dalam segmen hibrid dengan rekabentuk menarik dan ciri-ciri praktikal membolehkan pengguna memiliki kereta mesra alam.

Buat yang ragu-ragu, Honda Insight didatangkan dengan lima tahun waranti atau 140,000 km yang mana dahulu dan Honda Malaysia juga akan menurunkan harga alat ganti terutama sekali baterinya sehingga 40%.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Takziah.

Alfatihah.

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Cameron Highlands.

Minta tindakan SEGERA dan KONKRIT diambil daripada berulang. Daripada tuding menuding lebih baik sepakat selesai masalah.

Silakan kongsi:

Lotus City Car Concept, Oktober 2013: Dany Bahar

Lotus City Car.01

Lotus City Car adalah varian tiga pintu daripada kereta bandar global Proton iaitu EMAS yang direka oleh ItalDesign. Pada Khamis, Dany Bahar, Ketua Pegawai Eksekutif grup Lotus telah mengesahkan City Car akan dilancar pada Oktober 2013 dan dibangunkan secara bersama dengan Proton dan paling menarik dengan sebuah lagi pembuat global.

EMAS akan mempunyai tiga spesifikasi berbeza, untuk pasaran Asia [Proton], sporti [Lotus] dan satu lagi untuk Eropah. Proton turut mengesahkan ada pembuat global yang berminat dengan Emas dan bila ditanya pada Sabtu lepas: “Kami akan umum kemudian…”

Misteri nusantara.

🙂

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Van Panel Daihatsu Gran Max

Daihatsu Gran Max.02

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd [DMSB] baru-baru ini melancarkan van panel Gran Max seterusnya kembali semula ke pasaran van komersil dengan produk baru yang lebih versatil, kapasiti kargo lebih besar, lebih penjimatan minyak dan berbaloi untuk para peniaga.

Dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter DVVT dengan transmisi manual lima kelajuan, van panel Gran Max berukuran 4 meter panjang, 1.7 meter lebar dan jarak roda 2.7 meter. Ruang kargonya pula berukuran 2 meter, 1.5 meter lebar dan 1.3 meter tinggi dan gabungan keseluruhan saiz ini menjadikannya sesuai untuk keperluan bisnes para peniaga. Ruang lantainya pula rendah dan ideal untuk kerja-kerja pemunggahan barang. Berat kasar Gran Max ialah 2,000 kg.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Pameran Jalanan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 25 Proton!

Karnival Proton 2010.09

Sempena ulang tahun ke 25, Proton akan mengadakan pameran bergerak daripada 18 November hingga 31 Disember ke seluruh semenanjung dengan sebelas lokasi persinggahan. Destinasi pertama ialah di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula semalam [18 November] dengan 180 peserta yang menaiki 60 kenderaan Proton termasuk 25 kenderaan dari pelbagai kelab pemilik kereta Proton.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [25]

Kereta apa ni wei.01

Gua rasa la, gua paling produktif minggu ni. Adakah faktor bonus hujung tahun mempengaruhi gua atau adakah bos GT nak hadiahkan gua Lamborghini Reventon atau adakah gua mau ajak lu orang sama-sama rajin macam gua? Hnnnnssss hnnssssss hnsssssss.

Oklah. Kalau lu orang rajin kasi teka ini kereta.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Motor: Yamaha Ego LC

Yamaha Ego LC.11

Yamaha, pembuat motor champion sedang galak dengan LC, selepas moped 135 LC dan skuchai Nouvo LC kini mereka memperkenalkan Yamaha Ego LC. Enjin bersesaran 125cc pada motosikal ini didatangkan dengan radiator cecair pendingin, standard pertama seumpanya dalam kelas skuter kecil.

Yamaha boleh diibaratkan sebagai Toyota dalam dunia motosikal, setiap produknya memang laris dan untuk info Yamaha turut membangunkan enjin untuk Toyota.

Sekarang ini adalah momen-momen indah pembuat motosikal kerana jualan yang meningkat seiring dengan peningkatan harga petrol dan tahun depan beberapa model menarik akan dilancarkan sebagai reaksi kepada keadaan ini.

Yamaha Ego LC boleh dimiliki dengan harga RM5,800 bergantung kepada tawar-menawar dengan pemilik kedai.

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi: