Honda Civic Baru, Sama Tapi Berbeza!

2012 Honda Civic LX Sedan

Mobil Sejuta Umat – Itu adalah ayat yang saya gunakan di dalam sebuah artikel mengenai industri automotif Indonesia. Ayat itu merujuk kepada kereta yang popular di dalam sesebuah negara, sebagai contoh Perodua Myvi adalah mobil sejuta umat rakyat Malaysia manakala Toyota Avanza pula adalah mobil sejuta umat rakyat Indonesia. Honda Civic pula adalah mobil sejuta umat di Amerika Syarikat [AS] di mana sebanyak 8.8 juta unit telah terjual daripada tahun 1973 hinggalah tahun 2010. Pasaran AS begitu penting hinggakan Honda sanggup melancarkan Civic paling baru di sana berbanding di negara mereka sendiri.

Honda Civic juga popular di negara kita, di mana-mana sahaja ada Civic, Pegawai Kerajaan, Pensyarah, Pengurus Bank dan banyak lagi lapisan masyarakat memilikinya, ianya lebih kepada simbol status mereka yang sudah selesai dengan tanggungjawab sosial memiliki kereta nasional, tambahan pula Proton meninggalkan vakum yang lama untuk segmen itu dan baru-baru ini sahaja Inspira dilancarkan. Senang kata, Civic adalah model impian mereka yang baru selesa dengan kehidupan.

2012 Honda Civic LX Sedan

Tidak mahu terlampau radikal, Honda memilih jalan selamat dengan membuat perbezaan serba-sedikit pada luaran Civic baru dan sewaktu foto model itu tersebar tidak kurang yang memberi ulasan bahawa Honda sudah kekeringan idea kerana kuatnya pengaruh Honda City. Hakikatnya Honda tidak begitu, mereka hanya setia kepada rekaan-rekaan terdahulu, buktinya ialah bandingkan model generasi dahulu dengan yang lama, anda boleh melihat evolusi rekaan dan bukan revolusi.

Paling klasik ialah rekaan model Civic ‘telur’ dan Civic EF yang dikitar semula pada Civic Euro baru, Jazz, Stream dan Odyssey. Untuk yang muda di hati pula mereka pasti teruja dengan Honda CR-Z baru yang terang-terang merupakan kelahiran semula Honda CR-X. Hakikatnya rekaan adalah suatu yang subjektif, ianya perlu dibaca sekali dengan falsafah pereka dan rekaan yang bijak ialah yang mampu buat kita berfikir dan kemudian tersenyum apabila berjaya memahaminya. Sebab itu terma Inggeris untuk rekaan ialah design language, bahasa pertuturan untuk mereka yang mahu memahaminya. Civic generasi kesembilan adalah tafsiran Honda untuk kereta yang selamat, seronok dipandu, bergaya, selesa, mudah, tahan lasak, berkualiti dan dengan perincian. Matlamatnya ialah supaya pembelian yang dibuat pelanggan dirasakan berbaloi sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nissan Leaf Nismo RC

Nissan Leaf Nismo RC 2011.01

Perkh gua punya tajuk kali ni bukan main speaking lagi. Baidewei kereta kat atas tu Nissan Leaf yang dibikin spek racing yer brader. Gua ingat ni kereta mainan tapi ternyata tanggapan gua bukanlah benar belaka. Nama panjang dia Nissan Leaf Nismo RC. Memang diaorang bikin kereta buat racing mungkin nak tunjuk kereta elektrik pun boleh racing kot. Entah gua pun tak tau sebab gua tak amik pot sangat kecuali Veyron. Dahlah gua tulis banyak pun bukan lu orang nak baca. Gua pun malas juga ni. Oklah der. Selamat bercuti sekolah, kenduri kawin jangan lupa ajak gua tapi Veyron gua tak kasi pinjam kalau lu orang mau bikin eksyen sama orang kampung.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Dah Boleh Tempah Perodua Myvi Baru der!

Perodua Myvi 2011 ke.04

Sebenarnya berita ni dah lama der. Berapa kali Jumaat entahlah gua pun dah lupa. Gua harap adinda kekanda tak lupa solat Jumaat tadi yer. Dalam GT ni semua sibuk melainkan gua yang buat-buat sibuk. Baideway lu orang kalau mau tempah itu Perodua Myvi boleh letak deposit RM400 mula besok. Jangan tanya gua Myvi tu 1.5 enjin Vios ke tak sebab gua tak nak tau. Yang gua tau enjin dia 1.3. Yang gua tau Veyron tu CC dia besar. Yang gua tau minyak tak jadi naik. Yang gua tau Myvi baru tu launching 16 Jun 2011 tahun masihi. Yang gua tau haram hukum loan riba [Bos gua yang pesan]. Yang gua tau ialah gua pun tak tau.

Gua dengar Myvi baru ni lagi jimat dan yang gua tau kalau lu orang pakai rim 17 inci apa jadah nak jimat minyak. Inilah yang dikatakan ubah gaya hidup. Tapi Veyron sentiasa di hati.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton Persona Solid White

Proton Persona Solid White 1.6 2011.04

Baru-baru ini Proton telah memperkenalkan warna baru untuk Persona iaitu Solid White serentak dengan Proton Saga FL 1.6 Executive. Proton Persona Solid White 1600cc ditawarkan dengan opsyen automatik dan manual dengan harga RM59,049 untuk model High Line [Automatik], RM55,549 untuk model Medium Line [Automatic] dan RM52,549 untuk model Medium Line [manual].

Persona yang memenangi anugerah Frost & Sullivan untuk Best Value for Money Car of Year 2011 mencatat jualan purata 4,000 unit sebulan dan sebanyak 156,487 sudah berada di atas jalan raya dengan 173,011 tempahan setakat ini. Ianya juga adalah antara kereta terlaris dalam pasaran domestik.

“Kompetitif bergantung kepada keanjalan dalam melakukan bisnes dan dengan pantas merebut peluang. Dengan pengenalan pelbagai varian ianya melengkapi pengeluaran model baru dan selari dengan memberi pelanggan pelbagai pilihan,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Silakan kongsi:

Hyundai Elantra 2011 – Bakal Pencabar Kereta Jepun?

Hyundai Elantra 2011.03

Mengambil bahasa komuniti sekarang ini “Cer teka, cer teka mana lagi laku, Camry, Teana, Accord atau Sonata?” Honda Accord sudah lama menjadi saingan Toyota Camry dan baru-baru ini Nissan Teana menyertai pertarungan merebut pelanggan tempatan. Hakikatnya ketiga-tiga model itu dari negara sama iaitu Jepun yang bermakna pada penghujung hari, negara itu jugalah yang akan untung kerana hasil jualan akan dibawa pulang ke negara mereka. Walau bagaimanapun ada satu pengeluar yang sedang membocorkan kantung wang mereka untuk dibawa pulang iaitu Hyundai dari Korea dengan model Sonata.

Kempat-empat model itu, Camry, Teana, Accord dan Sonata masing-masing berada di dalam kategori sama dan bersaing dengan hebat. Kesemuanya mempunyai saiz lebih kurang sama selain daripada enjin bersesaran 2.0 liter dan 2.4 liter kecuali Teana dengan 2.0 liter dan 2.5 liter. Jika anda berada di dalam kelompok pembeli kategori tersebut pasti sukar untuk membuat pilihan kerana harganya juga dekat-dekat, ibarat tiga atau empat kedai makan yang masyhur diletakkan sebelah-menyebelah. Buntu untuk membuat pilihan.

Hyundai Elantra 2011.02

Keempat-empat model itu berada di dalam kereta segmen D [sederhana] manakala kereta segmen C [kecil] pula terdiri daripada Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Kia Forte dan di dalam konteks artikel ini ialah Hyundai Elantra. Model itu fungsinya adalah sama seperti Sonata iaitu merebut seberapa banyak yang boleh daripada pesaing lain. Jika disebut Elantra pasti terbayang rekaan yang kurang menarik dan membosankan, hakikatnya itu adalah untuk model yang lepas-lepas dan model baru iaitu generasi kelima Elantra sudahpun mula dijual di Korea Selatan pada Ogos lepas. Rekaannya menggunakan konsep Fluidic Sculpture, tema yang sama digunakan pada Sonata.

Elantra 2011 menggunakan pendekatan moden dalam menghasilkan kereta kompak tradisional dengan menggunakan ciri pelaris seperti rekaan ‘beremosi’ dan peralatan yang terdapat dalam kereta mewah. Buat pengikut kereta Korea, terma Fluidic Sculpture [FS] pastinya kerap bermain di bibir mereka. FS adalah permainan angin yang dijelmakan pada badan kereta bagi menampakkannya seperti sentiasa bergerak. Elantra yang direka di fasiliti rekaan Hyundai di Irvine, California adalah evolusi rekaan FS yang terdapat pada Sonata. Sisi Elantra mempunyai garisan-garisan yang melambangkan hembusan angin dengan garisan keras pada bahagian bawah yang bermula dari pintu depan. Garisan-garisan itu yang digabungkan dengan arca roda yang menonjol dan bumbung yang sleek pula menjadikan Elantra sebagai pakej yang menarik dan luas. Garisan pada badan juga menjadikan kereta itu lebih aerodinamik dengan pekali seret sebanyak 0.28, suatu yang rendah untuk kereta penumpang. Gril signatur Hyundai yang berbentuk heksagon dengan lampu utama yang seperti ditarik ke belakang pula memberikan wajah seolah-olah seorang atlet.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Edaran Tan Chong Motor Lancar Nissan Navara 4×4 King Cab

Nissan Navara King Cab 2011.01

Kuala lumpur (27 Mei 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan ketibaan Nissan Navara King Cab 4X4 Edisi Terhad. Gaya badan sebegini merupakan yang pertama dalam segmen trak pikap di Malaysia. Ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ruang penyimpanan di dalam kabin dan kargo belakang.

