Mitsubishi Concept Global Small

Mitsubishi Concept Small Global.05

Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012.

Mitsubishi Concept Small Global.02

Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. Bagi mencapai hasrat murni untuk mengurangkan pembaziran dengan penjimatan minyak yang tinggi, model ini akan menggunakan teknologi i-stop di mana enjin akan dimatikan sewaktu enjin melahu, sistem brek janaan semula [regenerative] yang mampu menyimpan dan melepaskan tenaga, transmisi CVT generasi baharu, penggunaan perkakasan ringan dan bentuk badan kereta yang aerodinamik yang dapat mengurangkan rintangan angin. Enjinnya pula bersesaran 1.0 liter hingga 1.2 liter.

Mitsubishi Concept Small Global.03

Iras-iras Proton Savvy.

Sumber: Mitsubishi

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

IRC Monte Carlo 2011: Perlumbaan Pra Matang Proton Satria Neo S2000

Proton Satria Neo S2000 Monte Carlo 2011.05

Sekarang ini sedang berlangsung perlumbaan pusingan pembukaan IRC di Monte Carlo dan keputusan pasukan Proton pada hari pertama semalam tidak bagus di mana kedua-dua buah kereta menghadapi masalah, Chris Atkinson berhenti hanya selepas 700 meter berlumba kerana masalah elektrikal manakala P.G Andersson pula terlibat dalam kemalangan di SS 2. Memandangkan IRC tidak mempunyai kategori super rally seperti APRC di mana pasukan dibenarkan berlumba selepas kereta dibaiki maka dengan ini cabaran pasukan Proton telah pun tamat secara automatik.

Agak mengecewakan tetapi kepada sekutu yang biasa mengikuti Proton di dalam IRC ini bukanlah keputusan yang luar biasa, kebiasaannya mereka menghadapi masalah. Walaupun prestasi dalam rali adalah nasib-nasih tetapi ini adalah musim ketiga dan sepatutnya Satria Neo S2000 sudah sempurna dan nampaknya itu tidak berlaku semalam.

Untuk peminat tempatan di dalam entri ini ialah gambar-gambar pra perlumbaan Proton Satria Neo S2000 di Monte Carlo. Grafik baharu dengan gambar kepala harimau di sisi.

Foto: Proton Motorsports

-Mak/d Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Land Rover Defender X-Tech Limited Edition

Land Rover Defender X-Tech Limited Edition 2011.01

Land Rover Defender adalah trak yang sangat popular dan masih diproduksi hingga kini dengan salah satu kilangnya di Malaysia. Dan untuk menyegarkan lagi produk ini Land Rover telah melancarkan Defender X-Tech Limited Edition.

Land Rover Defender X-Tech Limited Edition 2011.02

Menjadikan X-Tech LE istimewa ialah warna Silver Zermatt dan dikontrakan dengan warna hitam pada bumbung dan arca roda. Lebih istimewa buat pertama kalinya Defender dipasangkan roda warna hitam kilat bersaiz 16 inci jenama Saw Tooth bersesuaian dengan imej ceranggah [rugged] trak ini.

Land Rover Defender X-Tech Limited Edition 2011.03

Defender ini dikuasakan oleh enjin diesel common-rail bersesaran 2.4 liter dengan tork setinggi 360Nm untuk prestasi yang kuat setara dengan imejnya yang lasak. Defender X-Tech Limited Edition akan mula dijual bermula Mac 2011 pada harga GBP24,995.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Lexus di TAS 2011

Lexus CT200h Sport

Semalam saya tulis mengenai Toyota di TAS 2011 dan hari ini giliran Lexus pula. Kadang-kadang bila fikir pasal Toyota dan apa yang buat pelanggan melekat pada jenama ini ialah kerana falsafahnya yang buat kereta mesti bergerak dari A ke B tanpa masalah, biar pun tiada karakter tetapi apa kisah, janji sampai ke destinasi dan kerana itu mungkin Toyota terpaksa wujudkan Lexus kerana tidak mahu korupsikan falsafah dan kepercayaan pelanggan terhadap Toyota. Dan Lexus juga dibina untuk bersaing dengan jenama mewah Jerman dan jujur saya hormatkan Lexus.

Lexus IS F Club Circuit Sports Racer

Lexus turut terlibat dalam TAS 2011 dengan mempamerkan lima buah kereta yang diubahsuai antaranya model CT 200h versi F-Sport dengan barisan aksesori seperti roda aloi, kit badan jenama Modellista dan kerusi Recaro. Dua buah Lexus IS F turut dipamerkan iaitu jenis CCS-R [Circuit Club Sport Racer] dan Club Performance Accessory.

Lexus IS F Club Performance Accessory

Model CCS-R adalah kereta sedan diet, tanpa beban yang berat kerana panel badannya sepertinya spoiler depan dan belakang, bonet dan boot lid diperbuat daripada gentian kaca serta tingkap polikarbonat. Demam gentian kaca turut melanda pada interior di papan pemuka, konsol tengah dan penutup pintu. Barang-barang perlumbaan pula terdiri daripada tali pinggang 6 poin, stereng diameter pendek dengan paddle shifter, suspensi, brek, ekzos, LSD mekanikal dan roda dengan tayar slick.

TRD pula terlibat dalam menambah kosmetik pada IS F Club Performance Accessory. Antara peralatan kosmetiknya ialah spoiler, diffuser belakang dan bonet gentian kaca dan bahan tersebut digunakan pada sesetengah bahagian di kabin dan paling menonjol ialah kerusi berwarna oren terang. Perkakasan lain ialah brek dan suspensi sporty, ekzos titanium, roda magnesium dan LSD mekanikal.

Lexus LFA Gazoo Racing

Gazoo Racing yang tampil dengan Toyota iQ dalam entri semalam pula mempamerkan Lexus LFA yang bersaing dalam perlumbaan 24 jam Nurburgring tahun lepas manakala TOM’s hadir dengan LS 460 limo.

Apa pun saya biasa nampak BMW sadai tepi jalan tetapi tidak untuk Lexus, setakat ini.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Toyota di TAS 2011

Toyota GRMN iQ Racing Concept.03

Toyota iQ ini barang baik, biasa kereta kebanyakan sahaja yang dijenama semula oleh pembuat asing tetapi istimewanya iQ apabila Aston Martin menjenamakan semula sebagai Cygnet, kereta mewah mereka.

Baru-baru ini di Tokyo Auto Salon, Toyota mempamerkan iQ yang pimped, temanya ialah kereta trek dan talaan iQ bukan dibuat oleh bengkel kit badan cap ayam dengan gentian kaca berlekuk-lekuk tetapi oleh Gazoo Racing yang banyak menala kereta lumba Toyota dan Lexus.

Toyota Prius G Sports Concept.02

GRMN iQ Racing Concept adalah nama yang diberi pada kereta bandar ini dan walaupun gayaan badannya nampak pelik tetapi di sebalik bonetnya ialah enjin super cas dan sangkar guling atau nama formalnya sangkar keselamatan. Sebelum ini Gazoo pernah mengeluarkan iQ edisi terhad pada tahun 2009 dan habis dibeli dalam masa sekejap sahaja.

Toyota Auris GT Concept.01

Selain Gazoo Racing, turut ditampilkan G Sports Prius Sports Concept dan Auris GT Concept dan antara tiga buah kereta yang dipamerkan, Auris paling menarik kecuali warna kuning dan grafik pintu ala Renault Sport. Biasa TRD warna putih kan?

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Alat Ganti Terpakai Diharamkan, Apa Nasib Pada Jun 2011?

Halfcut.02

Datang bulan Jun akan datang selain dari ulang tahun GT yang kedua ialah pengharaman import alat ganti dan komponen kenderaan terpakai. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan semasa semakan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2009 kerana faktor keselamatan dan alam sekitar.

Bak kata Matpon, sekarang macam mana kira? Untuk informasi pembuat dan yang melulus dasar kerajaan, apabila pengguna menggantikan alat ganti rosak dengan yang terpakai maknanya telah berlaku proses kitar semula di situ. Kitar semula adalah kerja yang mulia, kita kurangkan pembaziran, guna mana yang ada. Senang cerita, formulanya seperti di bawah:

Alat ganti terpakai = Murah dan kitar semula, tidak perlu korek bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Alat ganti baharu = Mahal, perlu banyak proses produksi, korek muka bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Sekarang, jelas yang mana lebih mesra alam.

Selain dari itu, dakwaan yang lain ialah sebab keselamatan.

Alat ganti terpakai = Kemungkinan tidak selamat kerana barang terpakai, memang logik ringkas.

Alat ganti baharu = Logiknya lebih selamat kerana baru diproduksi tetapi masih tidak terjamin kerana tiada standard yang menjamin keselamatan alat ganti setakat ini. Lebih dirisaukan jika alat ganti terpakai diharamkan lebih banyak barang sub-standard berlegar dipasaran. Sudah tentu tidak selamat.

Halfcut.01

Ada pro dan kontra dalam dasar baharu ini, kerajaan perlu pastikan dalam apa dasar pun yang dibuat tidak membebankan rakyat. Apabila Perdana Menteri melaung-laungkan slogan rakyat didahulukan maknanya keuntungan kapitalis-kapitalis ditolak ke tepi, rakyat diutamakan. Jika hendak dibuat juga, bentangkan kajian-kajian dan dapatan-dapatan akademik supaya senang hendak dibuat penerangan kepada rakyat.

Halfcut.03

Walau bagaimanapun secara jujurnya saya tidak merasa risau dalam hal ini kerana industri alat ganti terpakai melibatkan sebahagian besar peniaga Cina. Dalam keadaan sokongan pengundi Cina semakin berkurangan sudah pasti kerajaan tidak mahu kehilangan undi mereka.

Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek [CSL] mendakwa industri ini bernilai RM10 bilion dengan 5,000 peniaga dan 100,000 pekerja. Bahkan, Malaysia menjadi hab import ke Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan Jepun. Tambah beliau aspek keselamatan untuk sebahagian besar alat ganti sukar untuk dinilai kecuali item utama seperti kotak gear dan pencengkam brek.

Ini menteri yang kata, bukan penulis GT yang kata. Untuk info sekutu, CSL telah pun membawa hal ini ke peringkat tinggi negara dan pastinya ini adalah isu penting dalam komuniti perniagaan Cina. Jika Barisan Nasional menganggap pengundi Cina penting lah.

-Mak/d Uia-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajisemulahentiimportalatterpakai/Article

Silakan kongsi:

Gambar: Pameran Kereta Detroit 2011

Kereta apa ni der?

Hi nama gua Matpon. Gua pergi Amerika der layan kereta apa barang gua dengar Mat Kacau pergi Jepang. Ok gua tipu. Gua tak gi pun. Gua rasa skru lain pun takder post banyak kereta macam gua. Macam-macam lah ada. Lu orang layan ok. Sekian. Siapa kutuk gua dia jeles leww tuu.

Yeargghhh! Yearghhh! Amerika. Makan budok.

Babai.

-Matpon-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Skoda Fabia Monte Carlo

Skoda Fabia Monte Carlo 2011.03

Roda Skoda Fabia Monte Carlo yang berwarna hitam ini mengingatkan saya pada roda Perodua Myvi S.E. Coraknya juga lebih kurang sama. Skema warna hitam merah pula biasa-biasa sahaja untuk model istimewa sempena sambutan 100 tahun rali Monte Carlo dan meraikan 110 tahun penglibatan Skoda dalam sukan permotoran.

Skoda Fabia Monte Carlo 2011.04

Warna hitam yang dikenakan pada Skoda ini ialah piano black manakala rodanya bersaiz 17″ daripada jenama Trinity. Untuk interior, pelanggan mempunyai opsyen sama ada untuk memilih kerusi warna hitam sepenuhnya atau gabungan merah hitam dengan tambahan sokongan sisi. Kedua-dua versi ini didatangkan dengan lining bumbung hitam, stereng kulit dengan sulaman benang merah, brek tangan kulit serta sarung tuil gear dengan sulaman benang merah untuk opsyen interior merah hitam. Bagi menambah imej sporty, kick plat dan pedal berwarna perak dipasang standard.

Skoda Fabia Monte Carlo 2011.05

Fabia Monte Carlo  akan ditampilkan pada umum pada rali Monte Carlo bersama-sama Fabia S2000.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: