PROTON MELANCARKAN SAMBUTAN “1 PERAYAAN PROTON” SEMPENA RAMADHAN, SYAWAL, HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Projek Program Jelajah dan Dampingi Masyarakat

SUBANG JAYA, 28 JULAI 2011 – PROTON hari ini melancarkan sambutan “1Perayaan PROTON” yang merupakan satu program khas untuk PROTON meraikan ketibaan Ramadhan dan Syawal 1432 Hijrah serta Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama-sama seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan yang bermula dari 15 Julai sehingga 16 September 2011 ini menampilkan pelbagai aktiviti dan inisiatif menarik daripada syarikat kereta nasional tersebut untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ia mendokong tema ‘Komited Untuk Menjadi Lebih Baik’, yang merupakan satu tekad dan azam syarikat tersebut untuk melipatgandakan usahanya bagi mencapai tahap yang lebih baik dalam segenap aspek. Dalam konteks sambutan ‘1Perayaan PROTON’ ini, tema “Komited Untuk Menjadi Lebih Baik” diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif PROTON dalam memberikan pelbagai nilai tambah kepada pelanggan dan juga dalam membantu golongan yang memerlukan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik pada musim perayaan yang bakal tiba.

“Melalui sambutan ‘1Perayaan PROTON’ ini kami berhasrat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat Negara kita yang sememangnya telah menyokong PROTON sejak sekian lamanya. Memandangkan sambutan ‘1Perayaan PROTON’ ini merupakan gabungan 4 perayaan dalam satu, maka sudah tentu, PROTON juga berhasrat bukan sahaja untuk membawakan pelbagai aktiviti dan inisiatif kepada rakyat Malaysia, malah lebih dari itu, PROTON bercadang untuk menjadikan aktiviti dan inisiatif tersebut lebih istimewa dan lebih menarik dari tahun-tahun lepas,” menurut Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abdin Syed Mohamed Tahir.

Salah satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh PROTON sempena sambutan ‘1Perayaan PROTON’ ini adalah ‘Program Jelajah dan Dampingi Masyarakat’ yang bermula dari 25 Julai hingga 12 Ogos 2011. Melalui inisiatif tersebut, PROTON akan menghantar sekumpulan 50 hingga 90 orang sukarelawan yang dikenali sebagai Pasukan Bantuan Bencana (PBB) PROTON ke lima rumah kebajikan, perlindungan dan anak yatim di lima buah Negeri bagi menjalankan pelbagai kerja-kerja amal. Negeri-negeri yang menjadi sasaran program tersebut adalah negeri Pahang, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Negri Sembilan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Rali Finland: Persediaan Encik Petter & Encik Kimi

loeb20[1]

 

Asyik membaca tentang Kejohanan Rali Asia Pacifik [APRC], kali ini saya hendak berkongsi cerita tentang Kejohanan Rali Dunia [WRC] pula. Rali Finland yang bakal berlangsung pada minggu ini merupakan pusingan yang kelapan dalam kalendar WRC.

Pasukan Citroen Racing Technologies yang membariskan pelumba handalan mereka, Petter Solberg dan juga Kimi Raikkonen dijangka menjadi antara pelumba pilihan orang ramai dengan kedua-duanya berasal dari Scandinavia. Petter Solberg akan turun sebagai pelumba yang paling berpengalaman manakala Kimi Raikkonen pula akan berlumba di kampung halamannya sendiri di mana beliau turut berlumba di Rali Finland ini pada tahun 2009-10.

loeb28[1]

Kedua-duanya giat menjalani persiapan rapi dengan menghabiskan masa selama dua hari bagi menguji jentera Citroein DS3 WRC dengan melalui kombinasi jalan yang berbonggol dan luas serta memiliki seksyen yang pantas. Kombinasi ini dikatakan hampir menyerupai bentuk muka bumi di Rali Finland itu nanti.

Walaupun kedua pelumba merasakan sedikit bimbang untuk menangani jentera dengan kelajuan yang sangat tinggi, namun sesi ujian yang dilakukan dapat memberikan gambaran serta jaminan kepada kedua pelumba tentang jentera yang bakal digunakan kelak. Malah, Peter Solberg sangat gembira dengan persediaan ini dan akan menjadikan beliau sebagai pencabar utama kejuaraan di Rali Finland ini.

Kimi Raikkonen telah pun menyertai minggu yang panjang di Helsinki bermula pada 24 Julai yang lalu dengan menyerta Acara Jalanan Red Bull bersama seorang lagi jaguh handalan, Sebastian Loeb.

Menurut prinsipal pasukan, Benoit Nogier berharap agar Kimi dapat memandu dengan konsisten dan mengutip mata sekaligus merapatkan jurang dengan kedudukan teratas.

Petter Solberg berkedudukan kelima dalam WRC dengan 73 mata manakala Kimi Raikkonen berada di tempat kelapan dengan 24 mata. Sebastian Loeb pula masih lagi mengungguli kedudukan teratas dengan 146 mata.

Sumber: Newspress/Citroen/KimiRaikkonen

Silakan kongsi:

PROTON BERSEDIA MENGHASILKAN KERETA GLOBALNYA

Proton Lancar Persona R ke 2011.02

TANJUNG MALIM, 25 JULAI 2011 – Syarikat kereta nasional PROTON Holdings Berhad hari ini menzahirkan komitmennya dalam menghasilkan kereta untuk pasaran global serta mengumumkan kebersediaan persiapan kilangnya untuk mengeluarkan model kereta globalnya. Model terbaru PROTON yang diberikan nama samaran ‘P3-21A’ ini, dijangka akan mula dipasarkan awal tahun hadapan dan akan dikeluarkan di kilang PROTON di Tanjung Malim. Dengan P3-21A, masanya sudah tiba untuk PROTON mengeluarkan sebuah kereta global, bukan sahaja untuk diterima di Malaysia atau kawasan serantau dan pasaran-pasaran tertentu sahaja, tetapi kereta yang memenuhi piawaian Negara-negara maju dan juga boleh menambat hati dan menepati citarasa dan kehendak-kehendak pembeli di serata dunia.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam majlis ‘Pengumuman Persediaan Pengeluaran Kereta Global P3-21A’ yang turut menyaksikan bacaan ikrar jaminan kualiti oleh kakitangan PROTON dan 108 pembekal dan pembuat komponen PROTON yang terlibat dengan projek pengeluaran model tersebut.

“PROTON komited dalam menghasilkan kenderaan buatan Malaysia yang bukan sahaja kompetitif dari segi harga, kualiti, prestasi dan rekabentuk, tetapi lebih berdayasaing untuk menambat hati pembeli di mana sahaja ia dipasarkan di seluruh dunia. Hari ini merupakan satu titik permulaan yang baru bagi PROTON seiring dengan aspirasi syarikat untuk memperluaskan pengaruhnya dalam industri automotif di peringkat antarabangsa,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton Saga FLX 1.3

Proton Saga FLX 1.3 2011.02

Proton Holdings Berhad pada semalam melancarkan Proton Saga FLX 1.3L; model yang ditambah baik yang memberikan penjimatan bahan api yang lebih dan pemanduan lebih lancar hasil daripada penggunaan teknologi Continuosly Variable Transmission [CVT].

Proton Saga merupakan model paling laris di Malaysia daripada Januari hingga Jun 2011 seterusnya menjadikan Proton sebagai peneraju pasaran di Malaysia pada separuh pertama 2011. Sejak diperkenalkan Proton Saga telah diterima baik oleh orang ramai dan memenangi beberapa anugerah seperti

Proton Saga FLX 1.3 2011.08

Frost & Sullivan’s Best Model of the Year 2009, Best Passenger Car of the Year 2010 dan baru-baru ini Best People’s Car Award iaitu anugerah utama Asian Auto – Auto Industry Awards 2011. Saga juga mencatat jualan yang membanggakan dengan 250,000 telah didaftarkan dan lebih 300,000 unit tempahan sejak pelancarannya pada Januari 2008 hingga 2011.