Demi membuktikan kemampuan ruang storan di dalam kabin yang mendahului kelasnya, Nissan Navara King Cab mempunyai pintu akses belakang yang membolehkan barang-barang dimasukkan dari mana-mana arah kenderaan. Pintu-pintu akses belakang yang unik itu juga boleh dibuka luas (sehingga 90 darjah).

Dengan bukaan pintu tanpa tiang, akses ke dalam kabin menjadi sangat mudah. Jika dibandingkan dengan model Navara Double Cab, King Cab yang baru itu juga memiliki kargo belakang lebih besar.

Sama seperti mana-mana model Navara 4X4 M/T yang lain, King Cab turut menampilkan ciri sistem 4WD “Shift-on-the-Fly” yang dikawal secara elektronik. Sistem tersebut membolehkan penukaran antara mode 2WD dan 4WD dibuat tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Model itu dipasang dengan transmisi manual enam kelajuan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

PROTON INSPIRA SEBAGAI KERETA PERONDA POLIS

Proton Inspira Polis 2011.02

SHAH ALAM, 25 MEI 2011 – PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan sepuluh (10) unit Proton Inspira 1.8 L (manual) kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan pihak Polis dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Sumbangan tersebut turut memperkenalkan model PROTON tersebut untuk dipandu uji oleh pihak Polis dalam operasi seharian mereka. Ini adalah sebahagian dari usaha kedua-dua pihak untuk menguji prestasi dan kemampuan Proton Inspira serta mendapatkan maklumbalas untuk inisiatif PROTON dan Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, PDRM dalam membangunkan prototaip kereta peronda polis dari model Proton Inspira.

Ketua Polis Negara, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar telah menerima sumbangan kereta peronda polis tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Litar Ujian PROTON yang turut dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai kanan PDRM dan pihak pengurusan PROTON.

Berbeza dengan sesi pandu uji kereta yang biasa dilakukan oleh pelanggan, pandu uji yang dilakukan oleh pihak Polis bagi mengenalpasti kesesuaian sesuatu model kereta dalam menepati keperluan tugasan mereka adalah berbeza. Ini kerana, di samping ujian terhadap prestasi dan kemampuan serta pemanduan dan pengendalian dalam menangani situasi operasi sebenar yang mencabar, kereta yang dipandu uji juga harus diubahsuai mengikut spesifikasi serta dilengkapi peralatan yang digunakan oleh sebuah kereta peronda Polis.

Justeru, PROTON telah mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sepuluh model Inspiranya menjadi kereta peronda polis sebelum ianya disumbangkan kepada pihak PDRM. Kereta tersebut telah dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Mencatat Keuntungan Sebanyak RM81 Juta Sebelum Cukai Pada Sukuan ke-4 2010/2011

Logo Proton

SUBANG JAYA, 25 Mei 2011 – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad hari ini mengumumkan keuntungan kumpulan tidak beraudit sebelum cukai pada sukuan ke-4 2010/2011 adalah sebanyak RM81 juta hasil daripada peningkatan jualan kenderaan.

Jualan domestik untuk tempoh itu telah meningkat lebih daripada 21% berbanding sukuan sebelumnya [44,870 unit vs 36,943 unit pasa S4] yang disumbangkan oleh beberapa model iaitu Persona, Saga, Exora dan Inspira. Hasil daripada itu, kumpulan telah kembali mencatat keuntungan dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM81 juta berbanding kerugian sebanyak RM51 juta pada sukuan sebelumnya. Prestasi itu turut disumbangkan bisnes perniagaan Proton dan Lotus Group International Limited [LGIL]. LGIL juga turut mencatat jualan kereta yang lebih tinggi.

Peningkatan permintaan kenderaan Proton dapat dilihat dengan perolehan sukuan meningkat kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.2 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan lepas.

Keuntungan kumpulan sebelum cukai pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 adalah RM215 juta rendah daripada keuntungan RM261 juta pada tahun kewangan lepas. Penurunan ini disumbangkan oleh kos penjenamaan yang lebih tinggi dan penstrukturan semula LGIL yang merupakan sebahagian daripada program transformasi bisnes untuk lima tahun akan datang. Usaha ini dapat dilihat daripada pra-pengenalan lima model baru Lotus dan akan mula dijual kepada umum seawal 2013.

Silakan kongsi: