Kia Sportage dan Optima Terima Anugerah Rekabentuk Red Dot

Kia Red Dot 2011.01

Melalui model-model terkini Kia isyarat yang dihantar kepada pasaran global sangat jelas, mereka mahu berjaya dan sebaris dengan pengeluar kereta antarabangsa lain.

Selain daripada itu, kejayaan bukan setakat diukur daripada meriahnya respon pasaran tetapi juga melalui perakuan pakar industri. Dan baru-baru ini Kia memenangi dua anugerah di dalam pertandingan rekabentuk red dot di Jerman.

Kia Sportage dan Optima telah dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar rekabentuk antarabangsa dan paling manis untuk Kia apabila para juri memilih Optima untuk anugerah red dot “best of the best”, anugerah tertinggi pertandingan tersebut.

Kia Red Dot 2011.02

Kemenangan ini secara kumulatifnya adalah anugerah red dot keempat untuk Kia selepas mereka memenanginya pada tahun 2009 untuk Soul dan pada 2010 untuk Venga.

“Kami sangat berbangga dengan anugerah red dot untuk Kia Optima dan Sportage. Ianya adalah hasil kerja keras pasukan rekabentuk antarabangsa dan merupakan endorsemen dalam strategi rekabentuk kami.” kata Peter Schreyer, Ketua Pegawai Rekabentuk, Kia Motors Corporation.

-Mak/d Uia-

ps: Iya kereta Kia moden memang hensem.

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 06/04/2011 at 8:28 AM
    • Reply

    hebatnya kia sbb peter schreyer & anan2 buahnye, ex-audi….. porrah!

    • audi on 06/04/2011 at 9:10 AM
    • Reply

    kia karo..
    eh nyanyi plak aq…hehe

    • belalang_kontot on 07/04/2011 at 10:27 AM
    • Reply

    proton, sile rase tercabar..

  1. Gua setuju dgn Mak/d UIA ..KIA Optima baru mmg macho & hensem…hehehe

    • prolever on 08/04/2011 at 4:32 PM
    • Reply

    saya still suke this new optima rather than the new sonata.. Ada gah sikit tengok reka bentuk die..

    • Orang Minyak on 09/04/2011 at 12:06 PM
    • Reply

    Apsal le org Malaysia duk kate kia tak bagus…tgok terbukti kete korea lgi bagus dan macho dri kete jepun…Cube tgok Honda City dgn Kia Forte mane korang rase lagi CUN????

  2. Apasal org M.sia tak ramai pakai Veyron. Sekian.

Leave a Reply to belalang_kontotCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.