“Proton Saga FLX baru adalah hasil daripada komitmen berterusan dalam memberi kereta dengan prestasi yang lebih baik kepada pelanggan kami. Ini adalah satu lagi pencapaian dalam misi kami untuk menambah baik produk dalam memenuhi kehendak pasaran semasa,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton Holdings Berhad.

“Disebabkan enjin yang kini lebih ringan dan dengan penggunaan CVT yang lancar, Saga FLX lebih jimat bahan api dengan 4 peratus dalam pemanduan urban serta 10 peratus dalam pemanduan lebuh raya,” tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal.

Proton Saga FLX 1.3 2011.03

Selain daripada CVT, Proton Saga FLX varian Executive menerima beberapa peralatan lain seperti beg udara untuk pemandu dan penumpang, Anti-lock Braking System [ABS] dan Electronic Brake-force Distribution [EBD].

Proton Saga FLX didatangkan dengan warna baru iaitu Elegant Brown selain daripada warna sedia ada seperto Tranquility Black, Genetic Silver, Solid White dan Blue Rock. Harganya bermula daripada RM 38,598 hingga RM 44,998.

Klik untuk galeri gambar dan senarai harga >>

Silakan kongsi:

Honda CR-V Concept

Honda CR-V Concept 2011.01

Honda kongsi secara eksklusif dengan sekutu GT di Malaysia dan seluruh dunia Honda CR-V Concept. Ok amacam ayat gua? Power? Honda CR-V baru lebih agresif katanya. Enjinnya pula lagi efisyen dari model lama. Honda CR-V dijual lebih dari 160 negara di dunia. GT pula dibaca dari seluruh dunia. Memandangkan bos gua nak amik stap baru gua kena jadi rajin. Baru lu orang saspen nak jadi opis met gua. Gua ni kaki buli. Nak-nak stap baru.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Lexus LFA: Terbaik daripada Toyota

Lexus LFA 2011.02

Asia tenggara adalah tanah jajahan Toyota. Di negara kita walaupun Perodua dan Proton adalah peneraju utama namun jika dikira pengaruh Toyota di dalam Perodua dan digabungkan dengan jualan Toyota itu sendiri maka boleh dibuat kesimpulan mudah bahawa gergasi dari Jepun itu sebenarnya adalah penakluk pasaran tempatan. Di sekeliling kita pula penuh dengan kenderaan jenama Toyota, ada jiran yang memandu Avanza, rakan sekerja yang memandu Vios dan di pejabat pula terutama sekali agensi kerajaan banyak yang menggunakan Hiace sebagai kenderaan rasmi untuk pekerja. Toyota kini berada di dalam keadaan yang kukuh, mereka mewah dengan teknologi dan platform dengan kos pembangunan yang dikongsi oleh beberapa model lain. Mereka mempunyai skala ekonomi, faktor yang penting dalam survival bisnes masa kini.

Lexus LFA 2011.03

Walau bagaimanapun di kalangan rakan-rakan saya, Toyota menjadi bahan jenaka, harus tahu bahawa kelompok saya terdiri daripada anak muda yang gemarkan kereta yang pantas, cantik dan tidak membosankan. Walaupun Toyota menawarkan Vios versi TRD, itu tidak memadai kerana di dalam kepala rakan-rakan saya hanyalah Hachiroku [Toyota Corolla AE86], Supra atau paling tidak Starlet Turbo. Jika dibandingkan dengan Vios TRD ianya ibarat langit dan bumi dan tidak hairanlah Toyota moden menjadi bahan jenaka mereka. Tetapi apa boleh buat, begitulah dunia bisnes automotif, anda boleh keluarkan model niche dengan kos jutaan ringgit tetapi sanggupkah syarikat anda lingkup dek kerana semata-mata nak keluarkan model yang menarik tetapi hanya dua tiga kerat yang memilikinya. Jika model bisnes sebegitu betul tidaklah Lotus kini dimiliki Proton, Lamborghini dimiliki Volkswagen dan Jaguar dimiliki Tata.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Rekrut! GT nak cari penulis baru!

Pelekat GT.003

Sebulan dua ini entri dalam GT tak berapa stabil. Kitaorang sibuk tahap ekstrem sebab macam yang lu orang tahu skru GT menulis separuh masa. Kita orang ada kerja lain untuk sara diri dan keluarga. Tambah lagi, Syuk, Baii dan saya buat Garaj Kosmo. Saya minta maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu entri baru.

Jadi, untuk selesai masalah ini saya nak buka GT pada mana-mana sekutu yang nak cuba jadi penulis. Kalau tak reti tak apa, yang penting ada sikit bakat, kemahuan serta minat. Cuma satu hal, kerja menulis ni tak ada gaji, kalau GT ada pendapatan stabil boleh la hulur sikit tetapi setakat ini banyak yang keluar duit sendiri. Kalau ada rezeki lebih insya Allah boleh la kongsi sikit-sikit.

Siapa yang berminat nak sertai GT boleh la emel: geartinggimedia@gmail.com, kalau boleh hantar la 2,3 perenggan artikel sekali.

Silakan kongsi:

Nissan GT-R: Pencabar Kereta Berprestasi Barat

Nissan GT-R 2011.02

Selepas lebih dua bulan pelbagai jenis kereta sudah dipaparkan di dalam kolum ini [Garaj Kosmo]. Ada kereta kompak, hibrid, SUV dan paling menarik model yang mungkin dipasarkan di dalam negara seperti Honda Civic, Kia Picanto dan sebagainya. Walau bagaimanapun kereta berprestasi tinggi masih belum saya tulis, bukan apa, kereta sebegini hanya segelintir sahaja yang mampu memilikinya. Era kereta berprestasi massa seperti Toyota Corolla AE86, Nissan March Superturbo dan Ford TX3 nampaknya sudah luput ditelan sejarah, yang ada kebanyakannya sudah memasuki pasaran premium hingga orang kebanyakan hanya mampu melihat dan mengidamkannya. Masakan tidak, sebuah kereta berprestasi sudah menyamai atau melebihi sebuah rumah teres atau banglo di kampung, lebih logik jika dilaburkan untuk aset yang menguntungkan tanpa susut nilai. Walaupun begitu apa salahnya kita mengagumi dan mengambil tahu serba sedikit tentang kemanisan dunia ini, habis tidak pun boleh dibuat modal bersembang dengan rakan-rakan. Orang kata biar sembang kencang tapi ada isi.

Saya tidak pasti apakah memori umum orang kita mengenai Nissan. Orang lama mungkin mengaitkannya dengan model Sunny atau Sentra teksi Genting, orang muda pula pasti terimbas akan kehebatan model Cefiro di dalam sukan drift atau pun buat orang berkeluarga mereka akan teringatkan model Grand Livina. Apa pun Nissan menghantar mesej yang jelas dengan kehadiran sebuah model ini, apa lagi jika bukan Nissan GT-R. Kereta agung daripada pengeluar kereta Jepun yang mencabar ego-ego pengeluar kereta berprestasi barat seperti Porsche, Ferrari dan Aston Martin yang masing-masing mewakili Jerman, Itali dan Britain. Jepun mampu menawarkan kereta yang hebat hanya pada setengah harga atau kurang daripada pengeluar kereta barat. Itu adalah taktik lama mereka yang kini diulangi oleh pengeluar kereta Korea. GT-R atau nama asalnya Skyline bukan lahir dalam tempoh dua atau tiga tahun, warisannya bermula berpuluh tahun lepas dengan model pertama dikeluarkan oleh Prince Motor Company pada tahun 1957 sebelum mereka bergabung dengan Nissan pada tahun 1966.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: