Hyundai i40: Macam Biasa, Boleh Tahan Cun!

Hyundai i40 2011.01

Imej Hyundai i40 sebelum ini banyak didedahkan ikut stail Matpon, main selingan mata dan kalau ikut lakaran memang gempak. Akhirnya Hyundai secara rasmi berkongsi dengan media gambar sebenar model yang akan dilancarkan serentak dengan slogan baharu iaitu New Thinking. New Possibilities. i40 juga adalah refleksi semangat perubahan di Hyundai dan mewakili konsep terbaru iaitu modern premium dengan definisi falsafah kualiti premium yang mampu milik.

Hyundai i40 2011.02

i40 adalah kenderaan segmen D pertama Hyundai yang dibangunkan khusus untuk pasaran Eropah dengan enjin, peralatan dan teknologi mengikut citarasa masyarakat di sana. Terdapat dua jenis badan iaitu wagon yang akan dipertontonkan kepada umum di Geneva pada Mac ini manakala jenis sedan pula selang beberapa bulan selepas itu.

Berapa harganya nanti? Kalau ikut Hyundai punya cara, biasa lagi murah daripada Honda dan Toyota.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Lotus Elise Club Racer

Lotus Elise Club Racer 2011.01

Satu kelebihan kereta-kereta Lotus ialah beratnya yang ringan macam kertas bukan kerana penjimatan kos seperti kereta-kereta lain tetapi kerana falsafahnya iaitu untuk laju, ringankannya [to add speed, add lightness].

Baru-baru ini ramai yang skeptik Lotus akan lari daripada falsafah tersebut namun Lotus Elise Club Racer telah membuktikan sebaliknya. Jurutera Lotus telah mendietkan kereta yang sedia ringan ini sebanyak 24kg. Jadi, bagaimana mereka mencapai diet tersebut? Para jurutera telah membuang segala peralatan tidak perlu seperti penebat bunyi selain mengantikan bateri standard kepada yang lebih ringan.

Lotus Elise Club Racer 2011.02

Selain daripada itu, Elise buat pertama kalinya dipasangkan Sport setting untuk DPM [Dynamic Performance Management] bagi memudahkan pemandu kurang berpengalaman untuk merasai pemanduan menyeronokkan dan kalau-kalau rasa tidak perlu, mod ini boleh dipadamkan untuk pemanduan yang lebih raw dan true. DPM yang dikombinasikan dengan kelincahan kenderaan yang ditambah baik hasil daripada suspensi dan palang anti oleng boleh laras menjadikan Elise Club Racer sama-sama sedap sama ada di litar atau pun jalan raya. Elise ini menggunakan gegelung Eibach dan penyerap hentak Bilstein.

Warna Sky Blue pada kereta ini tidaklah nampak garang namun pembeli ditawarkan 5 warna lain iaitu Saffron Yellow, Ardent Red, Aspen White, Matt Black dan Carbon Grey.

Lotus Elise Club Racer 1.6 dijual pada harga GBP 27,500.

Sumber: Lotus

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Video: VW Golf24

httpv://www.youtube.com/watch?v=UcumY3Dn7fE&feature=player_embedded

Helo geng. Gua memang suka buat follow up entry  bos gua. Senang keje gua. Lagi senang kalau post video ekekekekeke. Gua rasa nama Golf ni tak berapa nak matching buat nama kereta. Masalahnya sekarang Golf tu orang main kat padang. Masalahnya sekarang orang memang suka letak nama pelik-pelik. Masalahnya sekarang ni apa yang penting kawan-kawan?

Yeah. KPI mesti dicapai!!!

-Matpon-

Silakan kongsi:

Honda Civic 2012

2012 Honda Civic

Pelbagai komen mengenai Honda Civic generasi ke 9, ada yang kata cun, ada yang kata biasa-biasa dan paling ekstrem ada yang kata Honda dah kering idea. Walaupun secara visualnya Civic ini tidak banyak berubah daripada model sebelumnya tetapi itu adalah sifat Honda, kebanyakan model hanya dievolusikan dan bukan revolusi.

Selain daripada itu, rekaan-rekaan lama masih dikitar semula untuk model moden antaranya ialah Civic telur yang menjelma dalam Civic Euro [Type R/Type S], CR-X pada CR-Z dan rekaan ikonik sepanjang zaman iaitu Civic EF pada Jazz dan Odyessey RB2 dan RB3.

2012 Honda Civic

Civic generasi ke 9 USDM [US domestic model] dipasarkan dengan pelbagai sesaran enjin, ada 1.5 Hybrid, ada 1.8 HF dan 2.4 Si yang mana kesemuanya jenis i-VTEC. Memandangkan masyarakat dunia sekarang ini semakin sedar untuk menjaga alam sekitar, Honda memasang teknologi Eco Assist pada kedua-dua model 1.8 HF dan 1.5 Hybrid. Teknologi ini berfungsi dengan memberi indikator gaya pemanduan kepada pemandu.

2012 Honda Civic

Varian paling berkuasa ialah Civic Si dengan dua jenis badan iaitu 2 atau 4 pintu. Civic Si dikuasakan oleh enjin 2.4 liter dengan transmisi 6 kelajuan manual. Enjin baharu ini mempunyai kuda sebanyak 200 ekor dan tork 170 foot-pound.

Setakat ini Civic Si adalah pemegang rekod paling berkuasa tetapi boleh dipadam dengan senang kalau ada Civic Type-R. Itu pun kalau Honda into lagi nak buat kereta laju.

Sumber: Honda

-Mak/d Uia-

Klik untuk spesifikasi dan galeri gambar >>

Silakan kongsi:

Video: Lexus LFA lari 260!

httpv://www.youtube.com/watch?v=AItzeT0J7pw&feature=player_embedded

Lu orang tengok, lu tengok laju ke tak kereta ni. Tapi masalahnya sekarang mana laju dari Veyron hah!!!

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Motor: Honda CBR250R, RM18 – RM21k!

2011 Honda CBR250R

Honda telah melancarkan secara rasmi CBR250R pada Khamis lepas di litar Sepang. Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, suntikan minyak, 4 injap DOHC dan disejukkan oleh cecair. Putaran enjin maksimum ialah 10,500 [rpm] dengan kuasa maksimum 26 hp pada 8,500 rpm dengan tork 23Nm pada 7,000 rpm.

Tanpa segan-silu CBR250R adalah lawan secara langsung Kawasaki Ninja 250, Honda yang diimport terus dari Thailand ini dipasarkan pada harga RM18,799 untuk varian standard dengan pilihan warna Ruby Red dan Perak serta Hitam manakala tambahan RM3,000 untuk model ABS dengan warna Ruby Red dan Perak.

Ada ura-ura Honda akan memasang motor ini di dalam negara. Di bawah ialah ulasan pra-pelancaran CBR250R [Related posts].

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Hyundai Masa Depan

Hyundai Veloster 2011.02

Hyundai akan mempertontonkan kepada umum 2 model baharu untuk pasaran Eropah dan kereta konsep terbaru mereka di Geneva pada Mac nanti. Ketiga-tiga kereta ini mewakili era baharu Hyundai dengan slogan “New Thinking. New Possibilities”.

Hyundai i40 2011.01

Antara model yang akan dipertontonkan ialah model segmen D iaitu i40. Direka dan dijuruterakan di ibu pejabat P&P Hyundai di Russelsheim, Jerman, i40 akan membawa syarikat ke kedudukan premium moden dengan ciri-ciri maju dan kualiti dengan harga mampu milik.

Hyundai Veloster 2011.01

i40 akan dipamerkan bersama Veloster, kereta coupe tiga pintu yang akan membuat penampilan pertama Eropah. Veloster mempunyai pintu 1+2 unik dengan rekabentuk sporty, praktikal dan teknologi terkini.

Hyundai Curb concept 2011.02

Model yang akan turut membuat penampilan pertama Eropah ialah Curb concept. Dengan kod nama HCD-12, kereta Urban Activity Vehicle [UAV] digayakan dengan tema fluidic sculpture dan akan digunakan sebagai kenderaan ujian teknologi masa depan Hyundai iaitu Blue Link[TM] telematics.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Kia Rio 2011

Kia Rio 2011.02

Model gantian Kia Rio bakal dipertontonkan kepada umum di Geneva pada Mac nanti. Model terbaru Kia ini akan ditawarkan dalam 3 varian iaitu 3, 4 dan 5 pintu bergantung kepada pasaran dan kereta ini direka untuk menarik perhatian prospek pembeli dalam pasaran global.

Rio baharu lebih luas dengan wheelbase lebih 70mm daripada model sedia ada serta kapasiti kargo sebanyak 292 liter untuk model hac dan 390 liter untuk model sedan. Kereta ini akan dibekalkan beberapa enjin iaitu 1.1 liter diesel berkuasa 70 ps, 1.6 liter GDI berkuasa 140 ps dan 1.2 liter Turbo GDI.

Kia Rio 2011.01

Sejak dipasarkan pada tahun 2005, jualan global Rio sudah melebihi 860,000 unit dan merupakan model import ketiga terlaris Kia pada tahun 2010 dengan jualan melebihi 219,000 unit.

Sumber: Newsmarket

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: