Mazda BT-50/Fighter: Pikap Ada Gaya

Mazda BT-50 2011.03

Pada Oktober tahun lepas Mazda telah memperkenalkan kepada umum pikap gantian BT-50/ Fighter kepada umum di Australia. BT-50 ini melambangkan arah baharu segmen kenderaan utiliti.

Dibangunkan sebagai “kenderaan gaya hidup aktif” BT-50 adalah usaha untuk meluaskan profail pemilik pikap yang sebelum ini menggunakannya untuk bisnes kepada famili dan mereka yang menjalani hidup aktif.

Mazda BT-50 2011.06

Untuk pasaran rantau Asean, BT-50 menawarkan ciri-ciri yang diperlukan untuk kegunaan bisnes dengan gabungan keselesaan kereta penumpang manakala untuk pasaran Australia dan Eropah ianya adalah jawapan kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar.

BT-50 dibangunkan bagi memenuhi pelbagai keperluan pasaran dunia dan hasilnya ialah sebuah pikap dengan rekabentuk yang ekspresif, selesa, interior berkualiti, pemanduan dan rasa seperti seperti kereta penumpang, pemanduan sporti dan dinamik sebagai refleksi DNA Mazda.

Mazda BT-50 2011.05

Rekabentuk pikap sekarang ini tidak hanya macam batu-bata tetapi ada jiwa. Salahkan atau berterima kasih kepada Mitsubishi kerana mereka yang mulakan trend ini dengan Triton.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • orang sabah celup on 07/04/2011 at 8:22 AM

    terbaekkk jo..

    • pelug on 07/04/2011 at 9:09 AM

    lampu belakang x brape ngam

    • jabroni on 07/04/2011 at 9:31 AM

    bro… bila GT nk review mazda furai???

    • HeLMi on 07/04/2011 at 9:48 AM

    cantik & cun

    • belalang_kontot on 07/04/2011 at 10:24 AM

    rekabentuk yg ke arah kekeretaan….

    • kete_hitam on 07/04/2011 at 1:59 PM

    semat lg all new ford ranger…

    • Sean on 07/04/2011 at 7:36 PM

    Depan dah cun tapi belakang lak x best… =P

    • komander on 08/04/2011 at 12:13 AM

    agk2 brape hrge nie bro??

    • Gemok Sangat Resing on 08/04/2011 at 12:41 AM

    GT,BILE NAK REVIEW KERETA BARU DALAM MARKET MSIA NIEE…HEHEH

    • ex-Z2H2 on 17/04/2011 at 8:57 PM

    macam Hilux Vigo pun ada…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.