Laporan: MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Tirai pertandingan bagi MAM Autokhana Series 2009 telah pun dilabuhkan pada Ahad, 28hb Februari yang lalu. Objektif & agenda MAM untuk memperkenalkan asas sukan bermotor dan menarik minat golongan muda untuk menceburi perlumbaan kos rendah ini sememang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Perlumbaan pusingan terakhir ini sekali lagi berjaya mengumpulkan hampir 30 penyertaan untuk mereka bersaing di dalam 4 kategori yang dipertandingkan. Ini membuktikan bahawa MAM Autokhana Series 2009 mempunyai purata penyertaan seramai 30 orang pelumba bagi setiap pusingan yang telah dianjurkan sebelum ini.

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Malah, penganjuran di Ipoh menjadikan ianya satu lokasi perlumbaan yang sangat sesuai bagi peserta-peserta dari Lembah Klang, Perak, P.Pinang & Perlis. Lokasi bandar Ipoh adalah strategik kerana ianya berada di tengah-tengah di antara bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia.

Terima kasih sekali lagi kepada GCH Retails Sdn Bhd (Giant Tambun, Ipoh) yang telah sekali lagi memberi kebenaran untuk menggunakan kawasan letak keretanya pada hari Ahad yang lalu.

Laluan litar yang telah direka sepanjang 750 meter bagi Autokhana sememangnya telah memberikan cabaran kepada setiap peserta untuk menggunakan segala kemahiran yang ada dari sudut pengawalan kenderaan & teknik memandu untuk peserta cuba mencatatkan masa yang terpantas. Laluan pusingan terakhir ini juga telah diubah dan lebih menyeronokkan.

Juara Keseluruhan dan anak tempatan dari Ipoh, Mohd Sani Mohd Yusof berkata “Saya sangat gembira & bersyukur kerana telah berjaya sekali lagi menjadi Juara pusingan ke-4 & seterusnya dimahkotakan sebagai Juara Keseluruhan Masa Terpantas dalam MAM Autokhana Series 2009 ini. Usaha & pengorbanan saya untuk menceburi & mencuba sukan ini sangat berbaloi walaupun saya terpaksa membayar dengan harga yang tinggi akibat kesilapan saya & kemalangan sewaktu Ujian Masa yang ke-3. Terima kasih kepada MAM yang menganjurkan acara ini, juga tidak lupa kepada Sutan Mustaffa Salihin yang banyak memberi galakan & tunjuk ajar sewaktu acara ini dilangsungkan. Saya tidak sabar menantikan musim MAM Autokhana Championship 2010 bermula” kata Mohd Sani. Pemandu Proton Iswara 1.3cc ini mencatatkan masa sepantas pusingan 1minit 19.14 saat.

Perlumbaan telah berlangsung di dalam cuaca yang baik. Namun keadaan panas terik telah menyebabkan beberapa kereta mengalami masalah mekanikal dan kesilapan pemanduan. Tetapi, kerosakan kenderaan tersebut telah berjaya di atasi dan perlumbaan tetap berlangsung di dalam keadaan yang mendebarkan.

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Timothy Hardie Ketit yang sebelum ini bersaing untuk merebut trofi Juara Keseluruhan, telah mengalami minggu yang sedikit mengecewakan. “Saya telah tersilap strategi di pusingan terakhir ini. Saya lebih menumpukan untuk bersaing dengan Mohd Sani, tetapi saya terlupa bahawa telah mula ramai peserta lain yang semakin bagus. Akhirnya, ianya menyebabkan posisi kedudukan keseluruhan saya jatuh ke-3. Namun, saya akan kembali dengan lebih bersedia di musim 2010 nanti” kata beliau sewaktu acara penyampaian hadiah dilangsungkan. Masa terbaik sepusingan Timothy dengan Nissan Silvia beliau hanyalah sekitar 1 minit 22.41 saat.

Manakala, Zunaidi bin Abd Aziz, Presiden Kelab Satria Ipoh yang pertama kali menyertai pertandingan autokhana di musim pertama ini telah pulang dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Daripada langsung tidak mengetahui apakah maknanya sukan autokhana ini, akhirnya beliau telah dinobatkan Juara bagi kategori AK-2 (1600cc) dan juga Naib Juara Keseluruhan seterusnya menolak keluar Timothy ke tempat ke-3. Malah, beliau yang memandu Proton Satria 1.6 telah mencatatkan masa terpantas keseluruhan iaitu 1 minit 18.12 saat. Beliau yang ditemuramah selepas tamatnya perlumbaan berkata “Saya telah jatuh cinta ke atas sukan ini. Namun begitu komitmen kerja saya pada tahun ini agak lebih, tetapi saya akan tetap cuba untuk menyertai musim ke-2 pada tahun 2010 ini , lebih-lebih lagi ianya adalah berbentuk ‘championship’ pada tahun ini”.

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Pusingan ke-4 ini juga turut menyaksikan Sheikh Izat Azhar dianugerahkan Pelumba “Paling Berani” yang menggunakan Mercedez Benz dan telah melakukan aksi-aksi ‘drift’ yang hebat.

Manakala, Ikhwan Budiman Misri pula telah mendapat anugerah khas juri iaitu “Best Motorshow Award” kerana beliau menggunakan kereta klasik Datsun 140Y yang dibuat pada tahun 1981 tetapi masih berupa mencatat masa sepusingan terpantas iaitu 1 minit 25.33 saat.

Hadiah disampaikan oleh wakil dari MAM iaitu En. Eizwar

Berikut adalah kalendar perlumbaan MAM Autokhana Championship 2010 :

  • Round 1 : 1st & 2nd May 2010 (Sepang Circuit-MSS Premium Rd 1)
  • Round 2 : 26th & 27th June 2010 (Kangar, Perlis)
  • Round 3 : 25th & 26th Sept 2010 (Ipoh, Perak)
  • Round 4 : 27th & 28th Nov 2010 (Sepang Circuit-MSS Premium Rd 5)

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

MAM Kart Slalom Series 2009

Manakala bagi MAM Kart Slalom Series 2009, persaingan di antara adik Mohd Syazuwie bin Zawawi dan adik Muhammad Ammar Rohasreen untuik merebut Juara Keseluruhan MAM Kart Slalom Series 2009 telah berlangsung di dalam penuh persaingan yang hebat.

2 sahabat itu telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Kesilapan Ammar memandu terlalu agresif di selekoh U & perlahan tealh menyebabkan beliau kehilangan banyak masa sewaktu pertandingan berlangsung. Adik Ammar hanya mampu mencatatkan sekitar 56.86 saat di litar sepanjang 450 meter di kawasan letak kereta Giant, Tambun, Ipoh itu. Beliau hanya mampu menduduki tempat ke-5 keseluruhan dan tempat ke 3 bagi Kelas KS-Kadet.

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Juara Keseluruhan musim 2009 telah dimenangi oleh adik Mohd Syazuwie bin Zawawi yang memandu di dalam keadaan tenang walaupun beliau sedar akan tekanan yang ada disekelilingnya. Adik Syazuwie Berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dan tempat ke-2 bagi Kelas KS-Kadet. Masa terbaik beliau adalah 55.88 saat.

Keputusan yang memeranjatkan pada minggu lalu ini ialah kehebatan adik Irfan Haikal bin Suhaimi menjadi Juara Pusingan ke-4 dan telah mencatatkan masa sepusingan terpantas iaitu 51.99 saat. Adik Irfan yang baru pertama kali mengenali sukan go-kart pada tahun 2009 ini telah mendapat sokongan & dorongan penuh dari Ibubapanya yang sanggup datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk menyertai acara ini. Beliau juga telah memenangi kategori KS-Kadet dengan mengalahkan beberapa peserta yang lebih berpengalaman.

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009

Anugerah Khas bagi Kart Slalom turut dimenangi oleh adik Nureen Syafiqah Bt Noh (Kategori Pemandu Kanak-kanak Perempuan Terpantas) dan adik Nureen Syazwina Bt Noh memenerima anugerah Kanak-kanak Paling Berani.

Acara perlumbaan berbentuk ‘penyertaan sekeluarga’ ini sememangnya adalah satu usaha yang bijak oleh pihak MAM. Acara yang kami anjurkan adalah untuk memberi pengenalan kepada penduduk-penduduk di luar bandar akan kehebatan sukan bermotor. Ianya dianjurkan secara professional, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Ibubapa seharusnya mengambil peluang untuk mengesan bakat anak-anak melalui pengnjuran pertandingan ini” kata Sutan Mustaffa Salihin, Pengurus Besar, SMS Motorsport & Driving.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai atau maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sutan Mustaffa Salihin di talian 016-2285784 atau 017-3189130. Peminat juga boleh melayari di laman web: http://sites.google.com/site/gymkhanaclubsite atau www.mam.org.my

-Sutan Mustaffa Salihin-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • pendita_gila on 06/03/2010 at 4:31 PM
    • Reply

    np xde orang komen

    • jual air soya on 06/03/2010 at 8:33 PM
    • Reply

    ko la wakil komen sorg..haahaa..

  1. camne nak komen…ako tinggal kat Johor…event ni bukannya kat Johor pun…he he he!

  2. happy tengok makin ramai warga ipoh menceburi bidang ni…thanks to organizer sebab bawa event ni ke Ipoh….

      • on 07/03/2010 at 11:28 AM
      • Reply

      Ye yob! teman dari peghok juge!

  3. waaa…bukak2 je kete aku terpampang..hehehehe…best2…esok2 buat lg d ipoh..

    • azwan nbs on 07/03/2010 at 8:17 PM
    • Reply

    otai giler sume nie…!!!!!

  4. bila la organizer nak bwk event ni pergi Johor plak…:P

    • on 08/03/2010 at 9:03 AM
    • Reply

    Dan2 Matpon ngaku org Perak…

    • ja on 22/03/2010 at 9:33 PM
    • Reply

    ape mende autokhana ni jo?????

  5. Aku teringin sangat nak join event ini tapi waktu dan tugasan kurang mengizinkan, good job Sutan! Insya’Allah ada rezeki teman join.

Leave a Reply to jaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.