Hyundai Masa Depan

Hyundai Veloster 2011.02

Hyundai akan mempertontonkan kepada umum 2 model baharu untuk pasaran Eropah dan kereta konsep terbaru mereka di Geneva pada Mac nanti. Ketiga-tiga kereta ini mewakili era baharu Hyundai dengan slogan “New Thinking. New Possibilities”.

Hyundai i40 2011.01

Antara model yang akan dipertontonkan ialah model segmen D iaitu i40. Direka dan dijuruterakan di ibu pejabat P&P Hyundai di Russelsheim, Jerman, i40 akan membawa syarikat ke kedudukan premium moden dengan ciri-ciri maju dan kualiti dengan harga mampu milik.

Hyundai Veloster 2011.01

i40 akan dipamerkan bersama Veloster, kereta coupe tiga pintu yang akan membuat penampilan pertama Eropah. Veloster mempunyai pintu 1+2 unik dengan rekabentuk sporty, praktikal dan teknologi terkini.

Hyundai Curb concept 2011.02

Model yang akan turut membuat penampilan pertama Eropah ialah Curb concept. Dengan kod nama HCD-12, kereta Urban Activity Vehicle [UAV] digayakan dengan tema fluidic sculpture dan akan digunakan sebagai kenderaan ujian teknologi masa depan Hyundai iaitu Blue Link[TM] telematics.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • audi on 19/02/2011 at 7:19 PM
    • Reply

    humangaih..interior dia mmg cun abes…

    1. kalau veyron dia banyak krom2 der.

  1. Veloster antara ciptaan terbaik Hyundai..saya minat.

    • azwan nbs on 20/02/2011 at 11:21 PM
    • Reply

    tak habis2 veyron….
    mampu milik ke bende alah tu…??

  2. stering mcm honda jo!

  3. Ade iras2 CRZ gua rase la..

    • mr.q on 21/05/2011 at 6:38 PM
    • Reply

    bkn ade iras2…mmg kete ni nk lawan market crz..scirocco…tp lg murah beb!

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.